TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, November 15, 2009

Majlis Penerangan Berkaitan Seminar Memperkasakan PAS oleh YDP Kawasan Lumut.



Satu program Penerangan berkaitan Seminar memperkasakan PAS telah pun dapat dijayakan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Lumut pada 12 November 2009, di surau SERI At Taalim. Ulasan dan Penerangan telah disampaikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Lumut sendiri. Program ini dihadiri oleh ahli-ahli PAS dari semua cawangan-cawangan di kawasan Lumut untuk mendengar penjelasan dan penerangan tentang apa yang berlaku di Seminar Memperkasakan PAS, yang telah diadakan pada 7 November lalu, di Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar. Yang Di Pertua PAS Kawasan Lumut menyarankan agar terus memberi komitmen untuk memperkasakan PAS. Setiap berita yang diterima hendaklah diperiksa terlebih dahulu kesahihannya.agar tidak di masuki oleh unsur-unsur fitnah. Setiap ahli ada tugas masing-masing untuk dilaksanakan sebagai amanah. Jangan selalu ambil tugas orang lain, sedangkan tugas kita masih banyak lagi yang belum dapat diselesaikan. Walau bagaimanapun, seminar khas Memperkasakan PAS yang berlangsung di Markas Tarbiyah Taman Melewar itu dikira berjaya meneyelesaikan kekeliruan, dan dapat menjadikan PAS lebih baik dan mematangkan ahli dari semua peringkat. Dengan adanya penerangan dan penjelasan dari Yang Di Pertua di peringkat kawasan akan menyalurkan maklumat yang benar teras ke peringkat cawangan-cawangan yang boleh menangkis dakyah-dakyah yang boleh merosakkan jamaah.


No comments:

Post a Comment