TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, October 19, 2011

Keindahan dan kerimbunan pokok di Taman Raja Muda Musa tercemar apabila dahannya dicantas.

Penduduk Taman Raja Muda Musa Sitiawan telah mengadu di Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang mengenai kegiatan mencantas dahan-dahan  pokok yang ada di sekitar padang kawasan perumahan tersebut. Pokok-pokok itu ditanam oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung untuk memberi keredupan bagi melindungi rumah yag terdapat disitu dari bahang panas sewaktu matahari naik. Penduduk merasa kesal apabila dahan-dahan pokok ini dicantas tanpa mengambil kira rasa sayangkan keredupan pokok disitu yang sedikit sebanyak menyamankan penduduk. Menurut pegawai dari Majlis Perbandaran Manjung, pokok-pokok yang ada di situ terpaksa dicantas dan dibuang untuk mengelakkan dari ketinggian melampau. Namun begitu kenapa pula pokok-pokok ini dicantas setelah ianya menjadi tinggi dan tidak dikawal semasa diperingkat awal tumbuhnya pokok tersebut. Ini menunjukan sistem pemeliharaan pokok disitu tidak dikawal selia dengan baik dan bersesuian dengan pemeliharaan alam sekitar. Semoga pihak berwajib sentiasa peka dengan kepentingan penduduk serta penjagaan pokok untuk memberi suasana nyaman dan oksijen yang bersih dan keindahan persekitaran.

CERAMAH UMUM DI MARKAS PAS PASIR PANJANG PADA 21.10.11 (JUMAAT) JAM 9.00 MALAM


Pada 21 Oktober 2011 (Jumaat) jam 9.00 malam akan diadakan satu ceramah penerangan mengenai isu-isu semasa bertempat di Markas PAS Pasir Panjang, Sitiawan, Perak. Penceramah yang akan hadir ialah Dato' Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang. Turut berceramah nanti ialah Lt Kol (B) Haji Mohd Nazari Hj Mokhtar, Presiden KERABAT (Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera) yang akan memberi penerangan berkaitan KERABAT salah satu NGO yang berkait langsung dengan hal ehwal bekas tentera., Orang ramai juga berpeluang mendengar ceramah daripada Dr Mohd Nor Manuty, Pengerusi PKR Perak dan Yb Nga Kor Meng ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping. Sila hebahkan maklumat ini.