TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, November 11, 2009

DS Nizar mengajukan soalan lisan berkaitan NIOSH kepada Kementerian Sumber Manusia

dipetik melalui http://www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) mengesyorkan agar Institut Keselamatan dan Kesihatan (NIOSH) turut mengadakan latihan dan kursus kepada pengusaha pengangkutan awam bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Nizar ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan juga mahu Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 diaplikasi melalui NIOSH.

Ini kerana ujarnya, meskipun akta itu telah dinyatakan sejak sekian lama, namun ianya dilihat tidak dilaksanakan secara menyeluruh dalam beberapa aspek khususnya melibatkan keselamatan pengangkutan awam.

Menurutnya, sejak tahun 2000 hingga 2005, kadar kemalangan di lebuhraya meningkat hampir 30 peratus, melibatkan kenderaan komersial. Kemalangan melibatkan pengangkutan awam seperti bas pula meningkat hampir 131 peratus dari dalam tempoh lima tahun tersebut.

"Apakah cadangan daripada timbalan perdana menteri untuk melaksanakan akta tersebut kepada kesihatan dan keselamatan jalan raya kepada pengusaha-pengusaha kenderaan komersial dan kenderaan bas supaya kadar kemalangan itu dapat dikurangkan.Kita lihat setiap kali musim perayaan kadar kemalangan itu meningkat.Kempen demi kempen telah kita adakan.

"Saya nak mengesyorkan dan saya nak dapatkan kepastian daripada kementerian boleh atau tidak akta itu diaplikasikan melalui NIOSH supaya NIOSH melaksanakan juga latihan kepada pengusaha kenderaan awam yang dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri menjawab bahawa bidang kuasa itu merentasi sempadan Kementerian Sumber Manusia kerana ia juga melibatkan kementerian-kementerian lain.

Terdahulu, Nizar meminta Kementerian berkenaan menjelaskan mengenai kontraktor-kontaraktor perkhidmatan bangunan kerajaan diwajibkan menghantar semua pekeja mereka menghadiri kursus kemahiran di NIOSH untuk melayakkan mereka terlibat dengan sebaran tender.

Beliau berkata, terdapat banyak rungutan daripada pelbagai pihak khususnya kontraktor bumiputera yang dipaksa mengeluarkan sijil-sijil tertentu khususnya sijil penyertaan dan sijil kehadiran dari NIOSH sebelum mereka ditawarkan kerja-kerja pengurusan atau perkhidmatan di jabatan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

"Jadi kalaulah ada jaminan daripada timbalan menteri tadi menyatakan NIOSH tidak menyatakan satu kemestian kepada majikan untuk menghantar pekerja-pekerja mereka untuk menghadiri kursus, saya anggap ianya baik kerana jika ia dijadikan satu syarat, maka ia akan menyusahkan kontraktor-kontraktor dalam pengurusan bangunan dan juga perkhidmatan-perlkhidmatan yang lain," katanya.

No comments:

Post a Comment