TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, August 31, 2010

Iftar PAS Kaw. Lumut di Seri At-Taalim @ 26 Aug 2010


Program berbuka puasa anjuran PAS Kawasan Lumut diadakan di SRAR Seri At-Taalim. Sebelum berbuka, program dimulakan dgn tazkirah Ramadhan oleh Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar dan kemudiannya bacaan Tahlil dikepalai oleh Laksamana Pertama (B) Hj Imran Abdul Hamid.
Yb Ds Hj Mohd Nizar sudi dtg ke Manjung utk program iftar kali ini



" ...mari kita mula berpuasa sunat enam hari mulai 2 Syawal..."






Ds Nizar sama sama bertahlil sambil menunggu waktu berbuka
Hj Imran sedang membawa Tahlil
air...air..air....

....terima kasih..Acik
org kuat SRAR Seri At-Taalim







mengaminkan doa yg dibaca...
makanan ringan sblm solat maghrib
semuanya sibuk berbuka puasa

Mengimamkan solat Maghrib

budak2 yg menganggu org sedang bersolat....
Muslimat yg sama2 bersolat Maghrib disurau sekolah
makan selepas solat...







Pulun kambing nampaknya....
Harraz dan Huzair bersama HJ Nizar

Monday, August 30, 2010

Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid

normal_masjid_raya_makassar
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
masjid 
Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching melakukan lawatan ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan dan diputar belit serta mengelirukan umat Islam dalam masalah tersebut.
Keterangan/Hujah:
1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta’abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Al Fatihah : Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak meninggal dunia.

PARIT BUNTAR : Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan juga Bekas Mudir Sekolah menengah Agama al Falah Parit Tok Ngah, Ust. Zulkarnain Hj Ahmad, 63 Tahun telah kembali keRahmatullah sekitar jam 7.30 malam tadi.

Beliau yang telah terkena angin amar telah telantar sakit sekitar 10 tahun dan terakhir dimasukkan ke Hospital Parit Buntar dua hari lepas. Tengahhari tadi beliau dibawa balik ke kediamannya di Parit Tok Ngah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Perak dan saya mewakili kepimpinan PAS Perak mengucapkan Takziah keatas seluruh sanak saudara diatas kehilangan orang yang disayang.

Semasa hayatnya beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan menjawat jawatan yang DiPertua PAS Kawasan parit Buntar.

Kegigihannya dalan memperjuangan wadah PAS dengan kehebatannya menyampaikan ceramah dengan dalil Al Quran dan Sunnah.

Al Fatihah......

SPR mengubah sewenang-wenangnya kawasan mengundi dan DUN

Jawapan dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ke atas pengundi di Felcra Lekir  yang dahulunya mengundi di dalam kawasan DUN Pasir Panjang kini berubah ke DUN Sitiawan. Namun logikkah perkara ini berlaku setelah beberapa kali pilihanraya diadakan. SPR telah menggunakan kuasanya untuk mengubah sewenang-wenangnya apa sahaja yang menguntungkan kawasan yang ditandingi oleh Barisan Nasional. Semoga SPR tidak terlibat dengan kerja-kerja politik untuk memenangkan parti Barisan Nasional tanpa mengambil kira ianya adalah Suruhanjaya bebas.
Terima kasih kerana menggunakan Sistem Maklumbalas Pelanggan SPR. Untuk makluman tuan, pihak kami telah membuat semakan dan mendapati FELCRA LEKIR sebenarnya terletak dalam DUN SITIAWAN. Pembetulan kedudukan Daerah Mengundi FELCRA LEKIR ini adalah sebahagian daripada proses belah bahagi dan telah diluluskan oleh Ahli SPR. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, sila hubungi Unit Persempadanan dan Belah Bahagi di talian 05-249 4114 atau 05-249 4119. Sekian dimaklumkan

Saturday, August 28, 2010

Dato' Seri Nizar menemui rakyat di Bazar Ramadhan

Dato' Seri Nizar menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada para pengunjung Bazar Ramadhan di Seri Manjung dalam kawasan Pasir Panjang.
Peniaga air ini dikunjungi oleh YB Nizar
Warga Manjung mengambil peluang mendapatkan bubur lambuk dari Dao' Seri Nizar wakil rakyat mereka.
 
 Murtabak menjadi makanan kegemaran para pengunjung

Golongan muda sangat teruja dengan kunjungan Dato' Seri Nizar ke gerai mereka.

Pada 26 Ogos 2010 (Khamis) Dato' Seri Nizar sempat berkunjung ke gerai-gerai yang terdapat di Bazar Ramadhan Seri Manjung. Terdapat 4 buah Bazar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung untuk tujuan berniaga sepanjang bulan Ramadhan. Para peniaga menjual pelbagai jenis juadah dan air minuman untuk tujuan berbuka puasa. 
Di Bazar Ramadhan inilah Dato' Seri Nizar boleh menemui para pengundinya untuk bertanya khabar samaada para peniaga dan juga pembeli yang sememangnya ramai. Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Dato' Seri Nizar memudahkan rakyat untuk berinteraksi dengannya. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau dan beliau tidak pernah menolak untuk bergambar.
Selain daripada berkunjung dan menemui rakyat, Dato' Seri Nizar telah menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada para pengunjung secara percuma. Para pengunjung sangat berbesar hati kerana dapat menerima sumbangan bubur lambuk untuk berbuka puasa dari wakil rakyat mereka.
Dato' Seri Nizar juga bukan hanya dikenali kerana kelantangannya, malah sikap mesranya membuatkan rakyat sangat menyukainya.

Friday, August 27, 2010

Cik Gu Kamaruddin Awang Teh dan isterinya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Sungai Buluh

Dua buah van yang membawa jenazah Cik gu Kamaruddin bin Awang Teh dan isterinya Nariah Dato' Abd Malik untuk ke tanah perkuburan setalah disembahyangkan di Masjid Al Falah, Ayer Tawar. Kedua-dua pasangan suami isteri ini yang juga aktivis masyarakat , meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di lebuhraya berhampiran Sungai Buluh, Selangor.
Jenazah Cik gu Kamaruddin dan isterinya Nariah Dato' Abd Malik disembahyangkan kira-kira 500 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, dan ahli-ahli politik di Masjid Al Falah, Ayer Tawar.
Dato' Seri Nizar selaku ADUN Pasir Panjang turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham cik gu Kamaruddin dan Allahyarhamah Nariah.

Pada 26 Ogos 2010 (Khamis) bersamaan 16 Ramadhan, Cik gu Kamaruddin Awang Teh seorang aktivis masyarakat telah meninggal dunia bersama isterinya yang tersayang, Nariah Dato' Abd Malik seorang pekerja Pos Malaysia Sitiawan,  dalam kemalangan jalanraya di lebuhraya berhampiran Sungai Buluh Selangor. 
Semasa hayatnya cik gu Kamaruddin aktif dalam pertubuhan belia 4B di negeri Perak. Beliau juga terlibat diarena politik tanah air dan pernah menjadi calon pilihanraya. Beliau menyertai UMNO, Semangat 46, ADIL dan PKR. Menantu kepada Dato' Abd Malik, Mantan Exco Kanan Kerajaan Perak dan beliau juga adalah ipar kepada Dr Khairuddin, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak.