TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, July 31, 2010

Guru berpolitik: Jangan untuk guru Umno sahaja

Ust Idris Ahmad


Parti Islam Semalaysia (PAS) menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010.

PAS mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.

Sepatutnya perkara ini sudah dibenarkan dahulu lagi sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan.Kerana sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal.

Pelajar yang pulang daripada Timur Tengah yang dipimpin oleh Syed Sheikh alhadi, Sheikh Tahir Jalaludin adalah antara penggerak utama untuk meniupkan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu pada ketika itu.

Mereka membuka sekolah di Melaka dan juga di Pulau Pinang sebagai tapak meyebarkan fikrah perjuangan mereka.

Guru-guru telah memberi sumbangan untuk meniupkan semangat petriotik pada waktu itu samaada mereka yang aliran agama, aliran Melayu dan aliran Inggeris.

Sejarah tidak melupakan sumbangan daripada tenaga pengajar Mahad Ehya alSyarif Gunung Semanggul Perak yang dipimpin oleh ustaz Abu Bakar alBaqir yang meniupkan kesedaran politik di negara ini.

PAS yakin guru-guru yang sudah terdidik dengan moral yang tinggi tahu tentang tugas mereka walaupun mereka aktif berpolitik. Mereka sudah diasuh supaya amanah dengan kerjaya mereka.

PAS mengharapkan juga jangan ada pula selepas ini ada guru yang ditukar tempat kerja kerana aktif berpoltik. Guru-guru ini boleh diambil tindakan bukan kerana terlibat dalam aktiviti PAS atau pembangkang, tetapi bertindaklah kalau guru tersebut mengabaikan tugas seperti ponteng kelas dan tidak menjalankan tugas akademik.

PAS yakin guru-guru PAS dan aktivis PAS adalah orang yang amanah dengan kerja kerana mereka sudah ditarbiah dengan dosa dan pahala, insyaAllah tanggungjawab mereka di sekolah tidak akan terabai.

Selama ini pun prestasi guru-guru PAS teruji dan mendapat pujian daripada pentadbir walaupun setengah guru besar penyokong Umno kerana aktivis PAS tekun tanpa mengira penat lelah dan upah.

www.harakahdaily.net

PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PAS PERAK DI TUNDA

Oleh MisbahulMunir
 
Pelancaran DHPP peringkat Negeri Perak yang sepatutnya berlangsung petang esok 31hb Julai di Hotel Hillcity ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Penundaan ini diumumkan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak selepas keputusan dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perak petang semalam.

Penundaan ini dibuat untuk memastikan pelancaran DHPP berjalan dengan lebih baik dan lancar. Ini kerana ada beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Berikutan itu PAS Perak memohon maaf kepada ahli-ahli Kelab Penyokong PAS seluruh Perak dan PAS Kawasan yang begitu semangat untuk menghadirinya sejak dari awal lagi.

Tarikh lain pelancaran DHPP akan diputuskan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun kegiatan Kelab Penyokong PAS masih boleh diteruskan dengan kerjasama Lajnah Perpaduan dan PAS Negeri atau Kawasan masing-masing.

Friday, July 30, 2010

PAS bentuk jawatankuasa anti saman ekor

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE).
Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.
Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.
Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.
Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.
“Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir,” ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.
Timbalan ketuanya, Azman Shapawi abdul Rani berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu.
Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.
PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.
Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.
Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.
Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.
Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai ‘ISA Kedua’  seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.
Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum.
“Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan,” ujarnya.
Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat.
“Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan ‘penyelarasan subsidi’. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan,” katanya.
Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat.
Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan.
“Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya.

Jom Kita Pergi Ramai-Ramai Malam Kesenian & Kebudayaan Islam Seri Manjung


MALAM KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM
Jemputan Khas : Azhan Juara Akedemi Nasyid TV9 2009
Anjuran : Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung
Tempat : Perkarangan Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung.
31.07.2010 (Sabtu) Jam : 9.15 Malam.
Maklumat lanjut klik di sini.

Menghargai bantuan brader Basher Mobara dan kerjasama dari Sam UREKA, MSK UREKA dan Meor Cakap Rakyat Group, bagi merealisasikan misi bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam dengan cara menjual sambil menderma hasil karya & budaya kesenian rakyat dan juga penghargaan kpd jawatankuasa program ini yang memberi ruang utk bersama menjayakan majlis yang sederhana ini.

Produk yang bakal dijual dgn harga promosi sambil menderma disalurkan ke Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam, moga dapat sebarkan program ini kpd rakan taulan. Sokongan semua amat dihargai.

Album DARI RAKYAT UTK RAKYAT dapatkan ORIGINAL dari MEOR. Berhibur dgn luahan rakyat marhaen sambil Menderma. Harga Pasaran RM20.00, Harga Promosi Mlm itu RM15.00 (RM3 disumbangkan kpd Pusat Asuhan Tunas Islam, jumlah kos pembuatan RM10 dan penghantaran RM2)


BUKU dari bilik darjah sekolah UREKA , Harga mengikut Buku.


Dapatkan T-SHIRT UREKA dgn menderma, stok terhad, Harga Pasaran RM25 - RM20, Harga Promosi Malam itu max. RM20- min. RM15 atau tiada had maksima mengikut keikhlasan anda utk menderma yang mana hasil jualan sepenuhnya dimasukkan ke dalam Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam atas sumbangan dari semua yg terlibat dlm misi ini. Stok terhad, utk tempahan mengikut harga pasaran.

"Semua orang adalah guru dan alam raya adalah sekolah"


Stok terhad.

Sekolah Rakyat!

Wednesday, July 28, 2010

Dun Perak: Adun PR hadir atas notis Sivakumar

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan menghadiri sidang Dun pada 3 Ogos ini setelah mendapat notis panggilan daripada speaker yang sah, V. Sivakumar.

Demikian dimaklumkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

"Kami telah menerima surat daripada speaker yang sah V. Sivakumar untuk kami hadir bersidang pada 3 Ogos jam 10 pagi. Jadi kami akan hadirlah oleh kerana kami dapat surat daripada Speaker V. Sivakumar," katanya.

Menurut Nizar, Speaker BN, R. Ganesan juga telah menghantar notis panggilan ke sidang Dun berkenaan kepada mereka.

Namun beliau menegaskan, keputusan untuk hadir ke sidang Dun berkenaan adalah kerana menerima suart daripada V. Sivakumar, bukan kerana panggilan daripada R. Ganesan.

"Kami akan hadir kerana surat daripada V. Sivakumar, bukan kerana notis daripada speaker haram itu," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau juga berharap agar persidangan kali ini akan berjalan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kami telah bagitahu kami mahukan persidangan ini berjalan lancar, licin dan mengikut peraturan biasa dan diberikan senaskhah agenda dan peraturan mesyuarat.

"Sehingga hari ini kami tidak menerima apa-apa agenda daripada speaker haram. Jadi kami tidak tahu apa yang akan terjadi dan yang akan dibahaskan dalam persidangan.

"Dia (R. Ganesan) tidak sebutkan dalam surat agenda-agenda seperti agenda soal jawab lisan dan sebagainya jadi kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada 3 haribulan itu," katanya.

Kali terakhir, Dun Perak bersidang adalah pada 30 dan 31 Mac lalu dengan mencatatkan sejarah sidang Dun paling singkat setakat ini.

Dua Beradik Selamat Selepas Kereta Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali

SELAMAT...Nurulfatin Farhanah Dzulkafli (kanan) dan kakaknya, Siti Haida terselamat apabila kereta keluarga mereka dilarikan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali di Kuala Kangsar, Perak semalam. Turut hadir ibu mereka, Fauziah Shafie (kiri) bercakap dengan saudara terdekat berhubung insiden malang yang menimpa keluarganya.
KUALA KANGSAR: Dua beradik perempuan berusia 16 dan enam tahun yang berada dalam kereta yang dilarikan tiga lelaki, terselamat selepas ditinggalkan di tepi jalan berdekatan Liman Kati, setengah jam selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Muhammad berkata kedua-duanya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah lokasi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.
Polis turut menemui kereta Honda yang baru sebulan dibeli keluarga berkenaan di Rantau Panjang, Kelantan, pada 4 pagi tadi, bagaimanapun, ketiga-tiga suspek menghilangkan diri, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Beliau berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa, Mejar Dzulkefli Ahmad, 48.
Sementara itu, Dzulkefli yang bertugas di Kuala Lumpur berkata ketika kejadian, beliau dan isterinya meninggalkan kedua-dua anaknya itu di dalam kereta dengan enjin masih hidup, untuk mengambil gambar di sebuah kedai di Jalan Sagor.
Apabila kembali, beliau melihat tiga lelaki meluru masuk dengan pantas ke dalam keretanya dan melarikan kenderaan itu ke arah Gerik, katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Zulkefli membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum bergegas ke Pondok Polis Liman Kati selepas dimaklumkan bahawa anaknya telah ditemui di tepi jalan berdekatan kawasan itu.
Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik tersebut hanya mengalami kesan calar di tangan dan tiga lelaki berkenaan berjaya melarikan dua telefon bimbit serta wang tunai kira-kira RM100. -BERNAMA

Timbalan Pendakwa raya Kes Anwar Saifol di gugurkan - Gani Patail

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.


Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani  berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.
Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.
“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.

Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.
Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Tuesday, July 27, 2010

Najib & Zambry blame for the drastic drop in investment (Perak)


Press Statement

Investment was the highest in Perak during the reign of Pakatan Rakyat (PR).

The figures released by Malaysian International Trade and Industry (MITI) for the last 10 years from 2000 to 2009 show that the investment in Perak was the highest when PR ruled Perak.

The investment in Perak in 2008 was RM3,130,017,250. This was despite the fact that PR took over power only after March 2008 and the uncertainty that surrounds the first 2 months of the change of Government after more than 50 years of BN rule. It was also despite the fact that the United States of America and Europe were facing economic crisis in 2008.

Investors were having great confidence in PR after just a short period of its administration. I believe investments would have increased further had it not for the undemocratic grab of power by BN on 6-2-2009.

Due to the grab of power by BN, investments drop drastically in Perak by 71.5% to only RM893,872,874 million in 2009.

Prime Minister, Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak and Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir are to be blamed for dashing to pieces the new hope that PR was bringing to the people of Perak. They killed the economic prosperity that was to follow due to the exemplary rule of Pakatan Rakyat Government which was highly praised by the Auditor General’s office.

Unemployment and low paying jobs continue to dominate the job market in Perak. The people must teach BN leaders a lesson in the coming 13th General Election for putting personal powers and interests above the welfare of the people of Perak.


Ngeh Koo Ham
Assemblyman for Sitiawan
MP for Beruas

Monday, July 26, 2010

30 Perkara Pengkhianatan UMNO


Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?


11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?


Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.

Formula baru UMNO yang tak boleh pakai

 
Ahad 25 Julai 2010 sebelah Pagi.....teman ronda-ronda ke Kg Dato' Seri Kamaruddin dalam kawasan Pasir Panjang. Dari rumah teman tak jauh kira 1 Km jer... Teman meronda dengan Van Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang terpampang gambar Dato' Seri Nizar dengan senyumannya.

Sepanjang jalan ke Kampong Dato' Seri Kamaruddin terpampang banner " Formula baru Politik Malaysia" yang mana program ini diadakan di padang permainan kampong tersebut semalam. Tetamu jemputannya YB Dato' Alwi bin Che Ahmad...Ketua Pembangkang DUN Kelantan. Baguslah istiharkan dia tu pembangkang. Maknanya BN ni bukanlah memerintah sepanjang zaman...ada jugalah zaman jadi pembangkang. 

Setelah teman sampai di Kampong Dato Seri Kamaruddin, teman singgah di depan rumah salah seorang ahli UMNO....Nama dia tak payah ler teman sebut. Teman bagi salam..dia pun jawab salam dan jemput saya masuk ke dalam rumahnya. Dia menjamu saya dengan air limau....sedaplah pulak. Teman pun bersembang dengan dia, walau pun teman dengan dia berbeza fahaman politik.Teman pun tanya ler dia...semalam miker tak pergi ker, ke program UMNO tu...Tak der...kata dia...Tak sior teman. Tapi dia nolong orang memasak dekat dengan dewan tempat program tu diadakan.

Jemputan kehadiran dijangka 1000 orang, yang hadir seratus orang pun tak sampai. Itulah keadaan UMNO hari ni...tambah perbualannya dengan saya. Orang dah meluat dengan UMNO. UMNO menyusahkan rakyat...Yang untung pemimpin dia... Oh...yer ker??? kata teman. 

Miker buat buat baik ler dengan orang bawah UMNO ni...Insyaallah demer akan sokong PAS. Tapi kaedah kena betullah....Jangan keras-keras sangat. pujuk demer...Insyaallah demer ngikut miker. Teman walau UMNo kata dia, tak pornah mangkah calon demer...sebab teman tak berkenan. Dekat romah teman ni...insyaallah akan sokong PAS...Miker tengok jer ler...

Zambry tu dulu bukan nak ngenang jasa langsung. Teman ler naik kan dia...Kata dia...walaupun dulu teman ni juga penyokong puak Wajide..tapi bila dh lama kita cubalah nama baru; bagi zambry ni naik...angkohnya tak ngenang jasa juga...Ituler UMNO kata dia. Masa kita ada nama....okayler...Bila dah tak pegang apa apa jawatan....tinggallah kita terkuntang kanting. Tak dipedulikan demer langsung. Apa yang saya dapat sepanjang saya dalam UMNO. Tanah yang saya duduk ni pun saya beli..bukan kerana saya berjuang dalam UMNO.

Itulah sekelumit cerita dari seorang ahli veteran UMNO di Kampong Dato' Seri Kamaruddin untuk tatapan ahli UMno yang lain..

Saturday, July 24, 2010

CINTAILAH ALAM SEKITAR...

Ungkapan yang biasa didengar, tetapi tidak dipratikkan. Untuk pengetahuan umum kampung lekir adalah sebuah kampung yang kaya dengan hasil pertanian. Perkataan lekir juga adalah berasal dari pokok lekir yang dahulunya banyak di kawasan kampung ini. Persoalannya, bagaimanakah kawasan pertanian boleh dijadikan tempat perindustrian. Mari kita terjah...

Kilang YTY yang terletak di Bt 10 lekir. Produk yang dikeluarkan adalah sarung tangan medical yang diperbuat daripada getah dan campuran bahan kimia. We difahamkan kilang ini semakin membesar. Kerja kerja penambahan sedang dilakukan. Wah!!! Kaya!!! Kaya!!! Kaya!!!. Nampak gayanya bertambahlah peluang perkerjaan, warga asing pun bertambah, dan bahan sisa tosik pun akan bertambah. Mana nak campak sisa-sisa toksik tu? We harap Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau supaya tidak berlakunya pembuangan sisa tosik yang tidak mengikut spesifikasi. Selamatkanlah kampung lekir...

Friday, July 23, 2010

Dato' Seri Nizar menyampaikan kuliah di Taman Samudera Barat, seri Manjung.


Selasa 22 Julai 2010, Surau Taman Samudera Barat, Seri Manjung menerima kehadiran wakil rakyat mereka, Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin, untuk menyampaikan kuliah maghribnya yang julung-julung kalinya diadakan di kawasan Taman Perumahan tersebut.

Dato' Seri Nizar yang kerap berada di Pasir Panjang, tidak melepaskan peluang untuk menemui rakyat dengan cara menyampaikan kuliah. Penduduk di sekitar kawasan ini gemar dengan cara kuliah yang disampaikan. Pendekatan yang dibawa oleh beliau memudahkan pendengar untuk memahami tentang satu-satu tajuk yang dibawanya. 
Walaupun ianya seorang ahli politik, beliau tetap memulakan ucapannya dengan membaca sepotong dua ayat al Quran atau hadis nabi Muhamad SAW. Ayat-ayat yang dibaca oleh beliau kemudiannya dihuraikan tafsirannya dan dikaitkan dengan kehidupan masa kini, sesuai dengan isu-isu yang berlaku kepada masyarakat hari ini.

Sebagai contoh; semalam beliau menghuraikan tentang tajuk Isra' wal Mikraj. Kisah bagaimana Rasullullah di Isra' dan dimikrajkan dari Mekah ke Palestin kemudian ke sidratul Muntaha. Mesej penting yang disampaikan Nabi Muhammad yang boleh diambil pengajaran ialah apabila nabi Muhammad di tegur oleh nabi Musa ketika beliau selesai menemui Allah untuk mengambil perintah Solat yang pada asalnya diperintahkan manusia untuk menunaikan solat 50 waktu sehari semalam. Jika nabi Muhammad tidah mengendahkan teguran  nabi Musa sudah tentu manusia akan menjalankan solat sebanyak 50 waktu. Namun pengajaran...walaupun perintah itu betul namun atas teguran orang lain, beliau menerima pandangan Musa dan akhirnya kita hanya menunaikan solat 5 waktu sahaja. Dikaitkan dengan kita hari ini, kita juga perlu menerima teguran dari orang lain walaupun kita merasakan kita betul namun pandangan orang lain mungkin boleh menjadikan ianya lebih baik. 

Begitu jugalah berkaitan dengan pemerintahan, tugas kita mengur pemerintah yang sedia ada agar ianya lebih baik untuk kemaslahatan rakyat semua. Pemerintah kenalah menerima teguran yang diberi dan ianya merupakan satu kebaikan.

Wednesday, July 21, 2010

PAKAT MASUK PAS. BUKAN NAK BERSATU DENGAN UMNO

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/Idris%20Ahmada.jpgParti Islam Se-Malaysia PAS menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara PAS dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh. Parti Umno yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS.

Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat. PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa Melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk Al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik Melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa. Tan Seri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah Umno. Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, al-Marhum Dato Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku Umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman Pas, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar Pas lawan Dr S Vasan (MIC). Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, July 20, 2010

ISA: Malaysia cenderung bantu Amerika lawan Islam

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras penahanan terbaru seorang pelajar kejuruteraan, Mohammad Fadzullah Abdul Razak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki pengganas dan dituduh merekrut pelajar lain untuk kegiatan pengganas.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, penahanan tersebut seolah-olah membuktikan kecenderungan Kerajaan Malaysia dalam membantu Amerika untuk menentang Islam atas alasan memerangi keganasan.

Katanya, Malaysia sudah terperangkap dengan agenda Amerika mewujudkan Islamofobia.

"Dengan pendekatan menangkap mereka yang kononnya disyaki pengganas dan mengumumkan kenyataan-kenyataan yang kabur tanpa bukti yang jelas, ternyata menunjukkan Malaysia terperangkap dengan permainan hegemoni Amerika untuk membesar-besarkan sentimen Islamofobia," katanya.

Teras juga mendakwa terdapat siri pengumuman yang didedahkan secara sengaja menjelang Persidangan Agensi Perisik Amerika Syarikat (FBI NAA) untuk melakukan pelbagai kegiatan mendalangi operasi penculikan, penggulingan dan keganasan ke atas mana-mana negara yang tidak disukainya.

Persidangan itu berlangsung di ibu negara bermula kelmarin hingga 24 Julai ini.

"Adalah mengejutkan kami bagaimana Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama, malah pegawai-pegawai kanannya dilatih oleh FBI sejak 1964 lagi sedangkan FBI mempunyai rekod berfungsi untuk merencana dan melaksanakan pelbagai operasi espionaj di seluruh dunia," katanya lagi.

Sehubungan itu, Teras tegasnya menuntut kerajaan Malaysia menghentikan polisi bekerjasama dengan US untuk melaksanakan kempen Islamofobia kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

"Mendakwa ada kumpulan akan menyerang rumah ibadat di Pulau Pinang dan Selangor hanya suatu alasan untuk mewujudkan ketakutan dan saling curiga-mencurigai antara penganut agama di negara ini dan sebagai tindakan lanjut menangkap orang yang dianggap teroris untuk memuaskan hati US," tegasnya.

Beliau juga menegaskan, tindakan menahan individu hanya dengan syak dan tanpa bukti yang jelas adalah kaedah yang telah diguna oleh agensi perisik Amerika seperti FBI dan CIA ke atas sesiapa yang tidak dianggap musuh oleh US.

"Teras menyatakan secara tegas bahawa jika Malaysia terus menjalankan peranannya bersekongkol dengan Amerika dan kuasa barat yang lain untuk menahan sesiapa sahaja tanpa bukti dan tidak mendakwa mereka di mahkamah terbuka , maka jelas Malaysia kini berada dalam cengkaman hegemoni barat untuk menyerang Islam," tegasnya lagi.

Fadzlullah, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Polis hanya mendakwa beliau mengunakan kedudukannya sebagai guru agama untuk merekrut pelajar menjadi ahli Jemaah Islamiah (JI).

Akhbar melaporkan kononnya Fadzlullah ada kaitan dengan seorang pendakwah dari Syria, Aiman Dakak dan seorang guru dari Malaysia, Azzahari Murad.

Pada Januari tahun ini, Aiman ditahan dengan sembilan orang lagi atas alasan disyaki pengganas, manakala Azzahari masih ditahan di bawah undang-undang pencegahan.

SIDANG DUN PERAK: KEMBALIKAN HAK RAKYAT

Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat yakin dengan komitmen semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak termasuk ADUN Bebas untuk menyuarakan tuntutan rakyat di dalam Persidangan DUN Perak pada 3 Ogos ini. Komitmen ini sangat penting bagi ADUN menyuarakan pelbagai isu dasar dan permasalahan rakyat yang perlu menjadi agenda utama DUN pada kali ini.

Justeru, DPPN Pk amat berharap agar tiada gangguan lagi dari mana-mana pihak pada Sidang DUN pada 3 Ogos ini. DPPN Pk merasakan semua pihak patut menjalankan tugas mereka secara profesional dan adil. DPPN Pk juga berharap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghormati semua ADUN di dalam memastikan Persidangan DUN kali ini tidak diganggu serta mengikut lunas Undang-Undang.

DPPN Pk juga berharap Sidang DUN pada kali ini dipanjangkan kerana pelbagai isu rakyat perlu disuarakan. Antara perkara yang sentiasa timbul adalah hak rakyat dinafikan oleh kerajaan negeri. Isu-isu seperti tuntutan pampasan KTMB di Kuala Sepetang, kes pembalakan haram yang meningkat, kerakusan pembinaan yang membunuh alam sekitar dan banyak lagi temasuk keadaan kewangan negeri yang membimbangkan.

DPPN Pk yang telah menghantar permohonan bagi mengikuti Sidang DUN kali ini mengharapkan agar kami diberikan keizinan bagi melihat sendiri perjalanan DUN Perak pada kali ini. Sekiranya tidak diberikan keizinan, memang benarlah bahawa DUN Perak tidak lagi berfungsi sepertimana yang didakwa selama ini.

Monday, July 19, 2010

Pakat masuk PAS, bukan bersatu dengan Umno


Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus.

Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS.

Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat.

PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa.

Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik melayu? PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi melayu, Pas akan lawan umno, kalau umno kalah, Pas menang, Pas melayu juga. Mana sifir kuasa melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi PAS boleh buktikan banyak tindakan umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa.

Tan Seri lupakah yang menutup surau di Sek 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah umno.

Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, AlMarhum Dato Ishak Bahrum diburu macam penjenayah kerana hendak menyampai agama ketika Selangor di bawah umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan Melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo Lo Pas lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman PAS, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar PAS lawan Dr S Vasan (MIC).

Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka PAS bertanding di kerusi pengundi melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

PAS menyeru kepada ahli Umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar Umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.

Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

Friday, July 16, 2010

Rasionalisasi Subsidi Gula Dan Minyak

Malam tadi kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api dan gula. Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, rasionalisasi subsidi ini bertujuan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit


Pengumuman ini menyaksikan kenaikan harga gula dan bahan api di pasaran mulai tengah malam ini. Seperti biasa, akan ada dua pandangan yang berbeza dalam isu ini. Satu pihak akan mempertahankan proses rasionalisasi ini, manakala satu pihak yang lain akan menggunakannya bagi memberikan satu lagi alasan mengapakah rakyat perlu mengundi pembangkang dalam PRU13 nanti.

Polemik ini akan berterusan, dan ia adalah sesuatu yang dijangkakan. Saya serahkan kepada kerajaan untuk berkomunikasi secara langsung dengan rakyat dan menyakinkan mereka kepada keperluan proses rasionalisasi ini.

Proses meyakinkan rakyat bukanlah sesuatu yang mudah; apatah lagi sehingga sekarang masih ada sesetengah pemimpin kerajaan (sama ada pemimpin politik atau kakitangan awam) yang hidup mewah. Ini menjadikan rakyat sukar menyokong keperluan proses rasionalisasi subsidi. Hujah yang biasa dan akan selalu kita dengar ialah “rakyat diminta berkorban, sementara pemimpin terus hidup mewah.”

Atas sebab inilah maka saya mengatakan bahawa dalam proses komunikasi, perbuatan adalah lebih penting dari percakapan (actions speak louder than words). Selagi rakyat melihat pemimpin kerajaan hidup mewah, selama itulah mereka akan menjuihkan bibir kepada seruan menyokong proses rasionalisasi subsidi dan menuding jari kesalahan kepada kerajaan.

Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar pengumuman rasionalisasi subsidi diikuti dengan tindakan pengurangan gaji dan kemudahan untuk anggota kabinet, kakitangan kanan GLC dan kakitangan pengurusan atas sektor awam.

Tindakan ini boleh sekurang-kurangnya menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin negara juga sedia mengorbankan sedikit kemudahan tatkala rakyat merasai beban itu. Dalam bahasa yang mudah, rakyat tidak memikul beban tersebut sendirian.

Saya tak fikir rakyat inginkan pemimpin politik hidup merempat. Namun, mereka juga tidak mahu pemimpin masih menunjukkan gaya hidup mewah tatkala kehidupan rakyat menjadi sukar akibat rasionalisasi subsidi ini.

Usah perlekehkan kemampuan intelek rakyat untuk memahami keperluan rasionalisasi subsidi ini. Cuma, pada masa yang sama, usah juga mengharapkan rakyat sendirian memikul beban tersebut!

Rakaman Wacana Perdana: Bolehkah Melayu Bersatu..? Updated





Thursday, July 15, 2010

PAS sudah tolak berunding dengan Umno

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/06/nik-aziz-pas1.jpg
Oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.

Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-Fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan “maliki yaumiddin” yang bermaksud hari agama, hari berlakunya pembalasan mengikut neraca agama. Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak.

Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi.

Wallahu’alam.

YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Wednesday, July 14, 2010

fakta mengenai Hitler yang boleh mengejutkan anda...


Adolf Hitler... ada beberapa fakta mengenai pemimpin Nazi ini yang boleh mengejutkan umat Islam. Semuga bermanfaat mengetahuinya..
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel.
Hitler melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam.
Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, termasuk tentera yang bukan Islam.



Tentera Jerman beragama Islam dibenarkan menunaikan solat ketika masuk waktu...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau... (foto seumpama ini kini boleh diperolehi daripada internet)





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta ulama mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...






Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian. Selain itu Hitler juga mengakui tindakannya banyak berpandukan al Quran.
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler memerintahkan penasihat-penasihatnya mencari kata-kata pembukaan yang hebat termasuk dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di Jerman mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera Jerman.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suciku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler tidak meminum arak dan telah enggan berbuat demikian ketika beliau gementar semasa keadaan Jerman yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu doktor mencadangkan beliau minum arak sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan: " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menjamah minuman itu.
(dipetik/edited dari fb Azhar Abdullah)

Mansuhkan segera Saman ekor macam 'ISA kedua'

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Saman ekor yang diamalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pesalah trafik tidak ubah seperti 'ISA kedua' untuk rakyat, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi (gambar).
Menurut beliau, sepatutnya kerajaan tidak terus menyenaraihitamkan pesalah trafik melalui saman ekor sehingga dihalang memperbaharui cukai jalan.
Sebaliknya, beliau berkata, mereka yang terbabit wajar dibuktikan bersalah di mahkamah terlebih dahulu.
"Saya lihat isu saman ekor ini seperti kerajaan nak cipta ISA kedua," jelas beliau kepada Harakahdaily.
“Sepatutnya mereka perlu dibawa ke mahkamah, kesalahan mesti dibuktikan, mereka perlu diberi ruang untuk beri ulasan, bukannya diperas ugut."
Disebabkan itu, beliau mencadangkan kerajaan supaya menitikberatkan soal pendidikan kepada pengguna jalan raya.
"Sepatutnya mendahulukan keadaan mendidik rakyat. Tindakan kerajaan sangat tidak wajar kerana kerajaan tidak mendidik rakyat, tetapi lebih untuk memeras wang rakyat," katanya.
Katanya lagi, kerajaan seharusnya mencontohi beberapa negara maju dalam menangani gejala salah laku pengguna jalan raya.
"Seperti di Jepun, setiap kereta dibekalkan alat pengesan laju. Di Jerman, setiap 5 kilometer untuk pastikan pemandu memandu dalam keadalan selamat," ujarnya.

Teras bantah FBI bersidang di Kuala Lumpur

Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 14 Julai:
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras persidangan agensi perisik Amerika yang akan diadakan di Garden and Residences, Mid Malley, dekat sini pada 18 hingga 23 Julai ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid memberitahu, maklumat itu diperoleh daripada laman web FBI National Academy Associatites untuk Asia Pasifik yang diketuai oleh presidennya, SAC 1 Datuk Shahbudin Abdul Wahab.

"Teras membantah dengan keras persidangan ini diadakan di Malaysia yang melibatkan sebuah agensi risikan Amerika yang jelas mempunyai rekod menjadi dalang dalam pelbagai konspirasi untuk menjatuh pemimpin-pemimpin negara yang tidak sebulu dengan Amerika," katanya dalam satu kenyataan media.

Difahamkan, perhubungan FBI National Academy Associates dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada 1964 apabila SAC Kassim Ali menghadiri sesi FBI NAA itu buat kali ke-74 .

Sejak itu katanya, 58 pegawai polis kanan dari PDRM telah menghadhiri kursus yang dianggap sangat istimewa, antara yang turut hadir ialah bekas ketua polis negara, Tun Haniff Omar, kecuali 16 orang , yang lain dikatakan sudah bersara.

Mohd Azmi berkata, pihaknya amat kesal apabila mengetahui Malaysia telah menjalinkan hubungan kepolisian dengan FBI yang membuktikan perhubungan seperti ini dilakukan tanpa pengetahuan dan perbahasan di kalangan rakyat mahupun di Parlimen.

Justeru, Teras mendesak kerajaan menjelaskan kepada umum rasional mereka menjalinkan hubungan dengan FBI dan mahu kerajaan segera menghentikan perhubungan dengan FBI.

"Teras mendesak agar pihak kerajaan menjelaskan apakah rasional perhubungan PDRM dengan FBI selama ini, sejauh mana maklumat keselamatan negara diserah kepada FBI dan berapa perbelanjaan yang terlibat dalam latihan pegawai PDRM di FBI.

"Teras juga menuntut agar pihak kerajaan menghentikan perhubungan dengan FBI," katanya.

Menurut Mohd Azmi juga, Shabudin dalam kata-kata aluannya menyatakan bahawa persidangan itu disebut sebagai simbol kuasa dan hubungan rapat yang dapat dijalinkan dengan PDRM melalui FBI NAA Asia pasifik.

Persidangan berkenaan dipercayai ditaja oleh beberapa pihak termasuk Permodalan Nasional Berhad, Tourism Malaysia dan Public Bank Berhad.

Tegasnya juga, kerajaan bersikap hipokrit apabila menyatakan kedaulatan sendiri tetapi secara rahsia menjalinkan hubungan dengan Amerika.

"Tidak ada gunanya kerajaan menyatakan Malaysia mempunyai kedaulatan sendiri tetapi secara rahsia menjalinkan hubungan dengan kuasa perisik Amerika yang mempuyai agenda untuk mengawal pengurusan keselamatan negara.

Sebagai sebuah agensi perisikan Amerika yang utama selain CIA , katanya pelbagai rekod operasi melibatkan penyeludupan agen-agen perisik di seluruh dunia dilaksanakan untuk kepentingan Amerika.

Dua agensi paling berkuasa di Amerika iaitu FBI dan CIA terkenal di Amerika sendiri sebagai agensi yang merosakkan hak individu, hak kebebasan bersuara dan hak memilih pemimpin yang semuanya dilakukan atas nama keselamatan nasional.

Oleh itu, sejarah Amerika sarat dengan skandal yang dikaitkan dengan dua agensi itu termasuk insiden asasinasi Kennedy, kegagalan membunuh Fidel Castro; bom Oklahoma City; pembunuhan beramai-ramai Waco Texas dan 9/11.

Tuesday, July 13, 2010

Dato' Seri Nizar mengadakan kunjungan hormat untuk penghormatan terakhir Mendiang V.Murugeson di Seri Manjung.

13 Julai 2010, Seri Manjung, Dato' Seri Nizar mengadakan kunjungan hormat ke atas Mendiang V. Murugeson, bapa kepada Yang Berhormat Saudara Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat yang mati semalam di rumah anaknya di Fasa 2D. Mendiang berumur 100 tahun adalah merupakan aktivis Parti MIC Bahagian Lumut. Beberapa orang Ahli-Ahli Yang berhormat turut hadir . Antaranya Encik Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Dato' Ngeh Koo Ham, V. Sivakumar, Dato' Samy Veloo dan Dato' Seri Zambry Kadir. Mayatnya dibawa ke tempat pembakaran Pundut mengikut adat istiadat Agama Hindu yang turut dihadiri anak-anak, saudara mara serta kawan-kawannya dari pelbagai bangsa.

Selamat kan Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor - Nizar


Monday, July 12, 2010

Pelancaran Jom Sertai Nisa' Kawasan Lumut


10 Julai 2010 , Pelancaran Jom sertai Nisa' kawasan Lumut telah diadakan di Markas PAS Manjung Point, Seri Manjung dan telah disempurnakan oleh Puan Rohawati Abdin selaku Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Lumut.

Nisa' Lumut telah menggariskan 5 keistemewaan bagi mereka menyertai Nisa'.

1.   Nisa' 3N (Nisa' News Network)
2.   Unit Kesenian dan Sukan.
3.   Unit Pembangunan Insan.
4.   Unit Kebajikan dan Kaunseling.
5.   Unit Pendidikan dan Kerjaya.

Kepada remaja/wanita yang berumur 15 hingga 35 tahun yang berminat bolehlah mendaftar sebagai ahli dan beserta bayaran ahli sebanyak RM5.00 setahun. Marilah saudari2 menyertai Nisa' sebagai Penghubung Generasi Muda (Connection Youth.) Dengan penyertaan golongan remaja ke dalam Nisa' sekurang-kurangnya dapat membimbing golongan ini kepada program yang lebih tersusun dan tidak terjebak kepada program sosial yang melampau.

Yang berminat untuk menyertai Nisa' Kawasan Lumut sila hubungi ; Puan Roslina Nor (013-4530402)untuk pendaftaran.

Saturday, July 10, 2010

Hapuskan segera Undi Pos

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
"HAPUSKAN SEGERA UNDI POS"
(08 Julai 2010 / 25 Rejab 1431)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan cadangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya  SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mahu menghapuskan kaedah undi pos dalam pilihanraya. DPPWP bersetuju dengan pandangan beliau bahawa undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan, sekali gus menyebabkan lebih banyak undi rosak, termasuk terlalu teknikal, menyusahkan, menyulitkan, serta rigid.


Namun demikian, DPPWP tidak bersetuju supaya undi pos digantikan dengan kaedah ‘undi awal’ seperti yang dicadangkan oleh Tan Sri Abdul Aziz. Bagi DPPWP, ‘undi awal’ tidak menyelesaikan masalah kepada potensi untuk berlaku penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya.


Selama ini, dalam mana-mana pilihanraya sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil pasti akan berlaku rungutan serta prejudis pengundi terhadap berlakunya penyelewengan dalam pilihanraya. Ini termasuk jumlah undi rosak, undi yang tidak dikembalikan, kertas undi yang diambil dan ditanda oleh orang lain, dan pelbagai lagi isu. Undi pos dianggap sebagai undi penentu dalam sesuatu pilihanraya, dan biasanya undi pos pasti akan memihak kepada calon Barisan Nasional dengan jumlah majoriti yang besar. Yang lebih mengejutkan, kebanyakan trend pengundi pos, lebih 80% mengundi calon Barisan Nasional.


DPPWP tidak mempertikaikan kehendak pengundi untuk mengundi mana-mana calon yang bertanding dalam pilihanraya, tetapi seakan suatu tanda bahawa tidak berlaku ketelusan dalam sistem undi pos ini dan dalam menentukan kebebasan pengundi pos untuk mengundi mana-mana calon yang mereka kehendaki. Tambahan pula dalam suasana aman di negara ini sekarang, apakah perlunya undi pos ini dikekalkan kerana setiap petugas keselamatan mampu untuk turun mengundi tanpa apa-apa halangan.


Justeru, adalah wajar undi pos dihapuskan dan digantikan dengan sistem pengundian biasa. Manakala ‘undi awal’ pula bukanlah suatu alternatif yang perlu untuk menggantikan undi pos. Apakah jaminan undi awal adalah telus dan lebih baik dari undi pos serta jaminan tidak akan berlakunya penipuan sepertimana undi pos.


DPPWP dengan ini mendesak agar undi pos dihapuskan segera bagi membuktikan ketelusan perjalanan pilihanraya serta mengembalikan kredibiliti SPR di mata rakyat.


FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Ustaz Zulkefli@Ibrahim Zakaria bebas.

Gambar terkini Ustaz Ibrahim setelah dibebaskan oleh Kerajaan Mesir.

Ustaz Ibrahim menceritakan pengalaman beliau sepanjang beliau ditahan

Seri Manjung - 10 Julai 2010 (Sabtu), saya sempat mengunjungi Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Zulkefli@ Ibrahim yang baru sahaja dibebaskan oleh pihak berkuasa Kerajaan Mesir. Beliau ditahan semasa beliau hendak berlepas balik ke Malaysia di Lapangan Terbang Mesir. Ustaz Ibrahim kelihatan sihat dan ceria dan sempat menceritakan pengalaman beliau semasa ditahan. Semasa ditahan selama 25 hari, beliau telah disoal siasat oleh SB Mesir dan cuba dikaitkan penglibatan Ustaz Ibrahim dengan Jamaah Al Qaeda. Namun apa pun pihak polis Mesir juga tahu tentang penglibatan sebenar Ustaz Ibrahim ialah dengan Jamaah PAS yang tiada kaitan langsung dengan gerakan jamaah Al Qaedah.
Semalam kira-kira jam 2.00 Petang beliau ditahan sekali oleh PDRM untuk tapisan Keselamatan di KLIA. Selesai sahaja siasatan pihak yang berkenaan beliau terus sahaja balik kekediamannya di Taman Samudera Seri Manjung untuk menemui anak isteri beliau.

Manusia akhir zaman berpakaian tapi telanjang



Apa nak dicakapkan lagi......kalau kebanyakan manusia; perempuan seperti ini....Fesyen kata mereka.... Ada jual tudung untuk tutup bahagian kepala pun, sekarang semakin singkat....Fesyen juga, bukan kerana ianya perintah Allah supaya melabuhkan pakaian dan tudung....Marilah kita pesan memesan dan membetulkan masyarakat dan umat Islam dari terjerumus ke kancah kemaksiatan dan kemurkaan Allah. Semoga kita juga tidak termasuk dalam golongan yang akan mendapat bala akibat kesalahan umat...

Friday, July 9, 2010

TINGKATKAN AKTIVITI SEBARAN MAKLUMAT SEMASA KEPADA RAKYAT : PAS PERAK

http://ustazabubakar.files.wordpress.com/2009/10/ust-bakar.jpg
IPOH, 9 Julai, Pesuruhjaya PAS Perak mengharapkan agar Setiap ahli PAS
Perak melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota penerangan yang
melaksanakan tugasan menyebarkan maklumat secara aktif berkaitan
isu-isu semasa yang berlaku dalam negara bagi mengubah pemikiran
rakyat.

Menurut beliau kegagalan petugas parti diperingkat akar umbi
menyampaikan maklumat kepada rakyat terutama orang Melayu di kawasan
kampung menjadi punca kepada sukarnya penduduk di kawsan luar bandar
mendapatkan maklumat.

“ kebanyakan penduduk kampung hanya memperolehi maklumat yang
disampaikan TV dan akhbar Utusan Malaysia dan akhbar tajaan umno
sahaja” ujar beliau

“ Sebab itu kita nak setiap ahli PAS berperanan sebagai penyampai
maklumat yang benar dan tepat kepada rakyat, khususnya dalam
membongkar kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin umno bn
dalam mentadbir negara,” katanya

“Contohnya kita boleh perincikan isu-isu semasa yang berlaku dalam
negara termasuk isu-isi terkini membabitkan pengambilan syarikat
berlatar belakangkan rejim Zionis Israel, Apco yang menyediakan
perkhidmatan komunikasi strategic yang dikaitkan penglibatan pemimpin
Umno.” Tegas beliau lagi

Selain itu beliau juga mahukan agar jentera penerangan PAS perlu
mempelbagaikan kegiatan penerangan bagi memastikan setiap rakyat
mendapat pendedahan isu semasa sesuai dengan latar belakang pemikiran
dan budaya mereka.

“Dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat kita perlu mempelbagaikan
teknik agar maklumat yang disampaikan berkesan dan dapat diterima oleh
rakyat. Sebab itu pendekatan yang pelbagai teknik adalah penting dan
perlu difahami,” katanya.