TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, November 12, 2009

RM 148 000 Untuk 24 Bahagian Umno di Perak Sahaje Yeop..


Semenjak Kerajaan Haram BN yang diterajui oleh Zambry mengambil alih kuasa kerajaan dari Pakatan Rakyat dengan secara rampasan yang menjijikkan,maka banyaklah tindakan dan sikap “Double Standard” yang sudah menjadi amalan dalam pentadbiran BN selama 50 tahun ini kembali direalisasikan oleh Zambry and the Gang di Perak.
Baru-baru ini Naib Ketua Pemuda Pas Perak,Saudara Salman Salleh telah mendedahkan satu sikap yang akan “Memeluatkan” lagi rakyat perak,khususnya mereka yang telah menolak BN dalam pilihanraya yang lepas.
Tindakan terkini Pengerusi jawatankuasa kesenian,kebudayaan dan belia,Encik Zainol Fadzi Baharudin yang telah menyampaikan Peralatan Sukan bernilai RM148 000 kepada 24 Bahagian Pemuda Umno di negeri Perak ini telah mengundang rasa tidak puashati sebilangan rakyat di negeri ini.
Sedangkan mengapa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lain tidak menerimanya?apakah mereka bukan mewakili sebahagian rakyat perak yang mempunyai hak untuk mendapatkan sebarang peruntukan dari hasil cukai dan hasil bumi negeri Perak,sedangkan setiap peruntukan bukanlah datangnya dari poket Umno.
Saudara Salman Salleh mendesak pihak kerajaan Haram BN jangan mempolitikkan sebarang bantuan yang menjadi hak warga Perak,kerana mereka berhak menerima sebarang kemudahan sukan yang perlu diberikan oleh kerajaan yang memerintah kepada setiap rakyat tanpa ada sikap prejudis.

No comments:

Post a Comment