TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, November 30, 2009

Kenderaan berat yang membahayakan pengguna lain.


Keadaan lori yang membawa lebih muatan, merbahaya kepada kenderaan lain yang perlu diambil perhatian oleh pasukan penguatkuasa seperti Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Polis atau JPJ.

sudahlah membawa lebih muatan, melebihi had laju pula....Kan bahaya???

Gambar ini dirakam diatas jalanraya dari Ayer Tawar, Perak menuju ke arah Kampong Acheh melalui Simpang Empat, Kampong Sitiawan. Telah dilaporkan kepada pasukan trafik...tapi tak nampakpun  trafik mengekorinya. Tunggu jugalah kami....kut-kut barangan di atas kenderaan ini menimpa kenderaan yang berselisih dengan nya. Tolonglah....jaga keselamatan pengguna jalanraya akibat kecuaian kita.

Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama

Kisah Kereta Toyota Camry Kerajaan Perak .....Dimana???? AGS 10 ada di Batu 10, Lekir???

IPOH, Nov 29 – DAP Perak mendesak pentadbiran UBN Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan status kumpulan kereta Toyota Camry yang pernah digunakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai kereta rasmi mereka.

Datuk Ngeh Koo Ham (gambar), bekas exco kanan Pakatan Rakyat, menggesa Zambry memberitahu rakyat apa yang telah berlaku dengan kereta-kereta tersebut, samada exco kerajaan UBN kembali menggunakan kereta Perdana V6 yang lama walaupun kos penyelenggaraannya sangat tinggi.

“Adakah mereka menggunakan kereta lama dulu? Apa dah jadi dengan Toyota Camry? Kalau mereka fikir mereka menjimatkan wang rakyat dengan menggunakan kereta lama, mereka adalah silap!”

“Mereka sebenarnya membelanjakan lebih banyak wang,” katanya sewaktu sidang media selepas merasmikan konvensyen DAP ke-15 disini hari ini.

Ngeh mendedahkan laporan Ketua Odit baru-baru ini, penyelenggaraan Perdana V6 yang lama itu menelan belanja RM1.3juta dan sudah terlalu uzur bagi kegunaan sebenarnya.

“Laporan Ketua Odit Negara hanya mempunyai satu komplen keatas Pakatan Rakyat iaitu, kita patut menukar kereta tersebut lebih awal lagi.” kata Ngeh.

Semasa pentadbiran PR, kereta Perdana V6 yang digunakan bekas UBN telah digantikan dengan 16 buah Toyota Camry.

Pembelian tersebut menjadi pertikaian UBN, menudh PR membazir wang rakyat kerana membeli kereta baru, selain merungut tentang harganya, puak UBN merungut kerana ianya bukan kereta buatan negara sendiri.

Kerajaan PR telah menafikan tohmahan tersebut dengan dakwaan bekas kerajaan UBN telah membazir lebih banyak wang keatas kos penyelewnggaraan kereta Perdana V6 tersebut.

“Menurut laporan Ketua Odit Negara , kereta-kereta tersebut harus digunakan sebaik-baiknya untuk selama lebih kurang 4 tahun dan tidak melebihi perjalanan 100,000 kilometres

“ Walau bagaimana pun, ada antaranya kereta (Perdana) , mencapai tahap lebih daripada 400,000 kilometres,” kata Ngeh.

Beliau menambah pembelian Toyota Camry dengan harga RM97,000 sebuah adalah lebih berhemah daripada membelanjakan RM1.3juta kos penyelenggaraan kereta lama Perdana V6.

“Saya menyeru Zambry supaya berhenti bermain politik. Dengan menjual kereta-kereta baru tersebut, akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Adakah mereka menggunakan kereta lama itu? Berapa banyak mereka bazirkan untuk kos penyelenggaraan?” Tanya Ngeh.

Adalah difahamkan, kerajaan UBN, melalui satu perjanjian dengan exco negeri , bersetuju mengekalkan 3 daripada 16 Toyota Camry, bagi kegunaan Setia Usaha Kerajaan, Penasihat Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dua belas daripada baki13 kenderaan tersebut telah dijual , sementara baki sebuah itu telah ada pembelinya yang sedang menunggu kelulusan pinjaman oleh sebuah bank.

Menurut satu sumber, kereta-kereta tersebut dijual dengan harga anggaran lebih kurang RM150,000 sebuah.

sumber : Malaysia Insider/ end

512,000 tidak daftar sebagai pemilih di Perak

Lebih dari satu pertiga dari penduduk yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih di negeri Perak.Adalah menjadi kerugian besar kepada mereka yang layak tetapi masih tidak mendaftar sebagai pemilih, yang menyebabkan hilang kelayakan mereka untuk menjadi pemilih jika pilihanraya diadakan dalam masa yang terdekat. Cakap-cakap mengenai pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat sering diperkatakan dikalangan orang-politik samada pemimpin atau rakyat Perak. Pembubaran DUN Perak khususnya pasti akan berlaku sekiranya kaedah pembubaran Dun ini bertepatan dengan dengan perkara yang termaktub dalam perlembagaan atau akta pilihanraya yang mengkehendaki, pilihanraya diadakan akibat kekosongan kerusi-kerusi DUN atau pun keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Menteri Besar Perak yang sah menyebelahi Nizar.Persiapan awal berkaitan dengan daftar pemilih hendaklah dikemaskini agar mereka yang layak mendaftar secepat mungkin. Kepada para petugas parti hendak bekerja keras memastikan mereka yang telah mencapai umur 21 tahun mendaftar dengan Pegawai Pendaftaran Sementara (PPS) dari parti-parti atau terus kepada Pegawai SPR atau di Pejabat Pos. Sila hebahkan tentang kepentingan mendaftar sebagai pemilih agar rakyat Malaysia peka dengan kepentingan pemilih untuk memilih parti yang layak memerintah pada masa akan datang. Ayuh !!!Bertindaklah sekarang demi masa depan rakyat Malaysia.Bawalah kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran sebagai pemilih pilihanraya akan datang.

Sunday, November 29, 2009

BIRO TATA NEGARA (BTN) MEMANG PATUT DIHARAMKAN.

Setelah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan kakitangannya menyertai modul yang diajar oleh BTN, Kerajaan Pulau Pinang juga menurut jejak Selangor tidak mahu anggota kerajaannya diajar dengan modul yang sama. Adalah difahamkan modul yang diajar banyak terdedah dengan unsur perkauman yang melampau, yang menanam bibit-bibit kebencian walau pun di negara kita terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.Sejarah lama diungkit hingga kepada tahap membenci kepada kaum-kaum lain selain melayu.Ada juga di tunjukkan wajah-wajah yang dicoretkan wajah kebencian rakyat. Apabila para pesertanya yang terdiri dari anggota kerajaan menamatkan tempoh latihan bina insan, bina diri dan sebagainya pasti wajah-wajah yang dicop sebagai anti kerajaan telah dipengaruhi dan menjadi kebencian kepada mereka. Inilah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian yang sepatutnya tidak berlaku propaganda halus Barisan Nasional menyerap masuk doktrin kebangsaan kepada setiap peserta yang menyertai kursus di BTN ini.Walau pun kebelakangan ini kita di hebohkan dengan Satu Malaysia, namun BTN mengenepikan semangat Satu Malaysia ini. Memang BTN terdedah dengan extremis perkauman, Doktrin perkauman serta menjarakkan jurang keharmornian antara kaum dalam negara. Memang sepatutnya BTN diharamkan dan tiada lagi modul mengubah minda dalam setiap anggota kerajaan dalam ertikata dokrin kebencian dalam membina negara.Jadikan Islam modul terbaik untuk hidup bersama, membina ukhwah sebagaimana Rasulullah membina Madinah sebagai negara Islam.

Dun Perak: Cawangan,ahli digesa siap sedia hadapi pilihanraya

TITI SERONG,28 Nov: Cawangan PAS digesa bersiap lebih awal untuk menghadapi kemungkinan pembubaran DUN berdasarkan kemelut suasana politik Perak yang tidak menentu.

Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi taklimat Pembubaran DUN Perak untuk Cawangan PAS Parit Kasa di sini semalam.

"Sejak BN merampas kuasa pada Februari yang lepas, saya ingatkan kepada Jentera PAS bahawa BN telah melakukan sesuatu untuk menghadapi Pilihanraya, kerana itu jentera parti PAS juga mesti melakukan sesuatu juga,"jelasnya sambil memuji langkah proaktif yang dilakukan oleh cawangan tersebut dan wajar dicontohi oleh cawangan PAS di DUN Titi Serong dan seluruh negeri Perak.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Cawangan dan Ajk Cawangan tersebut dengan petugas pilihan raya di kalangan pemuda cawangan yang terletak dalam DUN Titi Serong tersebut.

"Usaha yang dilakukan oleh BN termasuklah mempergunakan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihan raya,"kata Drs. Khalil.

Beliau juga mengharapkan cawangan perlu mengadakan sesuatu dan program tertentu seperti pergerakan jentera lebih awal seperti culaan undi dan pendaftaran pemilih yang baru.

"Pemuda perlu memeriksa setiap rumah penyokong PAS di cawangan dan memastikan kalau masih ada pengundi yang belum didaftarkan, kerana cawangan boleh tahu masalah ini berdasarkan pemeriksaan yang teliti yang dilakukan oleh cawangan," jelasnya lagi.

Tambahnya,PAS dan pakatan Rakyat perlu ada jentera yang kuat untuk menghadapi pilihan raya apalagi berdepan dengan BN yang mempergunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada.

"Kemelut politik yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan dengan perbicaraan di Mahkamah dan persidangan DUN...hanya pembubaran DUN yang mampu memyelesaikan krisis ini," tegasnya.

-harakahdaily-

Nizar menyembelih 8 ekor lembu korban di kawasan Pasir Panjang

Jam 8.15 pagi Haji Nizar telah sampai ke kampong Serdang, Sitiawan, untuk memulakan sembelihan yang pertama.nya  di kawasan Pasir Panjang.



Setiap kali penyembelihan yang akan dimulakan, Dato' Seri Nizar mengusap-ngusap bahagian leher lembu yang akan disembelih, sebagai tanda kasih pada binatang yang akan dikorbankan. Inilah cara atau adab-adab penyembelihan yang perlu ada kepada mereka yang akan melakukan penyembelihan.
 
Dato'Seri Nizar diminta mengetuai bacaan tahlil di kampong Sungai Parit, Pasir Panjang selepas selesai menyembelih seekor lembu di sini.


Diantara syarat-syarat penyembelihan ialah menggunakan pisau yang tajam.


Selain dari Kg Serdang, Dato' Seri  Nizar telah menyembelih lembu-lembu di Taman Terus Maju, Kampong Sitiawan, Kampong Bahru (L), Kg Sg Parit, Kg Batu 9, Kg Batu ,15 Lekir.


Lembu-lembu yang telah disembelih, dilapah untuk diagehkan kepada penerima.


Friday, November 27, 2009

Hari raya Korban di isi dengan semangat pengorbanan di surau MADAH Seri Manjung , 11 ekor lembu telah disembelih oleh penduduk.


Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirahim, lembu ini pun disembelihkan oleh YDP Pas kawasan Lumut menyembelih lembu korban pagi ini di perkarangan surau MADAH , Seri Manjung yang telah menjadi acara tahunan setiap kali hari raya Aidil Adha pasti ada yang membuat korban lembu di sini.

Setiap ekor lembu yang ditumbangkan dibahagikan mengikut kumpulan bagi tujuan melancarkan tugasan. Almaklum hari ini hari jumaat, bagi persiapan untuk bersolat.

Mengambil falsafah korban nabi Ibrahim, kita telah mengorbankan lembu-lembu untuk diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya.
 
Daging-daging yang telah siap dilapah, dan akan diagihkan.

Haji Mohd Desa (Manjung Mari) mengambil bahagian menjadi petugas dan ada bahagian korban tahun ni....
Bukan sahaja sebagai penulis blog, beliau juga aktivis masyarakat.

Ini bahagian patahkan tulang kaki....Jaguh!!!!  Beliau juga usahawan alwahida, Kopi Radix daerah Manjung.

Semoga usaha dan amal kita yang baik di hari Aidil Adha diberkati dan menjadi amal Salleh yang dikira oleh Allah diakhirat nanti. Amin!!!! Allahuakbar!!! Labaikallahumma labaik.

Thursday, November 26, 2009

Gambar Banjir Di Makkah

Berikut ialah gambar-gambar banjir di persekitaran Makkah semalam, akibat hujan lebat selama kira-kira empat jam. Beberapa jalan utama telah terputus, ratusan kediaman ranap, ribuan kereta tenggelam, beberapa jambatan runtuh, beberapa nyawa terkorban dan beberapa kemalangan lain.


Sumber: Akhbar Ar-Riyadh dan Al-Madinah, terbitan Khamis, 26 November 2009.
_________

Awal-awal hujan di Mina:

Keyakinan rakyat pada SPR hilang - Nizar

 Oleh Roziyah Jusob


KEPUTUSAN SPR membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung DUN Kota Seputih memberikan persepsi yang amat buruk terhadap kredibiliti dan ketelusan suruhanjaya tersebut terhadap pandangan rakyat.

Ini sekali gus menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal pilihanraya di negara ini.

"SPR seharusnya tidak perlu campu tangan dalam memastikan sesuatu DUN itu kosong atau tidak dan hanya perlu menjalankan tugasnya yang sebenar sahaja. Hak Speker dalam menentukan kekosongan sesuatu kawasan adalah jelas dan tidak perlu diusik oleh mana-mana pihak pun," kata Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dalam perbualan dengan wartawan Erapakatan.

Beliau yang juga ADUN Pasir Panjang menganggap SPR sudah melampaui batas tugas dengan membuat keputusan sendiri.

" SPR jelas ingin mempertahankan keputusan yang telah dibuat sehingga sanggup bertindak diluar bidang mereka sendiri. Tiada peruntukan langsung dalam undang-undang mengenai kuasa SPR untuk menentukan kosong atau tidak sesuatu kawasan DUN kerana semua itu dibawah kuasa Speaker," jelas Nizar.

Nizar menyerahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk menilai sendiri tindakan SPR yang sememangnya mmelangkah keluar dari bidang tugas mereka yang sebenar.

"Rakyat sendiri berhak dalam menilai perkara ini. Terpulang kepada mereka untuk menentukan SPR adalah sebuah suruhanjaya yang berwibawa atau tidak," tegas Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurut Nizar, SPR bertindak demikian seolah-olah ada kuasa-kuasa luar mengarahkan tindakan tersebut.

"Ini tidak menghairankan kerana selepas cubaan merampas Perak secara haram dilaksanakan semua agensi-agensi kerajaan terutamanya  polis, SPRM dan SPR telah di perkuda sepenuhnya oleh Umno/BN untuk membantu kerajaan memberi tekanan pada pembangkang," ujar beliau.

Pada16 November lalu, Mahkamah Tinggi Persekutuan memutuskan kerusi DUN Kota Seputih kosong kerana penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada BN gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti. Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.

Kemudian pada 23 November lalu, SPR mengemukan rayuan. Semalam mahkamah rayuan memutuskan untuk membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Kongsi berita ini

PAS MENYOKONG KERAJAAN SELANGOR MELARANG KURSUS BIRO TATA NEGARA


PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro  Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja. Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong umno/bn sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.
Pas juga kesal apabila  pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera. Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri  Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester. Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

Ucapan Aidil Adha



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DIUCAPKAN KEPADA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TERUTAMANYA PEMIMPIN, AHLI, PENDOKONG DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.

Daripada : YDP dan Ahli-ahli Jawatan Kuasa PAS Kawasan Lumut, Dewan-dewan, serta Para petugas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang  dan wakil rakyatnya YB Dato' Seri Ir Haji Mohd Nizar bin Jamaluddin.


Jangan halang ayah saya letak jawatan-Nik Abduh

PETALING JAYA, Nov 26 — Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada Menteri Besar Kelantan, mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya itu daripada melepaskan jawatan beliau jika berhasrat berbuat demikian kelak.
Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat berkata, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melakukan yang terbaik dalam perjuangan tetapi beliau sudah tua dan keletihan.
"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik.
"Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!'," kata beliau di akhir tulisan terbaru blognya.
Nik Aziz, yang memimpin Kelantan sebagai Menteri Besar sejak 1990, mempunyai 10 orang anak.
Nik Abduh melahirkan pandangan itu sehari selepas Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS membayangkan barisan pelapis yang bakal menggantikan beliau.
Nik Aziz tidak menolak terdapat kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan.
Beliau enggan membayangkan masa dan nama bakal penggantinya tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.
Antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal menggantikan beliau ialah bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob.
Ahmad dan Husam masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya I dan II PAS Kelantan.
Dalam ulasan panjang lebar itu, Nik Abduh yang baru-baru ini menyertai pemukiman Dewan Pemuda PAS menambah, "saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas-desus peletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan tidak lama lagi."
Perkara itu telah dirancang rapi untuk dicetuskan dalam politik parti dan kerajaan negeri, kata Nik Abduh.
"Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan.
"Saya enggan membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi itu," katanya.
Kata Nik Abduh lagi, kesan yang dinantiharapkan adalah ayahnya akan menghulurkan "mawar."
"Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi," kata beliau yang menyifatkan Nik Aziz sebagai seorang yang sentiasa hebat.
"Ia (Nik Aziz) dihidupkan untuk memberi, bukan mengambil. Dia dihidupkan untuk dunia, bukan hanya untuk Malaysia dan Kelantan sahaja. Di dunia Islam, orang kata dia di angka 42," kata beliau merujuk kepada pemilihan Nik Aziz sebagai antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia, yang dikeluarkan minggu lalu.
Tambah Nik Abduh, Menteri Besar Kelantan itu sedang dihimpit ujian Tuhan yang datang secara bertubi-tubi.
Daripada isu Muktamar Agung Luar Biasa (EGM) dan politik persepsi, kata beliau ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah.
"Kemudian ia menerkam kepada isu PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) dan kroni. Belum pun bengah, dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karaktor dan karier," katanya.
Nik Abduh juga memberitahu beliau telah memaklumkan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pengkalan Chepa bahawa beliau berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun depan.
"Umur saya seusia (blogger) Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku-buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar.
"Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa-apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Baharu tahun depan," katanya lagi.TMI

Akisah tentang Hakim Tan Sri Zaki Tun Azmi , Ketua Hakim Negara

http://3.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/Sw1TeXz68tI/AAAAAAAALpg/k4pXLLYDBdo/s1600/n081021_5.pngTan Sri Zaki Tun Azmi berkahwin dengan Nor Hayati Yahaya, 32, oleh kadi di Thailand pada Mei 2005 dan menceraikannya selepas tiga bulan. Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana gagal membuktikan perkahwinan mereka.
Kegagalan tersebut adalah kerana Zaki yang bijak berkenaan perundangan telah membakar sijil pernikahan mereka , satu-satunya bukti perkahwinan mereka di Thailand. Licik dan licin umpama belut kelakuan si Zaki.

Tetapi, tanpa bukti surat nikah tersebut , tidakkah Zaki boleh didakwa telah melakukan Zina dengan Nor Hayati?

Seperkara lagi, macamana seorang yang bersikap kejam seperti Zaki yang tidak dapat memberikan keadilan kepada seorang wanita yang pernah ditidurinya itu boleh bersikap adil dan saksama terhadap orang lain tatkala dia memakai jubah seorang Ketua Hakim Negara?

Kekecohan kes cerai dengan isteri keduanya tersebut telah memaksa Zaki menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO kepada Pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen dengan alasan untuk mengelak kes peribadinya menjejaskan kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO.

Tetapi yang tersangat peliknya, bagaimana Zaki boleh terpilih sebagai Ketua Hakim Negara, berkuatkuasa hari Sabtu, 18 Oktober 2008?

Tidakkah kemelut kes cerai dengan isteri keduanya itu telah mencemar kredibiliti Zaki?Bukankah lebih baik Zaki menarik diri sebagai Ketua Hakim Negara demi menjaga baik Institusi Kehakiman Negara?

Pemuda PAS Pusat turut menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu pada 26 Sept. 2007 [klik di sini] memohon supaya Zaki tidak dilantik sebagai Ketua hakim Negara.

Terbukti kini bahawa Ketua Hakim Negara yang ada ini adalah seorang yang langsung tidak mempunyai integriti apa lagi kredibiliti.Tidak hairanlah sistem kehakiman negara semakin kalut!

Kedudukan Blog Mengikut Ranking dari Perak Express

2611a2611b2611c2611d

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang Beri Bantuan kepada Puan Veeni A/P Arjunan dan 7 Anaknya yang ditinggalkan suami.












Puan Venni A/P Arjunan yang telah ditinggalkan suaminya 5 tahun dahulu menghadapi kesusahan hidup bersama 7 anaknya di Kampong Pundut dalam kawasan Pasir Panjang. Beliau terpaksa mengharungi hidup dengan bekerja sebagai Cleaner di pekan Lumut untuk mendapatkan sedikit wang. Suaminya yang menghilangkan diri, membiarkan Puan Venni bersama anak-anaknya. Beliau terpaksa menyewa rumah dengan pendapatan yang ada dan berbelanja dengan kadar yang minimum. Kesusahan yang ditanggung keluarga ini mendapat perhatian Pusat Khidmat  Masyarakat ADUN Pasir Panjang.Petang semalam, 25 Nov 2009 satu majlis gotong royong membersihkan kawasan keliling rumahnya telah dilakukan oleh jiran-jiran dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terhadap perhatian jiran dan Pusat Khidmat Dun mengenai kesusahannya. Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang telah memberi sedikit bantuan berupa catuan kering sebagai keperluan dapur untuk Puan Venni dan anak-anaknya.

Wednesday, November 25, 2009

Husam Tolak Untuk Jadi Pengganti Nik Aziz Sebagai MB

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri di mana wujudnya Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya Satu hingga Tiga.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

Husam berkata beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas keduadua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam -BERNAMA

Ulasan GB

Itulah sifat kerendahan hati seorang pemimpin jemaah Islam sekalipun tidak mempunyai latarbelakang akademik ugama formal yang telah dididik oleh TG Nik Aziz sendiri.

Sifat mulia itu pernah ditunjukkan sewaktu Umar Al-Khattab dilantik sebagai khalifah pertama oleh Saidina Abu Bakar yang kemudiannya, Saidina Umar menyerahkan semula kepada Abu Bakar jawatan khalifah itu. Umar menyatakan Abu Bakar lebih kanan dan lebih tua darinya.

Seorang pemimpin Islam tidak mengatur langkah untuk merebut jawatan MB secara jijik dan kotor sehingga sanggup menemui dan berkompromi dengan musuh sepertimana yang dilakukan oleh seorang pemimpin sekalipun berbelatarbelakang pendidikan ugama di sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Juga bukan seperti pemimpin parti yang bercita-cita untuk menjadi pemerintah tertinggi negara dan kemudian menimbulkan gagasan yang memporak-perandakan jemaah parti akhirnya.

Mujur di kedua-dua kes terakhir ini, Allah tidak merstuinya.

Allah masih sayang dan tetap menjaga jemaah milikNya.

Takiyuddin Hassan dilantik Penolong Setiausaha Agung PAS

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Betul ke Zambry pinjam duit Baitulmal ubahsuai rumah?



Malam tadi, angin sepoi-sepoi membawa berita.

Katanya, si Zambry ingin mengubahsuai rumah kediaman rasmi Menteri Besar Perak sebelum diduduki. Biasalah tu, setiap menteri besar umno akan mengubahsuai rumah tersebut mengikut selera dan citarasa mereka dan bini mereka sebelum mendudukinya. Bukannya kena keluar duit sekupang pun, duit rakyat. Mereka peduli apa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang ini, rakyat didahulukan (baca: duit rakyat yang didahulukan).

Ini bermakna, kalau ada sepuluh menteri besar umno yang duduk dikediaman rasmi tersebut, maka sepuluh gaya ubahsuai jugalah yang terjadi kepada rumah tersebut.

Zambry nak masuk duduk di kediaman rasmi Menteri Besar Perak? Kenapa terkejut pulak? Mungkin dia dah mula ada konfiden dan keyakinan penuh bahawa dialah menteri besar perak yang sah. Keyakinan tersebut mungkin datangnya daripada kata-kata dorongan oleh para-para ampusana ampusini disekelilingnya. Atau mungkin juga dia ada terima berita awal tentang keputusan yang bakal dikeluarkan oleh mahkamah persekutuan nanti mengenai kes saman nizar kepadanya? Wallahu'alam.

Berbalik kepada cerita asal. Berita mengatakan Zambry ingin mengadakan ubaisuai kediaman rasmi tersebut dengan harga RM180,000.

Tetapi, yang paling bestnya kata pembawa berita tersebut, wang RM180,000 itu dipinjam daripada Baitulmal. Katanya, pinjaman itu sementara beliau mendapat wang untuk pengubahsuaian rumah tersebut daripada kerajaan pusat.

Kenapa nak pinjam duit Baitulmal pulak? Orang fakir miskin pun tak merasa nak pinjam duit Baitulmal.

Takkan budget perak yang diluluskan dalam 20 minit hari itu tak cukup.

Malas saya nak ulas lagi. Minta jasabaik pembaca yang ada maklumat sahih memberikan kita sedikit penjelasan mengenai kisah angin sepoi-sepoi ini.

Ada sesiapa daripada Baitulmal nak komen?

Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi tahun 1946

"Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu;
Tipu terus menipu, kita tipu melayu.

Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua;
Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.

Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak;
bersatu bersetia, khianat cogankatanya.

UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia"





"Di atas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatu padulah seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka"

(Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi pada Disember 1946 dalam kongres PKMM yang Kedua di Melaka)

Tuesday, November 24, 2009

Musim Cuti sekolah ; Musim Berkhatan dah Datang...Mudim pun keluar dengan tugas-tugasnya.


Sedang Berbaris untuk dimandikan hingga kecut......sejuk...!!!!!

Ibu bapa pun turut serta mengambil bahagian dalam acara mandi manda sebelum anak-anak mereka dikhatankan.

Betul-betul kuyub ni....sejuknya...!!!!
Eh...eh...emak ayah ni masa dulu mana biasa mandi pakai air bomba...dulu terjun kat sungai jer.
Seronoknya bila nozzle hose tu di spraykan.....macam air hujan ler pulak.
Ustaz ni bahagian baca doa...semoga anak-anak ni selamat dikhatankan. Paling penting bila dah besar nanti jadi pejuang menegakkan agama Allah dimuka bumi.
Abang dan kakak pun turut serta nak tengok adik menahan sakit
Adik seorang ni bagus. Baca doa sebelum tiba gilirannya.... entah apalah doa yang dibaca.. Wallah hua'lam
Doktor ni...bagi kata-kata semangat kat adik tu,,,
Adik....!!! Tak sakit kan....???
Wah !!! Tukang pegang ni pun bukan main lagi. Pegang betui-betui dan sekuat-kuatnya...sampai adik tu tak boleh buat apa-apa.....seksa...!!!!
Tengok adik ni,,,!!!!Relek jer dia.....
Baca doa dik...!!!!Baca doa,,,,,,!!!!
Tayang gigi pulak depa ni.....aku dah lah sakit.....!!!!
Sakit mak...!!!! Ala sikit jer....macam gigit semut...!!!
Adik ni dah beres dah.... No hal punya...Emak ada kat sebelah dah djanji nak bagi beli game.