Saturday, February 4, 2012

Rahsia & Strategi Pembangunan Manjung

Oleh



Intro

Pasai apa aku kata rahsia…sedangkan ianya bukan rahsia pun? Sapa-sapa pun boleh dapat maklumat pembangunan bagi sesuatu bandar itu…asalkan ada duit atau kabel.
Apa yang berlaku di Teluk Rubiah sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada semua. Perkara tersebut tak sepatutnya berlaku kalau rakyat tau apa yang dirancangkan oleh pemerintah. Orang kampung sepatutnya tau apa yang akan berlaku di kawasan mereka. Orang pekan sepatutnya tau apa yang sedang dirancangkan dikawasan mereka.
Tapi oleh kerana maklumat ini cukup berharga, maka ianya dirahsiakan dari pengetahuan awam. Yang tau cuma kroni-kroni pemerintah supaya depa dapat mengaut keuntungan.
Aku bagi contoh.
Tanah-tanah kepunyaan orang Melayu di Kampung Changkat Duku sekarang berharga sekitar RM25,000 seekar. Hangpa tau Kampung Changkat Duku kat mana? Ditepi Tasik Chenderoh. Disebabkan tak ada pembangunan, harga tanah itu kekal dari sepuluh tahun dulu sampai sekarang.
Tiba-tiba ada orang datang tanya sapa nak jual tanah. Dia sanggup offer RM40,000 seekar. Orang kampung yang tak tau apa-apa terus jual sebab harganya tinggi. Depa tak tau..harga tanah tersebut akan meningkat sehingga RM100,000 seekar sebab depa tak tau apa yang sedang dirancangkan oleh pemerintah. Yang tau perancangan tersebut ialah puak-puak Umno. Dan depa la yang beli tanah untuk dijualkan semula dengan harga yang tinggi apabila projek pelancungan yang sedang dirancangkan oleh pemerintah dilaksanakan nanti.
Bila projek pembangunan dibuat..masa tu orang kampung berputih mata. Tasik Chenderoh yang dulunya depa boleh tangkap ikan…sekarang dah tak boleh masuk. Sedangkan yang dijual hanya tanah!! Masa tu nak protes atau demo pun tak guna.
Sapa yang tau apakah yang sedang dirancangkan disekitar kawasan Perbandaran Kuala Kangsar? Baru-baru ini ada pameran Deraf Perancangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. aku tanya kat orang Pakatan…sapa pun tak ambik pot. Aku tanya kat orang Umno..pun depa tak tau. Yang tau cuma pemimpin Umno.
Kalau aku nak beli Deraf tersebut..aku kena cari RM250.00. Pasai apa aku nak beli? Tak kan aku kena keluar duit poket aku…kecuali la kalau aku ni ahli perniagaan yang nak cari projek. Tapi sekurang-kurangnya, orang parti kena la beli benda ni…baru la boleh cerita kat orang kampung tentang apa yang Umno nak buat. Nak dijadikan isu untuk modal politik pun boleh.
Tapi bila aku suruh depa beli…depa kata tak dak duit. “Kita parti pembangkang mana ada duit!!” Dah selalu sangat aku dengar benda tu.
Dulu…aku minta parti beli Daftar Pemilih pun depa kata tak dak duit. Tapi yang herannya…buat bengkel pilihanraya kat Danok ada duit. Nak sambut Anwar datang ke Kinta Valley Estate..ada pulak duit untuk sewa bas sampai dua biji.
Ini masalah bila tak tau yang mana satu patut diberi keutamaan.
Masa Pakatan menang di Perak dulu, perkara pertama yang jadi rebutan diperingkat parti ialah nak jadi ahli Majlis. Aku tak mintak walaupun ditawarkan. Lebih baik aku motong getah dari jadi Ahli Majlis yang cuma dapat elaun RM600.00 sebulan. Tapi orang parti sampai bergaduh berebut nak jadi Ahli Majlis. Pasai apa? Pasai jadi Ahli Majlis boleh tau banyak maklumat. Dengan maklumat “first-hand” ini boleh dapat macam-macam komisyen.
Bila dah jadi Ahli Majlis, tak mau pulak cerita kat mesyuarat parti tentang apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ahli Majlis. ada Ahli Majlis yang kata..” tak boleh bagi tau…OSA!!” Anak haram betui.
Bila aku kata…”tak kan nak bagi tau kat parti pun tak boleh?” Depa jawab..”kena pisahkan kerajaan dengan parti.” Anak luar nikah betui.
Tiba-tiba..perkara pertama yang dilakukan oleh ahli Majlis Pakatan Rakyat ialah menaikkan kadar sewa tapakpasar tani dan pasar malam dari seringgit kepada dua ringgit sepetak.
Peniaga pasar tani marah..tapi depa bukan cari ahli majlis. Depa mai pejabat parti. Kat pejabat parti..aku sorang-sorang dok buat kerja parti yang tak bergaji. Peniaga maki hamun aku…masa berkempen nak tolong peniaga pasar tani..tapi bila dah menang terus naik sewa. Hutang Rafidah sebanyak RM60,000 depa tak mau tuntut. Hutang orang Umno beratus ribu depa tak mau mintak…tapi bila MPKK tak dak duit..naik harga sewa peniaga pasar tani. Orang lain yang jadi ahli Majlis dapat elaun, aku yang buat kerja tak dak gaji kena maki. Ada akai ka?
So…sekarang aku nak jadi ahli Majlis Manjung yang tak ada elaun pulak. Kalau orang Manjung nak tau apa perancangan Daerah Manjung..aku akan bagi tau. Kalau hangpa tak dak duit nak beli Rancangan Tanah Daerah Manjung..aku bagi tau. Kat mana nak dijadikan kawasan industri…kat mana nak dijadikan kawasan pelancungan..kat mana nak buat hotel..aku bagi tau. Kalau ada tanah sekangkang kera..jangan jual dulu. Tengok dulu perancangan Daerah Manjung..dan kalau ada yang tak puas hati…boleh protes sebelum ianya dilaksanakan.
Kalau dah jadi macam Teluk Rubiah..dah tak guna dah.
Benda ini juga sepatutnya dibuat di setiap daerah di Perak. Kalau Pakatan Rakyat mahukan undi aku..depa kena janji…bila memerintah nanti, maklumat-maklumat mengenai perancangan bandar dan kampung mestilah percuma dan senang diakses. Kalau Pakatan pun buat macam Umno..sorok maklumat untuk kepentingan diri sendiri..aku buat ABPR pulak. Asalkan Bukan Pakatan Rakyat.
Cuba perhatikan gambar dibawah. Aku potong-potong dan cantumkan supaya boleh masuk dalam blog ini. Hangpa save balik…kemudian paste kedalam Paint atau worksheet…supaya nampak jelas. Kemudian boleh nampak secara dasar tentang apakah pembangunan yang sedang dirancangkan di Manjung.
Kalau ada sapa-sapa yang ada tanah di Kampung Pasir Panjang…Batu 7, Batu 8 dan Batu 9..harga tanah sedang meningkat sebab kawasan tu nak dijadikan Bandar Pelabuhan. Kalau ada sapa-sapa yang bercadang nak buat homestay..kononnya pantai disitu cantik..jangan buat dulu. Sat lagi sapa pun tak mau mai pasai penuh dengan kapal.
Dan bagi sapa-sapa yang ingat nak buat banglo kat Teluk Batik…lebih baik buat tempat beli besi buruk. Sebab Teluk Batik juga akan hancur dalam masa tiga empat tahun lagi. Sama macam Juru di Pulau Pinang.

Hangpa studi dulu peta dibawah..lepas tu aku sambung.




Satu masa dulu, Perak adalah negeri yang paling kaya kerana lombong bijih timah. Ipoh adalah bandar yang paling sibuk dan merupakan bandar dimana mempunyai Mercedes Benz yang paling tinggi didunia..sehinggakan Syarikat Merc memasang logo Merc diatas bukit,berhadapan dengan Hotel Hillcity sekarang.
Tapi dalam masa yang sama, bandar Ipoh dikuasai oleh pembangkang dari PPP. Disebabkan politik, Ipoh perlu dimatikan supaya BN boleh berkuasa. PPP akhirnya berkubur dan sejak itu, BN memegang kuasa di bandaraya Ipoh. Sejak BN pegang kuasa, Ipoh semakin mati. Pekan Ipoh sekarang dah tak ada apa waktu malam…yang sibuk sekitar Jalan Yang Kalsom.
Hangpa nak China Doll, Vietnam Girl, Minah Indon, semua ada. Bapuk pun makin lama makin ramai. Kalau cakap Nasi Ganja..semua orang tau. Tingkat atas kedai Nasi Ganja tu hangpa tau ka ada apa?
Selepas Ipoh, Pulau Pinang menjadi bandar tumpuan. Pulau Pinang adalah bandar pelabuhan bebas cukai. Tapi pasai Pulau Pinang juga dikuasai oleh pembangkang maka Pulau Pianang mesti dimatikan. Akhirnya, status bandar pelabuhan bebas cukai Pulau Pinang ditarik balik pada tahun 1977. Lepas tu Pulau Pinang macam tempat lain juga. Makin lama makin kotor dibawah BN.
Apa akan jadi pada Manjung pada tahun 2020?
Pertama sekali, sebelum kita pergi secara detail, kita tengok dulu Strategi Pembangunan Negeri Perak dibawah BN.

1 STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI PERAK
Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB) merupakan asas penting di dalam penyediaan RSN Perak 2020. Oleh itu, proses penyediaan RT Daerah Manjung (Pengubahan) 2020 ini memastikan penentuan matlamat pembangunan daerah adalah selaras dan mendokong matlamat pembangunan negeri perak iaitu “Menjadikan Negeri Perak K-State Yang Maju dan Makmur Melalui Pembangunan ICT, Sumberjaya Asli, Modal Insan, Ekonomi, Infrastruktur, Kecemerlangan Urus Tadbir dan Pengekalan Kesejahtaeraan Alam Sekitar”

Kerajaan negeri telah menggunapakai dua strategi utama dalam pembangunan negeri iaitu Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak dan Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB). Strategi
Pembangunan Lestari Negeri Perak merupakan pendekatan strategi bukan reruang yang menggariskan pembangunan secara lestari untuk diterapkan di setiap peringkat perancangan dan pembangunan negeri. SPSB pula merupakan pendekatan strategi reruang yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan reruang negeri secara seimbang dan bersepadu melalui gabungan kekuatan, potensi dan kedapatan sumberjaya tempatan di semua daerah.
Rangka kerja perancangan dan pembangunan negeri telah digubal dari perspektif makro dengan membahagikan Negeri Perak kepada empat zon perancangan iaitu :

i. Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta;
ii. Zon Perancangan Lembah Bernam;
iii. Zon Perancangan Kerian, Larut Matang dan Selama;
iv. Zon Perancangan Hulu Perak;
Dalam konteks negeri, Daerah Manjung termasuk dalam Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta yang merupakan kawasan tumpuan utama pembangunan bagi kawasan tengah perak terutamanya pembangunan perumahan, perbandaran, perindustrian, institusi, infrastruktur dan utiliti, dan pelancongan.
2 STRATEGI PEMBANGUNAN ZON PERANCANGAN METROPOLITAN LEMBAH KINTA DALAM KONTEKS RSN PERAK 2020
RSN Perak 2020 telah menggariskan beberapa fokus dan tema pembangunan bagi Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta iaitu :
i. Ipoh-Seri Iskandar-Lumut-Manjung sebagai Koridor Pertumbuhan Utama Negeri yang dibangun berkonsepkan ”Koridor Bistari”.
ii. Kuala Kangsar sebagai Bandar DiRaja dan Kebudayaan.
iii. Industri pelancongan berkonsepkan eko, agro, warisan sejarah, maritim dan komersial.
iv. Penyumbang utama sumber makanan negeri.
v. Lumut-Damar Laut-Segari sebagai “Silver Coast” (Pusat Pelancongan Antarabangsa).
vi. Pangkor sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa dan Gugusan Pulau Sembilan sebagai Taman Laut Negeri.
vii. Lumut sebagai Bandar Pelabuhan dan Kawasan Bebas Cukai.
viii. Sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan sumber manusia (Segi Tiga Bandar Mesra Ilmu).
ix. Desa Perlombongan Bijih Timah di Tg. Tualang sebagai tarikan pelancongan
x. Tumpuan kepada pembangunan industri berat dan sederhana yang disokong oleh industri hiliran (IKS).
So…dah dapat sedikit gambaran tentang apa yang dirancangkan?
Masa nak pilihanraya dulu, BN kata Lumut adalah “Bandar Tentera Laut”. Itu
cuma cakap politik sebab nak dapat undi dari tentera Laut. Tapi tak sebut pun
“Bandar Tentera Laut” dalam RSN Perak 2020!!
Apa yang dirancangkan ialah Bandar Pelabuhan dan Kawasan Bebas Cukai.
So…orang Lumut jangan senang-senag jual tanah macam orang Langkawi!!
Ini adalah salah satu cara untuk menghalau orang Melayu dari kampung asal
mereka. Kalau hangpa tak halang dari sekarang, tahun 2020 nanti hangpa
duduk flat..orang Brazil duduk banglo kat Kampung Pasir Panjang!!
Yang diatas itu adalah Strategi Pembangunan Negeri. Macam mana pulak
Strategi Pembangunan Manjung?
Strategi Pembangunan Ekonomi Manjung
SPE 1 : MEMPELBAGAI DAN MENINGKATKAN SUMBER PENDAPATAN DAN MENUKAR CORAK HIDUP PENDUDUK SETEMPAT KE TAHAP YANG LEBIH BAIK
Langkah-langkah perlaksanaan :
i. Membangunkan Port City di kawasan persisiran pantai bermula
dari Kampung Pasir Panjang hingga ke Batu 8 Lekir. Pembangunan
Port City ini bukan sahaja membuka peluang-peluang pekerjaan baru
malahjuga akan menjadi pemangkin pembangunan khususnya di
kawasan selatan Daerah Manjung.
ii. Membina Lebuhraya BASeL yang menyambungkan Lebuhraya BASe di Bagan Datoh dengan Lebuhraya SILEX. Pembinaan Lebuhraya BASeL ini akan menjadi pemangkin pembangunan ke kawasan-kawasan dibahagian selatan Daerah Manjung khususnya Batu 7 Lekir hingga ke Kayan.
iii. Membangunkan kawasan perindustrian berasaskan maritim dan bioteknologi di kawasan Tanjung Hantu, Tanjung Batu dan Teluk Mengkudu.
iv. Mewujudkan kawasan perindustrian kecil dan sederhana di Sungai Wangi dan Pantai Remis.
SPE 2 : MENGGALAKKAN KEMASUKAN PELABURAN LUAR TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
Langkah-langkah perlaksanaan :

i.Mewujudkan Zon Ekonomi Eksklusif Manjung (ZEEM) – “PerakSilver Coast” di sepanjang kawasan persisiran pantai dan jugakawasan persisiran Sungai Dinding sehingga ke Jambatan Tuanku Permaisuri Bainun

 ii. Membangunkan rangkaian sistem perhubungan daerahyang komprehensif dengan cadangan pelabuhan baru, lapanganterbang, hub terminal pengangkutan dan lebuhraya-lebuhraya baru.
DAERAH MANJUNG SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN YANG
UNGGUL DAN MENJADIKAN SEKTOR PELANCONGAN SEBAGAI
SALAH SATU TONGGAK PEMBANGUNAN EKONOMI DAERAH
Langkah-langkah perlaksanaan :

i.Mempelbagaikan mod pengangkutan di Daerah Manjung dengan pembinaan lebuhraya-lebuhraya baru, hubterminal pengangkutan, pelabuhan dan lapangan terbang.
ii. Memelihara aset-aset pelancongan sediada seperti Pulau Pangkor, Pangkor Laut, Gugusan Pulau Sembilan, Teluk Senangin, Damar Laut dan Teluk Batik dengan kawalan pembangunan yang ketat.
iii. Membuat perancangan dan pembangunan semula petempatan petempatan setinggan dan perkampungan nelayan di Pulau Pangkor yang tidak teratur pembangunannya. Ini adalah bagi meningkatkan imej Pulau Pangkor sebagai sebuah destinasi pelancongan.
iv. Mengekalkan dan memelihara kawasan semulajadi termasuk hutan simpan dan paya bakau sebagai kawasan pelancongan berasaskan eko-lancong.
Yang ini yang kita kena tengok dan perati baik-baik. Aku bukan town planner…
sebab aku cuma tengok dari sudut alam sekitar dan sosial. Tapi aku tak dapat
nak bayangkan, macam mana industri dan pelancongan boleh duduk sebelah
menyebelah. Sebelah resort..sebelah kilang…tak boleh nak fikir.
Apa yang jelas disini, Lumut akan dijadikan bandar pelabuhan dan
perindustrian..manakala Pangkor akan dijadikan kawasan pelancungan. Nak
tengok contoh…tengok Pulau Pinang sekarang. Seberang Perai..dari Teluk Air
Tawar sampai Batu Kawan dah jadi kawasan perindustrian, manakala Pulau
Pinang jadi pusat pelancongan.
Tapi kat Penang pun ada industri di Bayan Lepas.
Pusat pelancongan terdapat disepanjang Gurney Drive sampai Teluk Bahang.
Kalau dulu perkampongan Melayu terdapat disepanjang pesisir pantai
tersebut, tapi sekarang semuanya berpusat di rumah pangsa Tanjong Tokong
dan Teluk Bahang. Orang Melayu Penang semua duduk flat..yang beli rumah
kat Straits Quay semua Mat Saleh.
Butterworth sekarang menjadi bandar yang paling panas di Semenanjung.
Bagus la…tak lama lagi, Lumut akan mengambil alih Butterworth sebagai
bandar yang paling kotor dan panas. Pulau Pinang akan menjadi lebih bersih
dan teratur. butterworth akan menjadi bandar industri Hi-tech yang tidak
mengeluarkan pencemaran yang teruk..Pangkor dan Lumut akan mengambil
alih.







Thursday, January 19, 2012


ABU@ Asal Bukan UMNO bulih sahaja dalam  PRU 13 nanti. UMNO BN yang telah diberikuasa oleh rakyat dalam PRU 12 telah menzalimi rakyatnya. Slogan " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sekadar pemanis mulut atau gula-gula untuk rakyat. Rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang, kenaikan cukai pintu, kenaikan insuran kenderaan dan lain-lain kenaikan. TNB contohnya sebuah syarikat kerajaan menyatakan tentang kerugian urusniaganya....Sudah tentulah nanti  memaksa rakyat untuk menerima beban kenaikan taarif letrik.

Apalah nasib malang rakyat Malaysia. Namun masih belum terlambat untuk rakyat membuat satu perubahan untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13 menerajui negara. Negara semakin tersepit akibat pemimpin korup yang memerintah negara. Rasuah dan penyalahan gunaan kuasa dan tidak pernah terfikir tentang jerih perih rakyat bawahan. Malaysia mesti berubah. Pemerintahan negara mesti ditukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Selamat Menuju ke Putrajaya. Asalkan Bukan UMNO @ABU.

Aktivis dan Pencinta Alam Sekitar mengikut taklimat Penerangan berkaitan Kesan Alam Sekitar Projek Vale di Teluk Rubiah.

Aktivis dan Pencinta Alam Sekitar Lumut
keadaan Tapak Teluk Rubiah sekarang

Para Peserta sedang mendengar taklimat Penerangan

Iklan "Asal Bukan UMNO" @ABU;  kita akan suarakan perasaan rakyat

Wednesday, January 18, 2012

Hj Nizar melancarkan Gerak Kerja MTD Pasir Panjang.

Sdr Osman Ahmad selaku Pengarah MTD Pasir Panjang menerima bendera PAS dari ADUN Pasir Panjang

Wakil-wakil UPU menerima bendera dari Dato' Seri Nizar sempena perlancaran Gerak kerja Pilihanraya MTD Pasir Panjang.

Dato' Seri Nizar Menyampaikan ucapan

Ucapan ADUN Pasir Panjang kepada para petugas pilihanraya.
Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang (MTD) telah mengadakan Perlancaran Gerakkerja Pilihanrayanya pada 14 februari 2012 di perkarangan Surau Madrasah Dakwatul Islamiyah (MADAH) di Fasa 1A, Seri Manjung. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin selaku wakil rakyat di kawasan tersebut. Dalam majlis tersebut Haji Nizar menyarankan agar para petugas bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang bakal diadakan pada bila-bila masa. DUN Pasir Panjang yang juga menjadi tumpuan dan perhatian Barisan Nasional . Zambry selaku Ketua UMNO bahagian Lumut telah mengistiharkan calon yang mewakilan Barisan Nasional adalah daripada  UMNO. Untuk itu gerakkerja yang perlu dilakukan oleh para petugas PAS bagi mengekalkan kemenangan perlulah ditingkatkan. Penyelewengan yang dilakukan Barisan Nasional selama ini mesti diterangkan kepada rakyat.

Dalam majlis tersebut Dato' Seri Nizar telah menyampaikan sedikit ucapan dan menyampaikan bendera PAS kepada wakil-wakil UPU sebagai tanda Gerak Kerja pilihanraya telah bermula dan bersedia untuk menghadapi Pilihanraya. Sebanyak 20 UPU telah hadir dan menerima bendera dari YB Dato' Seri Nizar. Mereka juga telah menghadiri kursus-kursus memahami undang-undang pilihanraya, Gerak saraf dan Peranan Ulama dalam pilihanraya.
























Sunday, January 15, 2012

Bersihkan Malaysia dengan mengundi Pakatan Rakyat PRU ke 13

Ds Nizar Menyampaikan ceramahnya.



Mereka yang hadir

Muslimat juga hadir
Penyelewengan yang dilakukan oleh beberapa pimpinan Barisan Nasional terhadap harta negara sangat-sangat dikesali. Amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk mengurus kewangan negara diselewengkan, dalam ertikata tidak dimanafaatkan untuk rakyat tetapi untuk kepentingan mereka dan keluarga mereka." Isu lembu " sebagai contoh, yang konon pada asalnya untuk membekalkan daging keseluruh negara telah disalahgunakan oleh Shahrizat sebagai menteri yang bertanggungjawab, mengambil peruntukan dari projek tersebut untuk diri dan keluarganya. Akhirnya projek yang dirancang untuk rakyat gagal dan mereka menjadi kaya raya. Inikah pemimpin yang diharapkan untuk membela rakyat???

Demikianlah yang disuarakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya malam tadi di Perkarangan surau MADAH, di Seri Manjung dalam kawasan Pasir Panjang yang diwakilinya. Kira-kira seribu orang telah hadir dalam ceramah itu, bersempena dengan perlancaran Gerakkerja Pilihanraya MTD Pasir Panjang. Menurutnya lagi, rakyat kena sedar apa yang berlaku dan kena berubah bagi menentukan kerajaan Barisan Nasional yang rasuah ini perlu ditumbangkan dan ditukarkan dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah bersedia untuk melangkah ke Putrajaya bagi menerajui pemerintahan negara.

Paling malang kepada umat Islam, apabila Institut Zakat yang mengurus hal ehwal zakat turut diselewengkan oleh mereka yang berautoriti atau tahu secara mendalam berkaitan hal ehwal zakat. Menteri yang berkenaan "Jamil Khir Baharom" bekas Pengarah KAGAT terlalu mudah mengunakan kapasiti jawatannya menggunakan wang zakat untuk bayaran guaman melawan  "kes Anwar Ibrahim" bagi pihak kerajaan. Apakah asnaf atau bahagian untuk tujuan tersebut? Benarkah ianya Asnaf Fi Sabilillah? Inilah perkara-perkara yang mesti rakyat fikirkan dan mengubah senario politik Malaysia sesuai dengan tema Konvensyen Pakatan Rakyat 3" Bersihkan Malaysia" yang juga diadakan semalam di Alor Setar Kedah.

Pakatan ikrar bentuk kerajaan bersih




Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menyatakan ikrar untuk mengukuhkan jati diri dan menolak kesemua bentuk sogokan yang boleh mengkhianati usaha pakatan tersebut.


Pemimpin DAP, PAS dan PKR itu mengangkat tangan dan membacakan lima ikrar tersebut di hadapan 2,000 orang penyokong mereka dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar.



Dalam ikrar tersebut, pemimpin berkenaan berkata asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh dan rakyat Malaysia semakin dinafikan hak serta terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.



"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan," kata pemimpin parti itu ketika membacakan ikrar yang diketuai penolong setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.



Pemimpin berkenaan menggariskan empat janji utama – mempertahan perlembagaan dan dasar bersama Pakatan, memperkukuh kerjasama antara anggota komponennya serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.



Pemimpin yang mengambil bahagian dalam upacara sumpah ikrar itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannnya Azmin Ali.



Turut sama dalam upacara itu ialah setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, penasihat parti itu Lim Kit Siang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.- mkini





Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – ‘Bersihkan Malaysia’

14 JAN — Harakahdaily.net

Di ambang pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), negara kembali berdepan dengan pelbagai kemelut dan suasana krisis hasil langsung dari urus-tadbir dan tata-kelola sebuah pemerintahan yang tempang. Sebuah kerajaan yang tidak benar-benar komited untuk mensejahterakan rakyat seluruhnya bahkan meletakkan keutamaannya untuk membela suku-sakat kroni dan membolot kekayaan negara untuk segelintir kelompok penguasa, lazimnya akan berakhir dengan kehidupan rakyat yang serba terhempit dan ternafi dari mengecapi kekayaan dan kemakmuran negara.
Justeru, jurang antara kaya-miskin tampak semakin melebar, kesenjangan pembangunan antara bandar-desa, antara pantai Barat Semenanjung dan negeri pantai Timur-Utara, serta Sabah-Sarawak semakin ketara. Begitu juga hal hutang negara, khasnya hutang awam (Kerajaan Persekutuan) terus membengkak, daya-saing terus menjunam, ‘brain-drain’ tidak mampu disekat, ketirisan akibat rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem ‘delivery’ berulang setiap tahun dan ekonomi terdedah kepada ancaman kebankrapan hasil pengurusan dan defisit fiskal yang tidak mematuhi tuntutan amalan terbaik-best practice- dan prinsip tata-kelola kewangan pruden.
Lebih parah lagi kerana krisis ini bukan sahaja menyinggung aspek ekonomi dan kewangan akan tetapi melingkungi seluruh dimensi kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kebrentakan ini terpapar jelas dengan pelbagai pola-pola persengkataan yang semakin tajam dan mendalam, di segi pertentangan ras-perkauman, tuntutan kelompok pendukung agama secara sempit dan kelompangan atau ‘lacuna’ bidang kuasa legal dan perundangan yang  kerap disemarakkan api kefanatikan dan kejumudan politik perkauman.
Sementara itu fungsi institusi-institusi kritikal terus terkorban dari berperanan menjadi penyemak-imbang utama yang berkesan kerana terlalu tunduk dan dibelenggui penguasa Eksekutif yang angkuh dan rakus memusatkan dan merampas bidang wewenangan kuasa cabang Judisiari dan Legislatif yang terus dimandulkan.
Tegasnya seteru politik kita, Umno-BN telah merosakkan dan menodai institusi-institusi kritikal negara –“An Assault on the Nation” yang sekaligus telah menatijahkan “Kereputan Sistem ” secara menyeluruh atau “Systemic Rot”.
Suasana ini cukup ngeri dan amat menakutkan, andainya ia berterusan kerana pastinya bakal menggagalkan usaha gigih pelbagai pihak untuk mendayakan negara supaya mampu bersaing dalam arus persaingan global dan serantau yang semakin sengit sekaligus mengancam kesinambungan negara sebagai yang bermaruah, berdaulat  dan punya daya-juang dan daya saing yang tinggi.
Berdepan dengan lingkaran krisis yang tidak berhujung ini dan setelah menekuni serta mengenalpasti punca-sebab gejala kebrentakan ini, maka Pakatan Rakyat tampil dengan satu ‘Tawaran Jingga’ untuk mengundang seluruh rakyat dan pemilik penting-‘critical stakeholders’ negara ini, agar turut bersama-sama dalam satu gagasan “Membersihkan Malaysia” dari pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan Umno-BN supaya akhirnya kemakmuran dan sumber kekayaan negara mampu dikecapi, dinikmati dan dikongsi bersama oleh seluruh rakyat di negara bertuah ini.
Inilah ertinya ‘Merakyatkan Kemakmuran Untuk Semua” dalam satu permufakatan mulia, perkongsian murni dan persefahaman mendalam tuntutan kepelbagaian agama dan budaya agar mampu menghayati sunggguh-sungguh slogan — “Sharing The Nation”“Bersama Mengecapi Kemakmuran Negara” .
Tawaran Jingga – Huraian Pendekatan
Sesungguhnya, pembentangan ‘Tawaran Jingga’ ini hanyalah satu prelude kepada ‘Tawaran Manifesto’ Pakatan Rakyat. Tawaran Jingga ini sekadar menerangkan perbezaan pendekatan Pakatan Rakyat berbanding Umno-Barisan Nasional.
Pendekatan pihak lawan yang bersifat menampilkan ungkapan pelbagai akronim ‘ajaib’ yang sebenarnya mengusutkan fikiran bermula dengan NKRA, NKEA, PTK (GTP), SRI, NEM (MEB), ETP, EPP dan panjang lagi kalau dimasukkan agensi-agensi pelaksananya  MAMPU, Pemandu, Pemudah, kini TERAJU yang kesemuanya boleh dibawa kepada satu lagi yakni ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) ketika sakit dan nazak.
Saya yakin keseluruhan akronim ini dan tindih-tindannya tidak difahami sendiri oleh ramai menteri termasuk YAB PM, kecuali dua menteri pintu belakang (senator) di Jabatan Perdana Menteri itu..yang sentiasa bersedia memberi kuliah yang panjang ketika ditanya sikit oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan (dan juga BN) di Dewan Rakyat. Inilah dia Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sangat dihajati oleh PM Najib.
Sesungguhnya tidak akan dapat dilakukan Transformasi kecuali dirancang, dilaksana dan diurus program ‘Reformasi Menyeluruh’ dalam menangani ‘kereputan sistem menyeluruh-systemic rot’ yang dirobek dan dinodai regim Umno-Barisan Nasional.
Tawaran Jingga kami pula merumuskan pendekatan “Political Economy”[1] atau pendekatan yang benar-benar mencerakinkan kembali kebijakan disiplin ekonomi ini dalam menggarap tuntutan Politik.
Ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana “keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau economic outcomes” atau dengan kata lain mudahnya  “Perubahan Ekonomi atau ‘Economic Changes’ hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali dilakukan oleh sesebuah kerajaan akan ‘Reformasi Politik’. Sebaliknya pula perlu disedari bagaimana cita-cita “Transformasi Ekonomi” akan gagal dihambat oleh “Kekangan Realiti Politik” seperti yang jelas berlaku dalam pemerintahan Umno-BN.
Ini jelas apa yang telah berlaku dalam pendekatan BN yang masih terus tercari-cari pendekatan yang konsisten. Sebab itu Najib selalu berbolak-balik atau flip-flopping atau ‘zigg-zaging’. Najib hampir dinobatkan sebagai the “Father of Flip-Floppers” oleh golongan  justeru kerana sikapnya yang kerap tidak tetap. Terlalu banyak contoh yang boleh dibariskan termasuk hal urusan ekonomi seperti EOC dalam MEB (NEM) atau menangani BERSIH 2.0, PPSMI, paling mutakhir SBPA dan banyak lagi.
Sebab itu dalam NKRA dan PTK (GTP), Najib tidak langsung memberikan kepentingan kepada asepk reformasi politik. Bilakah Najib celik kepentingan Reformasi Politik dan Perlembagaan? Bila digempur dek BERSIH2.0! Hanya selepas 709 BERSIH2.0, Najib terhegeh-hegeh bercakap tentang menangani tuntutan Politik Baru dan membatalkan 3 Ordinan Dharurat (1966, 1969 & 1977), membatalkan Akta Hukuman Buang Daerah 1959; dan mula bercakap tentang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Akan tetapi tembelang Najib terdedah apabila cakap-cakap menteri JPM mendahului beliau apabila mereka menyebut tentang mengantikan ISA dengan dua (2) Akta yang dua-kali lima bahkan lebih drakornian lagi dari ISA.
Sebab itu kebobrokan rasuah, salahguna kuasa dan segala kebejatan penguasa dan elit bisnes yang rakus mesti ditangani dengan reformasi politik, perundangan serta keinsafan moral dan agama (2). Umno- BN buat-buat tidak faham atau sememang tak faham. Sebab itu kebejatan rasuah dan salah guna kuasa akan berterusan, dulu, kini dan selama-lamanya. Kalau PRU ke-12 ia dilambangi oleh sebuah mahligai seporang ADUN Umno-BN ditengah-tengah sebuah kampong tradisi Melayu di Kelang, kini lambang kebobrokan dalam PRU ke-13 ialah dengan projek NFC-’Lembu dalam Kondo di Bangsar-Singapura’ persis membayangkan kegagalan Transformasi Kerajaan Najib!
Maka sebagai pendekatan Pakatan Rakyat, kami cenderung untuk mengambil pendekatan ini yang mengiktiraf bahawa masalah ekonomi akan hanya dapat digarap bersekali dengan reformasi politik. Seteru politik kita pada asalnya tidak mahu mengiktiraf ini. Hanya mutakhir setelah serik kita berpekik baharulah mereka faham.
Tegasnya ‘Tawaran Jingga’ adalah penyelesaian krisis negara secara bersepadu dan menyeluruh. Tawaran Jingga adalah perumusan penyelesaian komprehensif bagi menangani segala krisis yang juga sifatnya ‘menyeluruh dan sempurna’ bukan sahaja dari aspek kebobrokan pengurusan fiskal dan ekonomi.
Tawaran Jingga kami akan berkisar di sekitar mencapai Dasar-Dasar Bersama:
  • Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat (Reformasi Politik)
  • Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil (Reformasi Ekonomi)
  • Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh (Reformasi Sosial)
  • Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara (Government-Governance-Federalisme).
Sebagai prelude kepada Manifesto Pakatan Rakyat, Tawaran Jingga telah cuba mengingatkan semua bahawa pendekatan kami bukan sahaja menambahbaik kerosakan dan kepincangan yang telah dilakukan oleh regim yang lalu. Pendepekatan kami adalah untuk membawa reformasi genuine dalam asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan di segi judisiari, legislatif, persefahaman agama, budaya dan kaum bagi membolehkan kita memacu kemampanan pertumbuhan dan kekayaan (wealth creation) serta perkongsian kemakmuran negara.
Tawaran Jingga bakal didedahkan dari masa ke semasa yang akan memuatkan rencana dasar, polisi dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. Dalam Konvensyen ini, beberapa perkongsian awal tentang i. Dasar FELDA Pakatan Rakyat, ii. Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat iii. Dasar Pengukuhan Federalism Pakatan Rakyat iv.Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan Rakyat
Oleh kerana tarikh PRU ke-13 masih sukar diramalkan oleh pundit politik, maka Manifesto Pakatan juga perlu dirahsiakan sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.
Kami bersedia mendengar maklum-balas dari semua pihak agar perumusan penyelesaian kami dalam Tawaran Jingga dan Manifesto PR nanti akan menjadi lebih mentap dan padu lagi.
[1] ‘Political Economy’ bukanlah bidang baru bahkan hampir sama usia dengan bidang ekonomi itu sendiri. Adalah diakui bahawa penulisan ‘seminal-agung’ Adam Smith – Wealth of Nation (1776) itu sendiri adalah bicara “Political Economy” begitu juga penulisan John Stuart Mill – Principles of Political Economy (1848). Berkebetulan Ibn Khaldun ((Tunis-1332–1406), mendahului Adam Smith dalam menghuraikan teori politik dan ekonomi sekaligus dalam penulisan ‘seminal-agung’nya Muqaddimah ((Prolegomena). Adam Smith dikatakan mempelajari dari Ibn Khaldun yang hidup 300 tahun sebelumnya.
[2] Tawaran ‘Negara Berkebajikan’ PAS memulakan paksi penyelesaian dengan premis peranan pemimpin sebagai “Amanah kepada Tuhan sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan menganggap segala perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan adalah perlakuan dosa terhadap Allah dan kerosakan (Al-Khusraan) yang dilakuan oleh Penguasa yang rakus sebagai perbuatan fasiq dan khianat terhadap Amanah Allah dan Mandat Rakyat.
* Penulis adalah pengerusi Jawatankuasa Jingga Pakatan Rakyat.