TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, November 15, 2009

Nelayan Pantai Teluk Rubiah dan Teluk Batik Bantah Projek Kilang Keluli




Nelayan Pantai Teluk Rubiah dan Teluk Batik di Seri Manjung telah membuat bantahan di atas cadangan kerajaan membenarkan sebuah syarikat luar negara untuk membina kilang keluli di pantai Teluk Rubiah, Seri Manjung. Mereka sangat dukacita di atas cadangan kerajaan itu kerana ianya akan menjejaskan pendapatan mereka yang sebelum ini juga telah turut terjejas akibat pembinaan janakuasa letrik di Kawasan berhampiran. Mereka yang bekerja sebagai nelayan pantai terpaksa mengeluarkan kos petrol yang tinggi dan keluar jauh dari kawasan pantai dan pendapatan yang tidak berbaloi akibat pembinaan kilang tersebut.
Walaupun masih diperingkat cadangan, mereka berharap pihak Majlis Perbandaran Manjung tidak membenarkan kawasan tersebut dijadikan kawasan industri. Biarkan lah kawasan tersebut terus dijadikan kawasan zon pelancongan yang berpotensi dan berdaya maju. Jika syarikat tersebut berminat meneruskan hasrat mereka, diharap phak Majlis Perbandaran Manjung mencari satu lokasi baru sebagai alternatif yang sesuai sebagai kawasan industri  bagi pihak mereka. Lagi pun industri keluli akan terdedah kepada pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan pelbagai penyakit kepada penduduk sekitar.

No comments:

Post a Comment