Pagi tadi saya telah dijemput untuk menghadiri satu sidang penyiasatan dan pendengaran awam di bilik mesyuarat utama Majlis Perbandaran Manjung. Punyalah lama menunggu untuk menyatakan bantahan terhadap satu projek billionair kerajaan Perak di kawasan peranginan Teluk Rubiah dan Teluk Batik oleh syarikat luar negara. Bantahan Awam dan dan Pendengaran Awam adalah satu proses yang disediakan oleh pihak Perancangan Bandar untuk memastikan satu-satu projek boleh dilaksanakan mengikut jadual. Projek Kilang Keluli yang dirancang ini mendapat banyak bantahan dari penduduk-penduduk tempatan yang berhampiran, Janakuasa TNB, Lumut Port Terminal, dan para nelayan-nelayan pantai. Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang sentiasa peka dan mengambil tahu tentang hal ehwal penduduk tempatan ada menerima rungutan dan aduan dari penduduk tentang rancangan ini. Apa yang dikesalkan kenapa projek ini dilaksanakan di kawazan zon pelancongan, tidak di kawasan yang sememangnya lokasi zon industri. Tidakkah ianya akan menjejaskan kesan alam sekitar, pencemaran udara, menjejaskan aktiviti nelayan pantai untuk menangkap ikan yang terpaksa menangkap ikan jauh di tengah laut dengan kos yang tinggi, walhal pendapatan ikan tidak berbaloi. Sahabat Alam Malaysia cawangan Ipoh yang diwakili oleh Encik Meor Razak telah menyatakan secara terperinci mengenai kawasan yang dirancang adalah kawasan hutan yang dipelihara, yang masih ada di daerah Manjung ,dimana ianya sangat sesuai digunakan untuk aktiviti riadhah dan rekreasi bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan demikian. Hutan yang terdapat di tepi pantai ini mestilah dipelihara kehijauannya untuk masyarakat masa hadapan.Panel Pendengaran Awam ini dipengerusikan oleh YB Dato' Jamaluddin Al Amini Ahmad, Pegawai Kewangan Negeri Perak. Turut hadir sebagai Panel ialah Timbalan Pengarah Pejabat Tanah Galian, Ipoh , Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung dan Pegawai Bahagian Perancangan Negeri Perak. Semua wakil penduduk yang Membantah, NGO, JKKK, TNB, Persatuan Nelayan , Pangkor Laut Resort dan Lumut Port Terminal turut dijemput. Segala bantahan ini akan dibincangkan di peringkat negeri Perak, Ipoh untuk dinilai dan diperhalusi sebelum diluluskan.
No comments:
Post a Comment