TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, April 24, 2012

Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.

"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.

Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.

Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.

Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.

Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

15 Pemuda UMNO Lekir, bahagian Lumut menyertai PAS.

SDR ZAID NAPIAH
SDR ZAID MEWAKILI 15 PEMUDA UMNO MENYERAHKAN BORANG KEAHLIAN PAS KEPADA DATO' SERI NIZAR
15 PEMUDA UMNO LEKIR MENYERTAI PAS
DATO'SERI NIZAR MENGANGKAT TANGAN ZAID YANG MENYERTAI PAS SETELAH 30 TAHUN BERSAMA UMNO.
Pada petang 22 April 2012, seramai 15 orang ahli Umno telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang sewaktu lawatan  beliau  ke Batu 10, Lekir dalam kawasan Pasir Panjang. Majlis Penyerahan borang keahlian tersebut dilakukan oleh saudara Zaid Napiah bekas Ketua Pemuda UMNO Kampung Batu 10, Lekir mewakili rakan-rakannya yang lain. Beliau telah bersama-sama UMNO lebih dari 30 tahun. Beliau yang sangat rapat dengan Dato' Zambry Abdul Kadir selaku Ketua UMNO bahagian sebelum ini sangat kesal dengan layanan diberikan oleh UMNO walaupun Zambry pernah berguru silat dengan Allahyarham bapanya Napiah, tetapi Zambry tidak hadir menziarahi bapa beliau sewaktu kematiannya. Malah UMNO dilihat telah mengkhianati rakyat dengan penyelewengan2 rasuah, kronisme dan macam-macam lagi yang mengecewakan dilakukan oleh pemimpin mereka. Beliau yang sangat teruja dengan Dato' Seri Nizar, sangat berharap dan akan membantu PAS untuk memenangi Pilihanraya ke 13 nanti dan semoga Pakatan Rakyat kembali memerintah negeri Perak. Zaid yang bekerja sebagai DJ atau "Display Jocker" di majlis-majlis keramaian sekitar Lekir mempunyai rakan-rakan yang ramai dari golongan muda dan akan menuruti jejaknya menyertai PAS dalam sedikit masa lagi. Turut menyerah borang ialah saudara Fauzi , Penyelia Ladang Lekir. Dalam majlis tersebut Dato' Seri Nizar telah menyarungkan T Shirt Bersih 3.0 kepada Zaid sebagai gimik kemasukan beliau ke dalam PAS.

Saturday, April 21, 2012

SPR Ikut Telunjuk BN....??? Pinda 4 akta kesalahan pilihanraya dengan pantas untuk untungkan BN



Hazayani Zakaria,20 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 berpendirian kelulusan beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya oleh Parlimen semalam semalam akan memberikan kesan besar terhadap ketelusan pilihan raya akan datang.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, empat pindaan itu diluluskan dengan sangat pantas.

Empat pindaan itu ialah menghapuskan barong (pondok panas) pada hari mengundi, kebenaran mengeluarkan sebarang risalah bercetak tanpa perlu menyatakan siapa pengeluarnya, ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mereka tidak dibenarkan berada di barong untuk membantu pengundi menyemak nama mereka.

"Pindaan-pindaan kepada akta kesalahan pilihan raya 1954 telah diluluskan oleh Parlimen dengan kepantasan yang menakjubkan. Ia mengandungi pindaan-pindaan yang memberi kesan yang amat besar kepada ketelusan proses pilihan raya semasa hari mengundi nanti," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini.

Ambiga berkata, kebenaran risalah seperti kain rentang dan poster tanpa nama itu bertentangan dengan tuntutan Bersih  yang mahu politik kotor dihentikan.

"Pengguguran seksyen 11 (C) iaitu kebenaran poster tanpa nama menggalakkan lagi politik kotor kerana semua pihak berani mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana tidak perlu menyatakan dari parti mana poster itu," katanya yang juga Pengerusi Majlis Peguam.

Ambiga turut mempersoal larangan mewujudkan barong dan larangan ejen tempat mengundi berada di barong kerana ia boleh menyebabkan penipuan dalam pilihan raya.

"Jika tiada ejen tempat mengundi, siapa yang akan periksa dakwat kekal? boleh berlaku penipuan kerana ejen tidak dapat melihat siapa yang sudah dicalit dakwat dan siap yang belum.

"Mereka luluskan tuntutan penggunaan dakwat kekal tapi pengawasannya kurang," katanya.

Justeru beliau berkata, Bersih 3.0 adalah sangat perlu kerana masih berlaku perkara-perkara yang meragukan mengenai proses pilihan raya.

"Ini membuktikan bahawa Bersih 3.0 adalah penting dan amat diperlukan. Ini menunjukkan bahawa kami adalah benar dalam menyatakan bahawa pilihan raya yang akan datang akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara kita," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam.