Pegawai-pegawai yang bertugas di sini akan melayan setiap tetamu yang datang dengan penuh mesra dan sedaya upayanya, pihak Pusat Khidmat ini akan membantu mereka. Ada juga datang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara-perkara semasa, terutama mengenai keadaan Dato Sri Nizar wakil rakyat mereka. Di pejabat ini dilengkapi dengan kemudahan internet dan boleh digunakan untuk melayarinya untuk mendapatkan berita yang lebih terkini.
Sebuah kenderaan pick up jenis TATA dijadikan kenderaan perkhidmatan mengangkat barang barang-barang ringan di kawasan yang berdekatan. Pegawai Pusat Khidmat ini juga menggunakannya untuk tujuan lawatan dalam kawasan. Selain dari pick up TATA ini, Pusat khidmat ini juga mempunyai sebuah kenderaan van jenis Liteace bagi memberi perkhidmatan pengangkutan untuk penduduk yang memerlukannya untuk dihantar ke distinasi yang berdekatan dalam kawasan Seri Manjung seperti Hospital, pejabat-pejabat kerajaan dan lain-lain distinasi yang diperlukan.Dato' Seri Nizar yang menjadi wakil Rakyat kawasan ini, sentiasa turun padang melihat sendiri keadaan penduduk dan membantu mereka mengikut keupayaan yang ada.

No comments:
Post a Comment