TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, November 12, 2009

Nizar Tetap Ikut Raja Berpelembagaan - DPPN Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyelar tuduhan derhaka terhadap Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang pernah menjadi polemik bahawa PAS tidak taat atau menerima Perlembagaan Negara. Datuk Seri Nizar yang dilaporkan oleh media satu ketika dahulu bertindak melafazkan sembah derhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak kerana keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar sah di pilih rakyat.

DPPN Pk menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana antara lain perkara yang ditekankan oleh PAS ialah supaya ahlinya taat dan mematuhi Undang-Undang serta Perlembagaan Negara. DPPN Pk yang telah diberikan kesempatan merafak sembah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak pada 14 Julai 2009 di Istana DYTM Raja Muda Perak, Ipoh dan telah menjemput untuk bersama pada Majlis Berbuka Puasa pada 13 September 2009 di Istana DYMM Sultan Perak, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar adalah bukti bahawa hubungan PAS dengan Istana adalah baik dan terjalin mesra.

DPPN Pk yakin segala tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang cuba merosakkan hubungan antara PAS dan Istana akan dibuktikan apabila keputusan Mahkamah Rayuan yang akan diumumkan kelak. Keputusan tersebut penting kerana sudah tentu Datuk Seri Nizar akan terus memberikan kerjasama dengan Seri Paduka Sultan Perak sebagai Raja Pemerintah yang perlu seluruh rakyat patuh kerana ianya sebahagian daripada Perlembagaan Negara.

DPPN Pk meminta supaya seluruh rakyat menumpukan keputusan yang bakal diumumkan oleh Mahkamah Rayuan berkaitan kedudukan Menteri Besar yang sah nanti. DPPN Pk yakin semua pihak akan menerima keputusan ini tanpa bersikap perajudis dan tidak akan cuba mencetuskan perkara yang akan menggugat keselamatan Negara. Jesteru DPPN Pk meminta supaya Datuk Seri Nizar supaya terus memainkan peranan beliau atas jawatan yang akan di galas kembali kelak dengan jayanya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment