TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, November 15, 2009

Lawatan Dato' Seri Nizar Di Pasir Panjang



Pada 12 November yang lalu, hari Jumaat, Dato' Seri melawat kawasan ADUN nya di Pasir Panjang. Beliau disambut mesra oleh penduduk Kampong Sungai Wangi, dimana beliau mendirikan solat jumaat dan mengimamkannya di masjid Kampong Sungai Wangi.

Selesai solat para jemaah sempat bersalam-salam dengan wakil rakyat yang sudah dikenali ini. kemudiannya beliau dijemput ke majlis makan tengahari di perkarangan rumah Pak Husin, seorang pengusaha kilang bahulu yang terkenal di kampong Sungai Wangi.


PAS Kampong Sungai Wangi telah mengambil kesempatan dengan kehadiran Dato' Seri Nizar untuk melancarkan Tabung Pembinaan Markas PAS Cawangan. Di majlis yang sama satu majlis dailog mengenai perkara-perkara semasa telah diadakan selepas Dato' Seri Nizar memberi ucapan.

Dato' Seri Nizar juga dibawa bertemu dengan sekumpulan komuniti India Kampong Baharu (L), yang mahu menyelesaikan beberapa perkara mengenai kepentingan mereka. Mereka sangat berpuashati kerana dapat meluahkan segala perkara kepada wakil rakyat mereka yang sentiasa mengambil tahu tentang mereka tanpa mengira kaum.

Selepas itu, beberapa penduduk kampong Deralik yang miskin dan uzur telah menerima sedikit bantuan berupa barangan kering keperluan dapor. yang disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Nizar. 




Diakhir lawatannya, Dato' Seri Nizar menghadiri satu jamuan teh di kampong batu 14, Lekir dan disambut mesra oleh penduduk kampong dan sempat menyampaikan ucapannya, berkisar tentang keadaan negeri Perak masa kini.

Walaupun beliau dan rakan-rakannya sebagai wakil rakyat yang sah tetapi mereka telah dihalang dari menghadiri sidang DUN oleh pihak Polis yang mengawal bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari tersebut. Suasana sidang yang provokatif dan terancang memaksa 2 sidang DUN dijalankan dalam satu dewan. Barisan Nasional telah membentang dan meluluskan Budget 2010 dalam jangkamasa 20 minit tanpa dibahaskan. Inilah satu sidang budget yang sangat pendek danb mengelirukan.

Dato' Seri Nizar sempat menceritakan tentang perbicaraan kes MB yang sah yang masih menunggu keputusan, setelah Hakim Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusannya kepada satu tarikh yang tidak diketahui. Beliau sangat berharap keputusan Mahkamah persekutuan akan menyebelahinya walaupun merasakan keadilan mahkamah sejak kebelakangan ini sangat berpihak. Beliau berharap rakyat negeri Perak sentiasa berdoa agar keputusan mengembirakan semua rakyat.





No comments:

Post a Comment