TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, November 12, 2009

Permohonan maaf dan penghargaan daripada Datuk Kamarudin Jaafar

Oleh Azamin Amin   
KUALA LUMPUR, 12 Nov : “Saya ingin memohon kemaafan ekoran kelewatan saya untuk hadir lebih awal menerima kunjungan dan ziarah sekelian tetamu kerana masalah kelewatan penerbangan dari Qatar…”
Demikian rakaman permohonan maaf Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar kepada semua hadirin yang telah datang menziarahi jenazah isterinya, Datin Kamariah Kamarudin yang meninggal dunia jam 6 pagi semalam selepas sekian lama melawan penyakit barah.
Beliau yang mewakili ahli keluarganya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menziarahi  kediamannya di Kelana Jaya untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati di atas pemergian ke rahmatullah isterinya dan ibu tercinta kepada anak-anaknya yang tercinta.

“Kepada rakan-rakan ahli parllimen, sahabat handai, jiran, kakitangan Harakah, ahli-ahli serta penyokong PAS yang datang dari luar.
“Kehadiran dan rakaman takziah dan simpati mereka amat mengharukan saya dan moga Allah SWT memberikan ganjaran atas keikhlasan mereka.,” katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

“Saya juga memohon maaf kerana masalah kelewatan penerbangan dari Qatar (saya ke sana kerana urusan rasmi) yang amat tidak disengajakan dan saya memohon agar sebarang kekurangan ini dapat difahami dan diterima,” katanya yang juga merupakan Ahli Jawarankuasa PAS Pusat  dan Pengarah Urusan Harakah
(Gambar: Datuk Seri Anwar dan Dr Wan Azizah antara yang hadir)
Kamaruddin berkata, beliau sekeluarga akan menjadikan setiap takziah dan simpati daripada semua pihak sebagai modal semangat untuk terus melalui ujian yang penuh cabaran dari Allah SWT.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya  dan jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.

No comments:

Post a Comment