TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, November 23, 2009

Laporan letak jawatan, provokasi 'mematikan' Husam

Nazri Abdullah - Harakah   
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha 'mematikan' karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.

Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.

"Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

"Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

"Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.

Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz juga seperti dilaporkan akhbar itu, telah mengarahkan Husam bercuti lima hari untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Mengulas provokasi itu Husam memberitahu, beliau kesal dengan sikap media tersebut yang sengaja cuba mencetuskan kesan negatif terhadap beliau.

"Hari ini (semalam), Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

"Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit," jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

Selain cubaan mematikan karier beliau, laporan tersebut juga dakwanya cuba memalukan dan meminggirkan Nik Aziz akibat dari ketegasan pemimpin yang disegani itu.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

"Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? soalnya.

Dalam tulisan tersebut, Husam turut menjelaskan pertemuan beliau dengan Nik Aziz Khamis lalu hanya untuk memaklumkan nasihat doktor yang mahu beliau mengurangkan aktiviti dan merehatkan tulang belakang.

Ianya langsung tiada kaitan dengan dakwaan mahu meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.

Dan masalah cuti sakit tegasnya, tidak boleh dikaitkan dengan mahu meletak jawatan.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu?

"Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?" soal beliau lagi.

Semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menafikan dakwaan dilapor Utusan itu dan menempelak sikap media yang cuba menimbulkan perkara yang tidak benar.

No comments:

Post a Comment