TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, November 12, 2009

HARGA SEBUAH KERUSI PLASTIK DI STADIUM BUKIT JALIL RM 500.... ???

oleh : FPWL

RM 500 sebiji kerusi ini...tak masuk otak langsung

Menteri Belia dan Sukan-Sukan Elit

Terkejut beruk saya bila membaca berita di Utusan Malaysia hari ini. Menteri Belia dan Sukan-Sukan Elit ,Shabery Chik memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa harga kerusi tempat duduk penonton di Stadium Bukit Jalil RM 500.00 sebiji (rujuk di sini)

Gila,tak masuk akal langsung. Kerusi plastik yang hanya boleh dilipat berharga sedemikian. Duduk tengok bola pun punggung naik kematu,RM 500.00 apa kejadahnya ?

Oleh yang demikian kita berharap agar Ketua Audit Negara dan SPRM dapat melakukan siasatan dengan segera terhadap harga kerusi berkenaan.

Jika siasatan mereka mendapati harga sebenar tidak sampai RM 500.00 maka Dewan Rakyat harus mengambil tindakan terhadap Menteri berkenaan kerana menipu di dalam Dewan Rakyat.

Saya pun sebenarnya dah lama dengan meluat dengan Menteri ini. Meluat bukan kerana apa ,kerana sudah lapan bulan menjawat jawatan berkenaan ,saya tidak nampak lagi usaha beliau untuk menolong belia-belia dan membantu menaikan sukan tempatan. Yang saya nampak beliau sering memberi tumpuan kepada sukan-sukan elit , sukan antarabangsa dan menukar nama gelanggang sukan kepada nama bintang sukan.

Saya amat-amat berharap Menteri sukan-sukan elit ini digugurkan dalam rombakan kabinet yang akan diadakan nanti. Hantar saja dia pulang ke Kemamang biar dia main sukang dam. Dia kena belajar-belajar main sukan tradisional kembali.

Nantikan posting saya seterusnya tentang Menteri sukan-sukan elit ini. Kenapa beliau perlu digugurkan dari kabinet. Dalam masa yang sama sesiapa yang ada info tentang Menteri ini sila hantar kepada saya.

No comments:

Post a Comment