TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, May 14, 2011

Ramah Mesra dan Minum Petang di Lumut Kopitiam

di kedai kopitiam Lumut inilah mengumpulkan penduduk Pekan Lumut untuk mendengar ucapan wakil rakyat Pasir Panjang, disamping majlis ramah mesra.

Pemuda DAP Lumut

Menunggu ketibaan YB Nizar

Sebahagian Yang hadir

Khuyuk mendengar Yb Nizar menyampaikan ucapan

Menyambut ketibaan Yb Nizar

Selamat Datang Dato'

Ucapan Ds Nizar

Pelbagai kaum hadir

Penuh semangat
13 Mei 2011 di Lumut Kopitiam, Dato' Seri Nizar sempat menemui penduduk Pekan Lumut di samping menyampaikan sedikit ucapan. Mereka yang terdiri dari pelbagai kaum adalah penduduk yang telah lama menetap di Titi Panjang, Pekan Lumut. Mereka juga adalah para pengundi kepada Dato' Seri Nizar wakil rakyat bagi kawasan Pasir Panjang dalam Parlimen Lumut. Suasana petang menjadi panas bila Dato' Seri Nizar menyampaikan ucapan yang berapi-api. Mereka sangat menggemari cara Dato' Seri Nizar berpidato yang sangat bersemangat dan mempunyai fakta-fakta yang berkaitan dengan isu-isu terkini. Paling tertarik bila mana Dato' Seri Nizar menceritakan keadaan UMNO BN masakini, yang kelam kabut dan cuba mengenengahkan perkara-perkara sensitif dan perkauman. Rakyat diajak berhati-hati dari mempercayai tohmahan dan fitnah yang ditimbulkan olih UMNO BN yang menjadikan isu perkauman sebagai agenda dan propaganda yang mungkin melagakan keharmornian kaum dan agama di negara ini. Kealpaan dan mempercayai agenda mereka boleh memerangkap keakraban Pakatan Rakyat yang sedia ada.

Ihtifal Zon 3 Sekolah Agama Rakyat Pasir Panjang

Persembahan Pantomin

Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian

Hadirin dan hadirat yang menyaksikan pesembahan

Kumpulan Nasyid yang menyanyikan lagu" Selimut Putih"

Pemenang kedua kategori bercerita

Menyampaiakan Hadiah kepada seorang pelajar perempuan kategori bercerita kisah nabi
Pelajar Lelaki pemenang kategori bercerita





7 Mei 2011, saya telah dijemput oleh Sek Agama Rakyat Kg Pasir Panjang Laut, mewakili Yang Berhormat Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin, sebagai ADUN kawasan Pasir Panjang di majlis Ihtifal Sekolah Agama Rakyat bagi Zon 3. Para pemenang zon 3 akan mewakili zon ini ke peringkat Daerah Manjung. Acara -acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Alquran, Menghafal Al Quran, Bercerita kisah nabi dan persembahan nasyid. Bakat dan kebolehan yang ditonjolkan menunjukkan ilmu yang diajar oleh para ustaz dan ustazah sangat berguna dan berkesan. Selain dari itu, ilmu akhirat ini sangat berguna kepada mereka di peringkat awal persekolahan dan seterusnya memudahkan mereka untuk meneruskan pengajian apabila sudah berada di peringkat menengah. Ihtifal tahunan ini sememangnya adalah merupakan aktiviti tambahan di sekolah agama rakyat selain daripada pelajaran-pelajaran yang diajar di dalam kelas.

Tuesday, May 10, 2011

Gula Naik selepas Ron 97 dinaikkan dua kupang

harga ayam naik
telur ayam
    Petrol naik dua kupang
santan kelapa
Gula naik 20 Kupang                                    



Selepas Pilihanraya Sarawak menyaksikan kemenangan Barisan Nasional untuk terus menerajui Sarawak, rakyat terpaksa menyaksikan satu lagi peristiwa kenaikan harga barang, selepas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak dua kupang. Kali ini harga gula pula dinaikkan sebanyak dua kupang sekilogram. Rakyat tidak boleh mengeluh lagi lantaran kenaikan ini walau pun rakyat telah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk mengurus kenaikan harga barang agar rakyat sentiasa selesa. BN memandang sipi keluhan rakyat walaupun moto BN, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Kalau RON 97 dinaikkan dua kupang seliter, rakyat ada pilihan untuk menggunakan RON 95 sebagai pilihan mencari yang murah. Namun gula juga ada alasan yang digunakan oleh pimpinan BN UMNO iaitu jangan guna gula yang berlebihan untuk mengelak dari penyakit kencing manis. Inilah alasan yang sering digunakan walaupun kenaikan ini dibuat kerana kerajaan telah menggunakan wang yang banyak untuk perbelanjaan event2 tertentu seperti perbelanjaan pilihanraya dan sebagainya. Kepekaan dan kesedaran rakyat mengenai hak kepenggunaan perlu ditingkatkan agar rakyat tidak mudah dipergunakan oleh BN UMNO sebagai kerja buat yang terbaik terhadap rakyat. Beberapa barangan telah dinaikkan oleh peniaga dengan kebenaran kerajaan BN UMNO seperti Ayam, Telur ayam, Santan Kelapa, Petrol dan yang terbaru gula. Semua nya menyesakkan nafas rakyat untuk meneruskan kehidupan walaupun rakyat digula-gulakan dengan bahasa-bahasa indah; rakyat didahulukan. Semoga Rakyat bijak memilih kebenaran dalam zaman yang mencabar ini.

Sunday, May 8, 2011

Pas Kawasan Lumut memilih Ketua Penerangan yang baru.

Haji Mohamad Imran

PAS Kawasan Lumut telah melantik Haji Mohamad Imran Hamid sebagai Ketua Penerangan yang baru. Dengan perlantikan ini akan memberi wajah baru kepada perjalanan PAS di kawasan Lumut. Beliau yang baru sahaja bersara dari perkhidmatan TLDM sudah tentu dapat mengembangkan pengalamannya dari segi organisasi tentera kepada organisasi politik. Lajnah Penerangan adalah satu  daripada lajnah  
Zamri Ibrahim
Hamidun Ahmad
yang akan  mengendalikan program  yang berkaitan  dengan penerangan parti samada mengurus hal ehwal ceramah, menerbit dan mengedar risalah atau bahan kempen. Di zaman era baru dan globalisasi ini lajnah Penerangan juga adalah pengendali dan penyelia kepada urusan Media baru seperti laman web, blog, facebook, twitter atau segala macam yang berkaitan. Haji Mohd Imran akan dibantu oleh saudara Haji Mohd Safawi yang berpengalaman dalam bidang Media baru dan jurugambar profesional, yang akan membantu menggerakkan lajnah ini dalam urusan media baru yang diturut dibantu oleh beberapa ahli-ahli jawatan kuasa kecil yang akan dilantik. Manakala Saya yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha 1 (Tindakan Mesyuarat & Laporan ) dalam Jawatan Kuasa Harian PAS Kawasan Lumut. Saya juga akan meneruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan urusan kebajikan dan kemasyarakatan di DUN Pasir Panjang dan Kawasan Lumut. Penolong Setiausaha 2 (Pendaftar Pertubuhan & Keahlian ) Saudara Sulaiman Ahmad, Manakala Saudara Zaid Husaini dilantik sebagai Penolong Setiausaha 3 ( Pengurusan Pejabat & Aktiviti).Saudara Zamri Ibrahim pula dilantik sebagai Ketua Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia. Perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan Hak Asasi Manusia akan dikendalikan oleh beliau yang juga seorang pengamal undang-undang bertauliah. Lajnah-lajnah lain ialah Lajnah Politik dan Pilihanraya, Tarbiyah & Kepimpinan , Keselamatan & Protokol, Pendidikan Penyelidikan, Peneroka, Pemgguna dan Alam Sekitar, Pertanian Asas Tani, Perpaduan Nasional, Ekonomi dan Pengurusan Aset, Pekerja & Industri,  Dengan ini , Pas kawasan Lumut akan bergerak seiring bagi menentukan perjalanan dan pengurusan parti akan lebih tersusun dan berkeupayaan. Pemilihan dan perlantikan Pengerusi Lajnah-lajnah ini dibuat dalam satu mesyuarat kali pertama Jawatankuasa PAS kawasan Lumut selepas Mesyuarat Agung kali ke 24 seminggu lalu yang dipengerusikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut Haji Noh Ahmad.

Haji Mohamad Desa
Dalam berita yang lain, Haji Mohamad Desa atau dikenali dengan Manjung Mari, telah terlibat dengan kemalangan semasa beliau dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya. Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan ortopedik akibat kecederaan dalam kemalangan tersebut. Yang Di Pertua Pas kawasan Lumut, Haji Noh Ahmad dan ahli-ahli jawatankuasa PAS kawasan,  serta rakan-rakannya dari blogger - blogger yang mengenalinya telah menziarahi beliau. semoga beliau akan cepat sembuh dan akan berblog seperti sediakala. Buat masa ini beliau terpaksa berehat sementara waktu, kerana pergerakan kaki dan badannya agak terhad. Rakan-rakan yang ingin menziarahinya, bolehlah terus ke Wad 7 hospital  Seri Manjung.

Tuesday, May 3, 2011

Pemilihan Jawatan Kuasa Pas Kawasan Lumut berjalan lancar.

Ucapan Perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak
Ustaz Abu Bakar Hussain
 
Perwakilan yang hadir
Tayangan LCD mengenangkan sahabat Allahyarham saudara Zakaria YassinPengarah MTD yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
Penyampaian Plak Peringatan dan terimakasih kepada anak Allahyarham Zakaria Yassin disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak kepada anaknya saudara Hafiz.


2 Mei 2011- Pemilihan Jawatankuasa PAS Kawasan Lumut untuk sessi 2011-2013 berjalan lancar dan tenang, dalam Mesyuarat Agung Pas Kawasan Lumut kali Ke 24 yang diadakan di Dewan Sekolah At Taalim di Seri Manjung. Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh Pesuruh Jaya Pas Negeri Perak Ustaz Abu Bakar Hussain. Dalam ucapan perasmiannya Pesuruhjaya PAS Perak mengngatkan perwakilan agar meneruskan kerja jamaah secara berkumpulan atau Tauhid du Sufuh. Dalam Mana-mana pilihanraya UMNO telah melakukan rasuah secara terang-terangan walaupun pada mereka ianya sebagai janji pilihanraya iaitu pembangunan. Para perwakilan juga disarankan agar menyampaikan dakwah atau maklumat kepada rakyat atau ke akar umbi secara basirah supaya maklumat terkini samapai kepada mereka. Beliau juga berharap PAS Kawasan Lumut dapat menyediakan pasukan pelapis yang berwibawa di kalangan orang-orang muda yang berkebolehan untuk memperkasakan organisasi dan jamaah. Sebelum itu Yang Di Pertua Pas Kawasan Lumut Hj Noh Ahmad, yang mengekalkan jawatannya tanpa bertanding telah menyampaikan ucapan alu-aluannya. Katanya; Stail PAS Lumut mengurus organisasi ialah secara low profile atau menggunakan arus bawah yang tidak terlalu menonjol. Stratejik dan sistemetik dalam menambah bilangan penyokong sangat penting, dan bukannya kerana banyak aktiviti ceramah atau bilangan bendera yang banyak. Timbalan Ketua Yang Di Pertua telah dimenangi oleh Haji Muhammad Abdul Ghani dan Haji Muhammad Rosli telah mengekalkan jawatan Naib Yang Di Pertua. Ahli-ahli Jawatankuasa Pas yang telah terpilih untuk sessi ini ialah ;Hamidun Ahmad, Haji Muhammad Imran, Tengku Iskander Tengku Muhammad, Shafie Ideris, Hajah Nurhayati Haji Yahya, Osman Ahmad, Majid Ismail, Usman Uyub, Zolkarnaen Abu Bakr, Zolkefli Ahmad Yusuf, Jaafar Khalid,Haji Badrul Bulat, Haji Abdul Hamid Abdul Majid, Raja Kamaruddin, Puan Che Samrah Mad Isa dan Sulaiman Ahmad. Untuk pencalonan Ahli ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  mesyuarat telah memberi mandat kepada ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan yang baru dilantik untuk membuat pemilihan. Mesyuarat berakhir jam 2 petang. Dalam majlis ini Pesuruhjaya Pas Perak telah menyampaikan Plak Peringatan dan terima Kasih kepada Anak Allahyarham Saudara Zakaria Yassin Pengarah MTD Pasir Panjang, Saudara Hafiz Zakaria, diatas usaha Allahyarham sepanjang beliau bersama Pas Kawasan Lumut yang banyak menyumbang bakti untuk kawasan Lumut dan DUN Pasir Panjang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama syuhada.

Sunday, May 1, 2011

Mesyurat Agung PAS Kawasan Lumut kali ke 24 akan diadakan esuk.

1 Mei 2011- Mesyuarat agung Pas Kawasan Lumut kali ke 24 akan diadakan pada 2 Mei 2011(Selasa) mulai jam 8.00 pagi di Dewan Sekolah Agama At Taalim di Fasa 1C4, Seri Manjung. Mesyuarat Agung kali ke 24 ini akan dirasmikan oleh Pesuruh jaya PAS Perak; Ustaz Abu Bakar Hussain. Semua perwakilan dari cawangan-cawangan diminta datang lebih awal untuk tujuan pendaftaran kehadiran. Tahun ini adalah tahun pemilihan jawatankuasa untuk sessi 2011-2013. Namun, keberangkalian tiada pertandingan sengit berlaku di kawasan Lumut. Walau bagaimana pun nama-nama calon yang dicadangkan dari cawangan-cawangan telah pun dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan untuk ditapis dan disahkan sebagai layak untuk dicalonkan sebagaimana yang diperuntukan oleh perlembagaan parti. Semoga mesyuarat agung kali ini akan berjalan lancar dan menjadi kayu ukur untuk ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik bermuhasabah, serta mempertingkatkan usaha, membaiki kelemahan demi kepentingan parti dan PAS dihormati oleh kawan dan lawan. Selamat bermesyuarat Agung.

Polis tahan peserta demo hari buruh di Kuala Lumpur

Seramai 18 orang, termasuk anggota parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar Devaraj ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.

Selain beliau, turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Jeyakumar ditahan berdekatan Jalan Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi selepas rundingan beberapa minit dengan pihak polis.

Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berhimpun depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dekat Maju Junction di ibu negara.

Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagi "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja di seluruh dunia.

Kumpulan itu bagaimanapun bersurai tengah hari tadi dengan sebahagian daripada mereka bertukar arah ke balai polis Dang Wangi dekat Jalan Maharajalela bagi memberikan sokongan kepada rakan mereka yang dibawa ke situ.

Jumlah tangkapan bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa.

Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu. Pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit berhimpun.

Bermula jam 10 pagi tadi, berlaku demonstrasi kecil depan Maju Junction-Pejabat Tabung Haji.

Kumpulan itu, termasuk pelajar memakai ikat kepala hitam dengan tulisan "May Day Parade" dan membawa beberapa kain rentang antikapitalis.

Mereka membantah perjanjian perdagangan bebas dan keadaan semasa pekerja. -mk