TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, May 29, 2012

Demontrasi aman membantah tapak pelupusan sampah di Sg Wangi.

Kira-kira 300 orang penduduk sekitar Sekitar Pekan Sitiawan, dalam daerah Manjung telah berhimpun di Padang Astaka, Sitiawan pada 20 Mei 2012 untuk membantah agar tapak Pelupusan Sampah di Kg Sungai Wangi dipindahkan serta merta dari lokasi yang sedia ada ke lokasi lain. Keadaan bau busuk yang menusuk deria hidung merunsingkan penduduk di sekitar kawasan berhampiran dengan tapak pelupusan tersebut yang telah wujud sekian lama menyebabkan penduduk mengadakan demontrasi aman supaya Pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri mengambil tindakan segera. Janji-janji manis mengatakan tapak pelupusan ini akan dipindahkan pada tahun 2014 tidak melegakan, harapan penduduk untuk hidup dalam edaran udara bersih tidak kesampaian malah seolah-olah kerajaan negeri pimpinan UMNO BN tidak peka dengan masalah penduduk. Walaupun cadangan pemindahan ketempat baru telah lama dirancang namun kelihatan kerja-kerja pembuangan sampah dan sisa-sisa masih kelihatan. Jangan biarkan penduduk disini menghidu bau busuk walaupun kampung ini bernama Kg Sg Wangi. Pindahkan segera, bukan 2014.

Monday, May 28, 2012

Dato' Seri Nizar berkunjung di Kg Spynie Kayan.

DS NIZAR BERGAMBAR DENGAN PENDUDUK KG SPYNIE KAYAN
MANTAN KETUA KG KAYAN, EN MD BASARI SEDANG BERJENAKA DENGAN SEORANG KANAK-KANAK DI KG SPYNIE KAYAN
BAPA SEORANG KANAK-KANAK MENCERITAKAN KEADAAN ANAKNYA YANG CEDERA DISIMBAH MINYAK MASAK DIRUMAHNYA.
PELAJAR TAHUN 4 SEK KEB KAYAN CEDERA DIKAKI TERSIMBAH MINYAK MASAK KETIKA MENGGORENG IKAN.
DATO' SERI HJ NIZAR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI KG SPYNIE, KAYAN.
WARGA EMAS INI MENERIMA SUMBANGAN DARI DATO' SERI NIZAR SEBAGAI WAKIL RAKYAT PASIR PANJANG
SEMOGA MERINGANKAN SEDIKIT BEBAN PENDUDUK DI SINI.
Seperti biasa, Dato' Seri Nizar akan memenuhi jadual lawatannya dengan mengunjungi penduduk dan mereka yang tidak bernasib baik di kawasannya Pasir Panjang. Kali ini beliau melawat Kg Spynie, Kayan yang terletak dibahagian Selatan Pasir Panjang. Selain bertanya khabar beliau juga menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kering kepada warga emas dan dhaif di kampong tersebut. beliau juga mengunjungi seorang pelajar Sekolah kebangsaan Kg Kayan yang cedera dikaki kerana tersimbanh minyak  masak ketika menggoreng ikan. Pelajar tersebut yang tinggal bersama bapanya di Kg Spynie, Kayan. Kunjungan Ds Nizar mengembirakan penduduk di situ, kerana Wakil Rakyat mereka sering turun padang bertemu rakyat walaupun jauh di pendalaman.

Monday, May 7, 2012

Berita ahli UMNO menyertai PAS membimbangkan Zambry

Zahid mengetuai Kumpulan 15 menyertai PAS di Lekir

Kumpulan 15 bersama Dato'Seri Nizar sempena kemasukan mereka ke dalam PAS
Berita kemasukan 15 ahli UMNO Lekir dalam Bahagian Lumut baru ini benar-benar menggemparkan dan menjadi satu tamparan kepada Dato' Seri Zambry Abdul Kadir selaku Ketua UMNO Bahagian Lumut yang juga Menteri Besar Perak.Kemasukan mereka sedikit sebanyak telah menjejaskan kradibiliti dan kewibawaan beliau sebagai peneraju UMNO di bahagian tersebut. Sudah pastilah ada kelemahan yang tidak dapat tidak beliau gagal mengatasinya. Saudara Zahid yang telah menyertai UMNO lebih dari 30 tahun, dan mempunyai pengaruhnya tersendiri, malah sangat rapat suatu ketika dahulu dengan Dr Zambry Abd Kadir. Beliau sangat kesal dalam beberapa hal dengan sikap Ketua UMNO Bahagiannya melayani ahli-ahlinya walaupun beliau memiliki kuasa dan jawatan. Setelah Zambry mengetahui Zahid dan 15 ahlinya menyertai PAS, Zambry telah mengekori jejak Zahid untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh beliau rakan-rakannya yang belum dipenuhi. Apapun, Zahid gagal ditemui oleh Zambry untuk berbincang dalam banyak hal khususnya ketidak puasan hati Zahid terhadap Zambry. Zambry mengadakan perjumpaan mengejut dengan golongan muda pada 6 Mei yang lalu di Restoren Siam di Lekir. Semua bendera yang dipasang ditepi jalan ke Lekir dibuka oleh kakitangan Majlis Perbandaran Manjung untuk menyambut kedatangan Zambry walaupun bukan bidang tugas MPM mengenai perkara ini. Dimajlis tersebut Zambry melakonkan sebuah drama kemasukan pemuda ke dalam UMNO....Lawak betul....tapi itulah yang berlaku. Dikhabarkan ada beberapa ahli UMNO akan mengekori Zahid untuk menyertai PAS...Diharapkan Zambry tidak mengelabah dengan berita begini dan tidak mengugut mereka dengan janji-janji kosong untuk menarik mereka kembali kepada UMNO...