TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, November 23, 2009

Ihtifal Sekolah Rendah dan Menengah Islam Attaalim, Seri Manjung.



Semalam , 22 November 2009 di Dewan Sekolah Agama Rakyat Fasa 1A,  Seri Manjung telah berlangsung satu majlis Ihtifal Sekolah Rendah dan Menengah At taalim, Seri Manjung kali yang ke 11. Sekolah Rendah dan Menengah Attaalim ini adalah merupakan sebuah sekolah aliran agama yang melahirkan anak-anak yang memahami kedua-dua subjek pelajaran iaitu agama dan akademik secara serentak. Bangunan sekolahnya yang terletak ditengah-tengah bandar Seri Manjung , menempatkan lebih kurang 700 orang pelajar dari tahun satu hingga ke tingkatan 3. Sekolah ini juga telah beroperasi lebih dari 11 tahun. Banyak dari pelajar-pelajar sekolah ini yang telah berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuk ke peringkat Universiti, samada di dalam dan luar negara. Guru-guru yang terdapat di sini juga terdiri dari mereka yang berkelayakan dan mempunyai sijil-sijil, diploma dan ada juga di kalangan mereka memiliki ijazah. Komitmen dan penglibatan guru-guru di sini berjaya melahirkan para pelajar yang cemerlang. Majlis Ihtifal kali ini di isi dengan majlis ucapan perasmian oleh Pengarah SERI  dan SEMI at Taalim, Haji Noh Ahmad yang menjadi tonggak kepada perlaksanaan sekolah ini dari segi kemudahan-kemudahan prasarana dan penyediaan sistem pembelajarannya. Ihtifal yang berlangsung telah mendedahkan tentang kecermerlangan anak-anak serta kebolehan mereka sepanjang tahun. Ibu Bapa yang hadir melahirkan rasa puashatinya terhadap kejayaan anak mereka masing-masing dan akan terus memberi sokongan kepada sekolah ini.

No comments:

Post a Comment