TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, November 8, 2009

Ucapan penggulungan Presiden PAS.


GOMBAK, 7 Nov :-Presiden mengucapkan terima kasih dengan kehadiran dan melakukan perbincangan yang hangat dan kita adalah pemain dan ada penonton yang mengulas seperti pasukan bolasepak. Katanya semasa memulai penggulungan Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan disini.

"Yang penting kita menerima pandangan termasuk dari luar, kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah ini. walaupun di sana ada teguran yang keras, seperti suruh pecat pengurus, kapten namun kena ingat masih ada masa untuk bermain." jelasnya.

"Kita adalah pemain profesional dan bukan pemain kampung, walaupun ada kekecohan seperti yang digambar oleh semua pihak." Katanya

"Hari ini saudara saudari dapat menunjukkan sifat yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul yakni bersegera berlumba-berlumba untuk mendapat keampunan Allah."

Presiden PAS juga menegaskan PAS telah memperkenalkan tahalufsiasi dengan bukan kumpulan kita. Kita usahakan persefahaman yang anjal dengan Pakatan Rakyat dan pendekatan kepada persefahaman kepada persamaan yang ujud.

Katanya lagi sebaliknya UMNO menggadaikan Islam demi untuk kemenangan dan ini dilihat oleh orang bukan Islam.

Beliau memuji Kelab Penyokong PAS yang sanggup berkorban , Katanya "Pas bukan kerajaan dan pembangkanag, kalau nak senang mereka boleh sokong kerajaan. namun mereka menyokong kita dalam kelab penyokong".

Hj. Abdul Hadi juga mendedahkan Ahli dan calon PAS berbaih yang ada perhitungan dan dosa, bukannya cerai bini kerana kalau keluar dapat habuan dapat khawin lebih muda.

"Syaraiat Islam adalah mendidik , bukan saja menghukum dan ada syarat-syaratnya. Kita tak paksa orang bukan Islam dalam perkara tertentu." jelasnya.

Mengulas mengenai "prespeksi" yang hangat diperkatakan dalam seminar itu , beliau berkata "Perspeksi boleh berubah dengan benar dan berubah dengan cara bohong"

Presiden berkata "kita salah faham antara satu sama lain, kita nak masuk UMNO ini adalah prespeksi yang dibuat oleh media arus perdana."

Presedin PAS juga menegaskan dengan nada yang keras " kita tidak akan masuk umno dan BN, kita tolak sekeras-kerasnya kerana kita ada pengalaman."

HJ. Abdul Hadi mengatakan apa yang penting perkasa kan PAS untuk menghadapi harimuka, perkasakan organisasi semua peringkat. mesti ada cawangan yang hidup.macamana boleh menang kalau tidak ada kekuatan akar umbi , soalnya lagi.

Beliau mengharapkan kelab penyokong perlu diperkasa dan jentera penerangan kita bukan menyerang tapi menerang.

"kita tidak boleh menang hanya dengan sokongan orang islam sahaja." jelasnya

Menyentuh peranan Pemuda beliau mengatakan perlu ada usaha menarik sokongan pengundi muda dan pemuda hendaklah turun kebawah.

Selain itu muslimat yang diberkan pujian dalam seminar tersebut dipuji sekali lagi oleh Presiden dengan mengakui muslimat banyak turun dibawah.kita perlu bergerak kebawah, dan banyak tenaga muda balik kekampung menyedarkan ibubapa mereka.

No comments:

Post a Comment