Di sinilah mahkamah yang mengadili kes siapa Menteri Besar Perak yang sah dibicarakan. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan terdapat di sini. Hakim-hakim yang mengadili kes ini, bukanlah calang-calang hakim, namun rakyat mula meraguinya. Bagaimana dengan keputusan penghakiman rayuan yang dibuat oleh Dato' Seri Nizar baru-baru ini??? Masih belum ada jawapan.... walaupun sudah lebih seminggu perbicaraan itu berakhir. Keputusan ditangguhkan oleh 5 hakim yang mengadilinya. Kenapa begitu lama keputusan ditangguhkan. Entahlah.... kita tidak arif. Kekadang ada kes cepat pulak dapat keputusan...seperti Kes Ds Dr Zambry mohon tangguhkan keputusan mahkamah tinggi yang menyebelahi Nizar. Sebagai rakyat...kita sangat mengharapkan satu keputusan yang adil mengikut undang-undang. Bukan kerana alasan politik dan apa-apa kepentingan. Perasaan rakyat terus berdebar selagi tiada keputusan.... Rakyat menanti pembubaran DUN Perak.
No comments:
Post a Comment