TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, September 30, 2010

Pengasas Pondok Pak Teh kembali ke rahmatullah


GRIK, 30 Sept: Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.
Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh mendirikan pusat pengajian itu pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya pernah menjadi kontroversi. Setelah 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah seluas 45 hektar untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelum itu tetapi tidak diluluskan.

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu.
Beliau dilahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959.
Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.
Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam.
Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang.
Kini setelah madrasah tersebut melangkau usia lebih 35 tahun, bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Kebanyakan pengajian ilmu di madrasah Pak Teh adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab.
Kaedah pengajian di madrasah yang berasaskan sistem pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi. Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Syuzu (nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad (feqah) dan Matan Majmuk Azhari.
Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Di atas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para rasul dan nabi, syuhada dan solihin di atas kegigihannya memperjuangkan agama Allah.

Tuesday, September 28, 2010

Solat Jenazah ADUN Galas

Jenazah tiba di Masjid Tengku Faiz Petra Gua Musang jam 12:20 tghmalm, solat jenazah di ketuai oleh Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan.
Jenazah Allahyarham Che Hashim Adun galas di semadikan di tanah perkuburan Kg. Kerinting Gua Musang dekat dengan rumah kediaman nya.
tgna ketuai TGNA ketuai solat jenazah, turut serta pimpinan Pas negeri.
solat1 Tidak ketinggalan pengundi2, sahabat handai jauh dan dekat ikut serta solat jenazah
DSC06056 sejurus tiba jenazah di usung ke dewan solat untuk di sembahyang kan.
Selain pimpinan Pas dan Kerajaan Negeri turut kelihatan ADUN Paloh, calon BN PRK Dun Manek Urai, hampir penuh dewan solat, hadir menunaikan solat jenazah.

CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang

CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang

Lim Hong Siang |

 
Apa yang berlaku hanya membuktikan tajuk bukunya, CARTOON-O-PHOBIA.  Ia seolah-olah kartun, apabila pelancaran sesebuah buku kartun berlangsung tanpa kehadiran pengarang dan buku itu.  Zunar ditangkap empat jam sebelum koleksi kartun ketiganya dilancarkan, malah dipindahkan sebanyak lima kali dari IPD ke IPD dalam tempoh tujuh jam.
Isteri Zunar, Fazlina Rosley memperbarui status Facebook-nya pada kira-kira jam 1 pagi hari ini (25 September), yang memaklumkan bahawa suaminya kini berada di balai polis KLIA, ibu pejabat polis daerah kelima selepas tangkapannya pada jam 4 petang, semalam. 【Zunar ditangkap sebelum buku dilancar
Biarpun sempat mempromosi buku ini, CARTOON-O-PHOBIA, sebelum mengakhiri ucapannya, Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berkata, "Kami tak ada buku di sini, kami tahu polis sedang mencarinya (ketawa).  Bagaimanapun, tempah satu naskah hari ini, tempah beberapa naskah, beri kepada kawan kamu, sebelum ia diharamkan."
Bukan sahaja pejabat Zunar diserbu pada petang tadi, malah pencetaknya di Puchong dan pengedarnya, Gerak Budaya turut didatangi polis, menurut Steven Gan.  "Saya tidak tahu di mana buku itu...(tapi) dengan cara apa pun (by hook or by crook), kamu akan dapat salinan kamu (seandainya menempah pada malam ini)," katanya.
Kata-katanya menggelakkan kira-kira 150 orang yang hadir untuk menghangatkan suasana dalam majlis pelancaran buku CARTOON-O-PHOBIA di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (SCAH), semalam.  Ramai aktivis sosial dan orang awam tampil untuk memberi sokongan, walaupun tiada buku dijual dalam majlis pelancaran buku ini.
Ia seolah-olah kartun untuk haramkan buku
"Ia jadi seolah-olah kartun untuk mengharamkan buku," kata Mohd. Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk melancarkan buku ini.  Beliau mengeluh bahawa kita kini hidup dalam suasana 30 atau 40 tahun terbelakang, kerana pengharaman buku hanya berlaku pada 20 tahun yang lalu.
"Kita tak pernah dengar, di negara Barat, kartun diharamkan.  Tak pernah sepanjang hidup saya nampak, apapun bentuk penyampaian kartunis diharamkan.  Tak pernah sebelum ini..." kata Nizar Jamaluddin (gambar kiri).
Beliau melanjutkan bahawa pengharaman buku tidak membawa makna, kerana pada zaman terkini, maklumat boleh didapati dengan mudah dari sumber lain, misalnya internet.  Justeru itu, pengharaman buku hanya akan mencungkil minat orang ramai untuk mengetahui kandungan yang cuba diharamkan itu.
Pemimpin PAS ini sempat menyindir sepupu Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri, kerana turut menyumbang untuk mempromosikan buku Zunar.  Malah, Nizar Jamaluddin mempersendakan kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana tindak tanduk ini mencerminkan "Cartoon-O-Phobia", bahkan Nizar mencadangkan supaya Wikipedia memberi definisi kepada istilah baru ciptaan tanah air ini.
Nizar Jamaluddin yang terpilih sebagai ahli parlimen dalam PRK Bukit Gantang pada April 2009 mengulas bagaimana hasil karya Zunar memupuk kesedaran generasi muda sejak pergerakan reformasi pada tahun 1998.  Beliau mengambil kesempatan untuk mengungkit apa yang berlaku di Perak, yang disifatkannya sebagai "kartun", kerana tidak masuk akal.
Malah, beliau sempat melontarkan kritikannya terhadap UMNO-BN, yang disifatkannya "sudah sampai akhir hayat".  "Hayatnya tinggal nyawa-nyawa ikan", Nizar mengambil contoh isu ahli parlimen Serdang-DAP Teo Nie Ching dikecam UMNO kerana masuk surau, kritikan bekas PM Mahahir Mohamad terhadap dirinya dan sebagainya, untuk menyatakan bahawa semua serangan UMNO-BN ini akhirnya akan menikam diri.
Cara Zunar menunjukkan jari hantu
Dalam ucapannya, Steven Gan memuji sikap Zunar yang tidak mahu mengalah.  Beliau berkata, "Mereka (kerajaan) telah mengharamkan tiga bukunya, nampaknya buku ini akan diharamkan kemudian.  Ini bukunya keempat yang bakal diharamkan.  Buku (baru) ini diterbitkan dalam masa beberapa bulan selepas bukunya diharamkan.  Ini merupakan cara Zunar untuk menunjukkan jari hantunya kepada autoriti, saya tak tahu..."
Malah, Steven Gan (gambar kiri) cuba membandingkan Zunar dengan seorang lagi kartunis yang terkemuka, Lat.  "...Zunar bukan Lat, beliau lebih hebat (better) daripada Lat," penilaian Steven Gan ini disambut dengan tepukan gemuruh.
Beliau lantas menjelaskan bahawa ia tidak bererti hilang hormat terhadap Lat, tetapi Lat dilihat lebih selesa dalam zon selamat-nya, sementara Zunar lebih berani untuk mengambil risiko, dan kadang-kala "tanpa jaring keselamatan di bawahnya".
Beliau yang sudah sekian lama berkecimpung dalam bidang media berkata, "Mungkin ia sesuatu perkara kecil untuk kamu letak Najib atau Mahathir di muka depan (buku).  Tetapi apabila kamu meletak seseorang yang nampak macam Rosmah (isteri PM Najib) di depan muka, kamu cari pasal sebenarnya."
sms daripada Zunar
Fazlina Rosley (gambar kanan) yang hadir ke majlis pelancaran buku memulakan ucapannya dengan merakamkan penghargaan kepada kawan, peminat dan penyokong Zunar.  "...Apalah kartun kan?  Kalau anak kita tanya, bapa kenapa kartunis, kan?  Macam rockers tu lagi rock.  Jadi, tanpa kalian semua, tanpa sokongan padu, career kartunis tu tidak dipandang tinggilah."
Fazlina Rosley membacakan sms daripada Zunar yang dihantar selepas ditangkap, "Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan.  Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun.  Mereka boleh kurung badan saya, tetapi mereka tak boleh kurung otak saya.  Saya bersedia tukar dari comic strip ke prison strip."
Sementara itu, kira-kira 20 orang polis mengawal di pintu masuk SCAH, malah dikatakan cuba menyekat kemasukan orang ramai ke dewan itu untuk seketika, sebelum tindakan ini dibantah aktivis sosial, Wong Chin Huat.
Menurut Wong Chin Huat, beliau menyatakan protesnya bagi pihak SCAH atas alasan bahawa sekatan tersebut "akan mengakibatkan pengurangan pendapatan bayaran parking".  Anggota polis yang mengawal di situ akhirnya mengalihkan kon sekatan, dan menafikan bahawa wujudnya sebarang sekatan mahupun halangan.

Monday, September 27, 2010

Ceramah Ust Idris Ahmad & Dr Raja Iskandar @Ku Is di Kpg Serdang

Semalam telah diadakan ceramah anjuran Pemuda PAS Kaw Lumut dgn kerjasama PAS Caw Kpg Serdang. Penceramah Jemputan ialah saudara Dr Raja Iskandar dan Ust Idris Ahmad

Ku Is, begitu berpotensi utk pimpinan masa depan


Ust Idris agak keletihan....

Antara muslimat2 yg hadir...ini gambar di awal program


Gambar yg dirakamkan diluar markas PAS Caw Kpg Serdang, Sitiawan


Dr Raja Iskandar...
Ust Idris Ahmad...
Kutipan derma dilancarkan....


Walaupun kesuntukan masa utk melaksanakan program ceramah ini, tapi saya kira ianya berjaya mendapat sambutan dari masyarakat setempat yg dahagakan program2 seperti ini.

Nik Aziz ucap takziah kepada Keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaiman

19 Syawal 1431H.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaiman, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang meninggal dunia di Hospital Al-Islam di Kampung Baru, Kuala Lumpur, petang ini.

Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilanggan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman ADUN itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan.

Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

"Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di Kota Bharu, hari ini.

Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu
dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam negara.

"Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya," katanya.

Allahyarham Che Hashim disegani ramai di Gua Musang

19 Syawal 1431H
M Faqih

GUA MUSANG, 27 Sept: Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu.

Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN.

Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa.

Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam.

”Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

Chek Hashim meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Keadaannya kritikal mulai jam 10 pagi tadi. Turut berada di sisinya ketika beliau mengembus nafas terakhir kedua-dua isterinya dan anak-anak.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan lima hari lalu. Arwah meninggalkan 12 anak dan dua isteri.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Kerinting, Gua Musang kira-kira jam 10 malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada PAS dan pemimpin yang sukar dicari ganti.

Katanya, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang kuat bekerja serta menjaga rakyatnya dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

“Saya yakin kematiannya memberi kesan terhadap rakyatnya di Gua Musang, khususnya di Galas sendiri,”ujarnya.

Menurutnya, sikap allahyarham yang pandai menyantuni rakyat dan kuat bekerja sehingga membolehkan PAS menang di Dun Galas pada pilihan raya umum lalu.

Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyifatkan PAS kehilangan mutiara berharga.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, allahyarham bekerja keras bukan sewaktu menjadi wakil rakyat, sebaliknya sejak mula aktif dalam parti politik.

Katanya, walaupun allahyarham berkhidmat tidak sampai sepenggal, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa rakyat Gua Musang.

“Dia merupakan bekas anggota exco Pemuda PAS Kelantan, arwah memang kuat bekerja untuk parti, rakyat dan kerajaan, al-Fatihah untuk allahyarham dan sekalung takziah dari kami untuk keluarga allahyarham,” ujarnya.

Friday, September 24, 2010

Eye on M'sia: Belajar dari kesilapan, kata PAS

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam diingatkan supaya belajar dari kesilapan dahulu sebelum meneruskan cadangannya untuk membeli sebuah roda gergasi baru dari Cina yang berharga RM7 juta.

Ketua Penerangan PAS Bukit Katil Melaka, Yusof Wahab berkata kerajaan negeri sepatutnya belajar dari kesilapan dahulu di mana Eye On Malaysia yang dibawa dari Kuala Lumpur akhirnya terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

"Sudahlah ia membazirkan duit rakyat jutaan ringgit, kini Eye On Malaysia yang menjadi lambang kegagalan kerajaan negeri tambah menyakitkan mata rakyat Melaka. Apakah kerajaan Malaysia mahu mengulangi kesilapan lalu dengan membeli sebuah lagi Eye On baru?

"Eye on Malaysia yang terletak bersebelahan tapak projek Marina Melaka, di muara Sungai Melaka hari ini benar-benar berserabut dan mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut. Ia kini bagaikan tapak pembinaan usang dengan sisa sampah dan kayu bertaburan di sana sini." kata Yusof dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya membelanjakan wang jutaan ringgit berkenaan bagi program-program yang memberikan manfaat kepada rakyat seperti program mengatasi masalah banjir; program meningkatkan kesedaran Islam di kalangan rakyat; program pendidikan dan sebagainya.
Menyakitkan mata

Beliau juga kesal dengan sikap lepas tangan kerajaan negeri yang membiarkan kawasan Eye On Malaysia menjadi tidak terurus dan menyakitkan mata.
Semalam media melaporkan bahawa khemah peniaga yang di kawasan tersebut semakin mereput sehingga menunggu masa sahaja untuk menyembah bumi. Pokok-pokok tumbuh meliar di celah-celah longkang di sana-sini.

Yusof juga berkata Eye On Malaysia yang sejak dari mula lagi didakwa akan menjadi gajah putih benar-benar memahatkan rasa sakit dan pedih di hati rakyat kerana bukan sahaja duit rakyat hangus begitu sahaja malah kini menjadi 'biawak hidup' yang membebankan mata rakyat untuk melihatnya.

Pada 8 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan syarikat Belgium, Fitraco NV, yang membekalkan buaian gergasi 'Eye On Malaysia', memasuki satu kawasan di Melaka dan memindah keluar buaian itu.
Hadapi pelbagai masalah

Pada 15 Sept, 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn Bhd selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang RM17 juta bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

MST adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007.

Roda itu telah dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Roda gergasi yang bertujuan untuk menarik perlancong ke negeri Melaka itu telah disita pada 7 Jan lalu dan operasinya terpaksa diberhentikan serta-merta.

Melayu terkebelakang jika Umno terus berkuasa


http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ytSZRNbPHvuapM:http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/9feb/mahfuz1.jpg&t=1Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.

"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno," kata beliau.

Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.

"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu," kata beliau.

Beliau menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.

Mahfuz mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.

"Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.

"Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?" beliau mengingatkan.

Orang-orang Melayu, katanya, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah.

Al Quran Bersuara (PenRead)


GAMBAR: Hubungan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group dengan pemimpin Umno.

Oleh: pria_malaya08

"Umno kononnya ingin menafikan hubungan mereka dengan pengerusi syarikat Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd..kononnya mereka tak pernah kenal dengan syarikat ini.. Mereka membuat isu kononnya kerajaan PAS mudah terpengaruh dengan syarikat penipu ni, PAS mudah terpesona dengan janji-janji manis syarikat ni..dan pelbagai lagi kutukan serta ejekan..seolah2, pemimpin dan parti mereka tak pernah berurusan dengan syarikat ini..



Di bawah, dipaparkan beberapa keping gambar menunjukkan hubungan 'rapat' pengerusi Syarikat I'DA World dengan kepimpinan Umno...pelbagai persoalan timbul bila kita melihat hubungan akrab pengerusi syarikat ini dengan pemimpin2 Umno seluruh negara...fikir2kan...























p/s: Lagi gambar menyusul...
 http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/gambar-hubungan-pengerusi-eksekutif-ida.html

Friday, September 17, 2010

SULTAN KELANTAN BAKAL BERGELAR SULTAN MUHAMMAD KE-V



Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah tanpa apa-apa gangguan.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari ini, Jumaat 17 September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijadual menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.

Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Berikut dilampirkan pindaan kedua yang telah dibuat ke atas Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) mengenai pemeliharaan taraf dan kedudukan ayahanda dan bonda Tuanku Muhammad Faris Petra.

Mengikut perancangan, butiran mengenai pindaan ini sepatutnya diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri pada 13 September 2010 sepertimana diumumkan sebelum ini.

Apa pun, beliau telah mengumumkannya di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010 jadi diharap tiada lagi apa-apa kekeliruan yang timbul, sama ada secara sengaja atau tidak, mengenainya.

Turut dilampirkan adalah laporan sebuah akhbar tempatan yang memaparkan cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan dengan secara negatif Kerajaan Kelantan di dalam isu penggantian seruan “Daulat Tuanku” dengan seruan “Allahu Akbar”.

Allahu Akbar.

(Peringatan: Gelaran Sultan Muhammad Ke-V kepada Tuanku Muhammad Faris Petra hanya akan berkuat kuasa dan boleh digunakan setelah pewartaan mengenainya selamat dibuat).

Wednesday, September 8, 2010

Bukti Kejahilan Agama Remaja Melayu Malaysia! Siasat siapa mereka ini?





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Muslimin dan Muslimat sekelian.


Salah satu tanda hampirnya Kiamat adalah bilamana umat Islam Akhirul Zaman mempersendakan atau buta terhadap adab dan peraturan hukum hakam agama mereka sendiri.


Kejahilan anak anak muda Melayu Malaysia sudah melangkau segala perbatasan tata susila dan golongan remaja sewel seperti di atas sudah terbukti dengan segala macam gejala songsang dan keruntuhan akhlak seperti terbukti didalam video diatas!


Jika di zaman Sayyidina Umar al Khattab, berlaku perbuatan kurang ajar dan biadap terhadap Zikrullah seperti dilakukan oleh anak anak muda remaja wanita di atas, bukan setakat penampar yang akan singgah pada wajah wajah mereka yang mempersendakan salah satu amal ibadah didalam agama kita tetapi saya yakin sudah dipancung setiap seorang dari iblis berwajah manusia di atas!


Anak anak siapakah ini?


Ada yang sorang tu siap membuat aksi nak termuntah bilamana kawan dia yang sebelah dok berzikir sambil melakukan aksi Dikir Barat Kelantan!


Terus terang saya katakan, saya terpaksa menahan amarah dan benci teramat sangat dimasa saya berpuasa apabila melihat kelakuan teramat biadap mereka ini yang nyata berbangsa Melayu tetapi perangai dan perlakuan mereka melampaui perbuatan biadap budak budak kaffir laknatullah!!!


Saya mohon barangsiapa yang kenal muka muka ini untuk menghubungi saya di emel mahaguru58@gmail.com untuk saya susuli dengan pihak jabatan agama.
Di petik dari mahaguru58.blogspot

Orang Kuala Kangsor main Moyam





Main Moyam di Kuala Kangsor

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Rayakan Syawal, Jangan Tentang Usaha Nabi SAW

Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SAW dengan menyebut ‘Allah Akbar, Allah Akbar, Allah Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut, “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah, “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan, “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri  kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.               

Salam Hormat,

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Saturday, September 4, 2010

Muka saya, bukan Guan Eng


BAGAN DATOH - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui gambar memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu itu adalah wajahnya yang telah diubah suai dengan teknik superimpose oleh UMNO.

Katanya, orang sekeliling yang ada dalam gambar itu ketika beliau menyembelih lembu berkenaan adalah sama, melainkan wajahnya telah ditiadakan dan digantikan dengan muka Guan Eng.

“Saya yakin gambar itu sengaja diubah oleh UMNO dan penyokongnya yang terdesak untuk mendapatkan sokongan masyarakat dan cuba memburuk-burukkan hubungan Pas dengan DAP.

“Mereka telah melakukan fitnah besar pada Ramadan ini dengan mengubah gambar itu untuk motif tertentu. Ini adalah kerja terdesak UMNO yang mahu merosakkan hubungan Pas dan DAP,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Masjid Aziziah, Batu 20 di sini, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gambar tersebar dalam internet yang memaparkan Guan Eng sedang menyembelih lembu.

Menurut Mohammad Nizar, perbuatan mengubah gambar itu dilakukan untuk memberikan persepsi negatif dalam kalangan kaum India supaya membenci Pas dan kaum Melayu membenci DAP.

Kata beliau, tujuan di sebalik tindakan itu juga supaya timbul perasaan saling benci-membenci antara kaum terhadap Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas dan DAP.

“UMNO tidak akan berjaya untuk menarik sokongan dengan cara sedemikian, malah mereka akan kehilangan lebih ramai pengikut disebabkan tindakan itu.

“Saya rasa orang jauh lebih benci kerana orang UMNO sendiri akan tahu gambar itu dibuat oleh penyokong mereka. Itu akan memberikan timbal balas kepada UMNO kerana dalam bulan Ramadan mereka tergamak buat cerita seperti itu,” katanya.:

Beliau berkata, kejadian mengubah suai gambarnya pernah dilakukan sebelum ini bersama penari bogel Siam ketika bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pembanci belum terima bayaran

GREENTOWN – Seramai 50 pembanci yang bertugas secara kontrak di kawasan Manjoi, Jelapang dan Taman Meru mendakwa belum menerima bayaran gaji sejak memulakan tugas dari 28 Jun hingga 22 Ogos lalu.

Nazirah Mohamad Sham, 23, mendakwa, dia dan rakan sepatutnya menerima bayaran setiap 5 hari bulan sebagaimana dijanjikan dengan kadar RM35.73 sehari termasuk Elaun Sara Hidup (Cola) dan perkhidmatan.

“Ketika menerima tawaran bekerja sebagai pembanci secara sambilan ini, kami hanya diberikan Dokumen 37 Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang mencatatkan jumlah gaji harian serta elaun yang patut dibayar.

“Bagaimanapun, tarikh bila bayaran gaji akan dibuat tidak dicatatkan dalam dokumen itu, sebaliknya pihak berkenaan hanya memberikan janji lisan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Nazirah berkata, dia dan rakan yang bekerja sebagai pembanci sudah bertemu dengan Penghulu, Penyelia dan Penolong Pesuruhjaya Banci Kinta pada 11 Ogos lalu untuk menyatakan masalah pembayaran gaji.

“Dalam perjumpaan itu, kami dijanjikan bahawa empat atau lima hari lagi kami akan menerima gaji, tetapi sehingga kini hanya tinggal janji.

“Sebelum ini, kami pernah berjumpa dengan wakil Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Perak (JANM) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), mereka mendakwa tidak menerima sebarang baucer pembayaran gaji untuk dibayar kepada pembanci,” katanya.

Seorang lagi pembanci, Mohd Faizal Abu Basah, 39, berkata, dia menghubungi rakannya di Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor berhubung pembayaran gaji.

“Mereka memaklumkan sudah menerima bayaran masing-masing. Macam mana kami di sini belum menerima satu sen pun,” katanya.

Mohd Faizal berkata, kebanyakan pembanci hanya berharap dengan wang gaji itu memandangkan mereka yang memikul tugas itu adalah pelajar lepasan sekolah dan menganggur.

Dia berharap Jabatan Perangkaan Negeri dapat menyelesaikan masalah itu sebelum sambutan Aidilfitri.