Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memberi kata dua kepada pemimpin dan anggotanya — sama ada setia atau keluar daripada parti itu jika tidak mahu mengikut dasar dan keputusan ditetapkan.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersedia untuk menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan ahli-ahli yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan oleh pucuk kepimpinan.
"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” kata beliau
Ini dilihat sebagai pendirian tegas dinyatakan Anwar ekoran perkembangan dalam parti itu sejak beberapa bulan lalu.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam tadi.
Dalam ucapannya malam tadi, Anwar menambah, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.
"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” kata beliau lagi.
No comments:
Post a Comment