TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, May 31, 2010

Nasib 2 wartawan, 6 relawan M'sia belum diketahui



Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini.

ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman yang merupakan berkata, lapan rakyat Malaysia itu terdiri daripada enam sukarelawan dan dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Dr Abd Rani yang kini berada di Instanbul juga mengesahkan melalui SMS kepada Malaysiakini bahawa 16 terkorban dan enam kapal yang diserang itu kini dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Konvoi Gaza: PAS desak PBB, OIC bertindak segera

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 5 Jun ini.
Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.
Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.
"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.
PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.

Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel

17 Jamadil Akhir 1431H.

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Malaysiakini/-

Judi rosakkan Negara, DAP Perak mencabar Zambry nyatakan pendirian lesen judi bola


 (Gambar ) : DAP PERAK mencabar Zambry menyatakan pendirian rasmi UMNO dalam perkara lessen judi bola dan jangan terus membisu seribu bahasa. Barisan depan, Nga Hock Cheh, Lim Pek Ha, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, V Sivakumar dan Chen Fock Chye.


(Ipoh 31-5-20100)

Demi membela kepentingan masyarakat dan menjaga keharmonian institusi keluarga, DAP Perak hari ini mencabar Kerajaan Negeri Perak pimpinan UMNO menyatakan pendirian rasmi terhadap pengeluaran lesen judi bola yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Bin Tun Razak.



DAP mengecam sikap Menteri Besar Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir yang sehingga kini masih memilih untuk membisu seribu bahasa dalam isu ini walaupun menerima bantahan dari pelbagai pihak .


Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menegaskan sikap UMNO yang meluluskan aktiviti perjudian bola terbukti jelas UMNO  kini sudah menjadi sebuah parti politik yang hipokrit dan tidak berprinsip.


“UMNO kononnya mendokong Islam, tetapi menggalakkan judi bola, sudah tiba masa masyarakat insaf dan menilai semula parti sedemikian.” DAP berkata.


Negeri PAKATAN RAKYAT larang judi Bola


Nga Kor Ming menegaskan bahawa 4 negeri kerajaan PAKATAN RAKYAT, iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor telah membuat keputusan muktamad menghalang aktiviti perjudian bola yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan rapat dengan Berjaya Corporation. Kerajaan Tempatan termasuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga telah memutuskan supaya tidak akan membenarkan sebarang lesen dikeluarkan kepada mana-mana pihak untuk bangunan mereka dijadikan pusat judi bola.


Nga berkata, adalah dijangka jika perjudian bola dihalalkan, jumlah wang judi yang akan dikutip adalah dianggarkan sebanyak RM9 billion setiap tahun, kegiatan sedemikian akan memberi impak negetif yang besar kepada masyarakat dan membawa kesan sampingan yang buruk kepada keluarga khususnya kepada generasi remaja yang merupakan harapan Negara.


“ Sekarang judi bolasepak, barangkali waktu depan judi badminton, judi hoki, judi tennis semua boleh judi, bayangkanlah akibatnya.”


Nga Kor Ming berkata sedemikian pada satu siding akhbar hari ini di Ibu Pejabat DAP Negeri Perak. Turut hadir sama adalah Pengerusi DAP PERAK, Dato Ngeh Koo Ham, Pengarah Biro Guaman Negeri, Nga Hock Cheh, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk ADUN kawasan Menglembu, Lim Pek Ha, ADUN Tronoh, V Sivakumar, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam, ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, ADUN kawasan Canning, Wong Kah Woh dan ADUN Keranji, Chen Fock Chye.


Nga berkata, kerajaan persekutuan memberi alasan pengeluaran lesen judi bola bertujuan untuk mengawal kegiatan judi haram dan ia bertujuan menambah hasil cukai kerajaan RM500 juta setahun. “Dalihan-dalihan sedemikian adalah jelas meleset. Kita lihat kegiatan judi nombor empat ekor, setelah dihalalkan, adakah ia kini berjaya menghapuskan sindiket perjudian bawah tanah? Adakah kerajaan BN kini sudah hampir muflis dan oleh itu terpaksa bergantung kepada hasil cukai judi untuk membangunkan Negara?” Beliau berkata.


Sebuah masyarakat yang ketagih judi adalah sebuah masyarakat yang tidak mempunyai daya saing dan produktiviti, ia juga menjejaskan falsafah pendidikan Negara yang bertujuan mendidik modal insan yang bermoral. DAP mencabar Dato Seri Zamry menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri Perak atas soal judi bola dalam tempoh terdekat kerana sikap membisu seribu bahasa menampakkan sikap Zamry yang tidak bertanggungjawab dan jelas terbukti pimpinan tanpa hala tuju.

Thursday, May 27, 2010

Sehari bersama Dato' Seri Nizar Jamaluddin

Dato' Seri Nizar menyampaikan tazkirahnya di surau MADAH fasa 1, Seri Manjung.
Jamaah surau khuyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dato' Seri Nizar.
Dimana-mana pun Dato' Seri Singgah pasti ada mesej Islam yang disampaikan.
Sebelah petangnya Dato' Seri Nizar membuat lawatan dan menerima aduan penduduk India di Jalan Kampung Acheh. Mereka mengadu berkenaan Simpang masuk ke kampong mereka yang merbahaya dan perlu sedikit pengubahsuaian oleh JKR atau Majlis Perbandaran Manjung. Dato' Seri Nizar berjanji akan cuba menghubungi Pejabat Daerah bagi tujuan membantu mereka.
Dato' Seri Nizar sedang memberi perhatian mendengar aduan dari penduduk mengenai masalah yang mereka hadapi.
Pemimpin dan rakyat duduk semeja untuk membincangkan untuk menyelesaikan masalah.

Wednesday, May 26, 2010

Dato' Seri Nizar ke Ladang Sungai Wangi, Bahagian Satu bertemu rakyat.

Dato' Seri Nizar di sambut oleh Penduduk ladang Sungai Wangi Bahagian Satu dalam Program Melawat Kawasan Pasir Panjang Tengahari tadi.
Seorang Warga emas mengadu kakinya sakit kepada Yang Berhormat Dato' Seri Nizar.. ADUN Pasir Panjang.
Melawat kawasan yang dimenanginya dan bertanya khabar mengenai masalah rakyat.
Dato' Seri Nizar berjalan kaki dari rumah ke rumah di kawasan ladang Sungai Wangi Bahagian Satu.
Banyak susah Dato' Seri.....!!! Gaji kecil...anak sekolah....api air .....potong juga,,, Tolonglah Dato' Seri...!!!
 Saya punya anak OKU dapat bantuan kebajikan,....saya warga emas tak dapat....camna yer.???
 H.A.....Tengok saya punya BP camna????
Bp Ok...... Dato' Seri.....

Pagi tadi, Dato' Seri Nizar berkesempatan mengadakan lawatan singkat ke atas penduduk Ladang Sungai Wangi , Bahagian Satu dalam kawasan Panjang. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan yang sangat minima. Dengan gaji yang sedikit, mereka terpaksa menampung sara hidup dan menyekolah anak-anak mereka. Di atas keperihatinan Dato' Seri Nizar sebagai wakil rakyat, beliau bersetuju untuk memberi sedikit subsidi tambang bas sekolah kepada anak-anak pekerja ladang yang kebanyakannya bersekolah di Pekan Ayer Tawar. Dengan kedatangan Dato' Seri Nizar ke kawasan  mereka, mereka sangat berbesar hati dan sekurang-kurangnya dapat mengetahui masalah mereka dan menyelesaikannya.

Terkini : Harga Minyak Naik Esok?



Oleh Dzulkarnain Taib & Fazli Othman


Rakyat Malaysia dijangka akan terus dibebankan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengurus kewangan negara dengan telus apabila Kabinet dikatakan akan meluluskan pemotongan subsidi ke atas barangan keperluan asas dalam mesyuarat Kabinet esok.

Pemotongan subsidi bermakna harga barangan tersebut akan melonjak dan antara barangan asas yang disebut-sebut akan terbabit dalam kenaikan harga termasuk petrol yang bakal dinaikkan daripada RM1.85 seliter kepada RM2.00 dan gula daripada RM1.75 sekilo kepada RM2.00.

Mesyuarat mingguan Kabinet esok dijangka akan membincangkan serta meluluskan usul mengenai pemotongan rejim subsidi ke atas beberapa keperluan asas termasuk minyak, gas asli, gula, tepung dan tol lebuh raya.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata beliau menentang sebarang kenaikan harga kerana yang terpaksa menanggung beban adalah golongan pekerja berpendapatan rendah.

"Isu menaikkan harga keperluan ini bukan isu baru dan ini bakal menjejaskan kepentingan orang ramai.Sebab itu saya sebagai Presiden MTUC menentang kenaikan harga barang keperluan asas ini.

"Pendapatan pekerja swasta dan kilang masih lagi di takuk lama dan jika diteruskan akan menjejas kehidupan harian mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan.
Mohd Yusof Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan kerana ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bawahan.

"Masyarakat mengharapkan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barang keperluan kerana ekonomi masih dalam keadaan tidak menentu.
"Salah satu alasan kerajaan adalah untuk mengurangkan subsidi yang ditanggung dan menyerapkan kos tersebut kepada rakyat.

"Tindakan kerajaan ini akan dipersoalkan oleh rakyat kerana kita tahu banyak dana awam telah digunakan secara yang tidak berhemah," ujar Mohd Yusuf
Menurut beliau, jika rakyat gagal diberitahu oleh kerajaan tentang mengapa kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah.

"Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan rakyat terdiri daripada rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 dan ini sudah tentunya membebankan mereka.
"Kita khuatir akan kesannya kerana implikasinya pasti menyeluruh dan akan menyebabkan kenaikkan kepada perkhidmatan dan barangan yang lain.

"Dasar Fomca menyokong pengurangan subsidi kepada barangan asas secara beransur-ansur tetapi hendaklah tidak membebankan rakyat," kata beliau ketika dihubungi.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini dan menunggu hasil mesyuarat Kabinet esok.

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 23 Oktober tahun lalu memperlihatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan Umno-BN melaksanakan belanjawan secara berimbang.

Ini dapat dilihat melalui cara Umno-BN membelanjakan wang rakyat. Takkala negara bergelut dengan masalah ekonomi dan keperitan hidup rakyat yang semakin menekan, Najib pula menganugerahkan RM100 juta kepada Program Permata, projek kegemaran isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tindakan ini seolah-olah membelakangkan hakikat bahawa hutang negara telah meningkat dengan mendadak kepada RM362.5 bilion pada tahun 2009.
Bagi menangani publisiti negatif terhadap kerajaan daripada tindakan Najib ini, Umno dikatakan telah mengadakan siri penerangan kepada ahli parti itu diperingkat cawangan dan bahagian baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut seorang ketua cawangan Umno di Shah Alam tindakan menaikkan harga barangan keperluan asas akan mejnadi sebab kepada kekalahan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kami diminta memberi penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak, gula, tepung dan sebagainya. Macam mana nak cakap kepada rakyat sebab kami pun tak setuju.

"Kalau macam ni caranya saya rasa Umno akan kalah pada pilihan raya nanti sebab rakyat akan marah dan semakin susah," kata beliau.

suara-keadilan

Penyelesaian Isu Tanah Milik KTMB Dengan Singapura Mesti Telus - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim Kenyataan Media
PETALING JAYA: Kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan. Kita hargai kepentingan hubungan antara kedua negara ini terutamanya menyangkuti bidang ekonomi dan pelaburan serta usaha berterusan bagi menyelesaikan isu berbangkit.
Namun demikian kita bertegas penyelesaian itu harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.

Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam.
Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” agak mengejutkan kerana setahu saya beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.
Kenyataan bersama Dato’ Seri Najib Razak kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara; Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan.
Kita gusar kerana persefahaman yang dipersetujui YAB Perdana Menteri itu dibuat serta diumumkan dengan tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ini bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan kerajaan sebelum ini.
Tanah diserah kepada M-S Pte Ltd
Sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun dari kenyataan tersebut terdapat kemungkinan besar kepentingan-kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain.
Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu; samada di Marina South dan/atau Ophor Rochir, tidak menandingi nilai tanah milik KTMB itu. Apa yang lebih membimbangkan pembabitan Khazanah hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.
Kita tuntas mempersoalkan kebijaksanaan keputusan Kerajaan Malaysia kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik. Berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu?
Kita juga menggesa pentadbiran Dato’ Sri Najib untuk segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa Points of Agreement(POA) di antara Kerajaan Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di Singapura.
Kita juga mahukan penjelasan samada Dato’ Sri Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, menteri kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet.
Selain itu kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura? Kita menggesa Dato’ Sri Najib untuk membentangkan kertas laporan di sidang parlimen pada bulan Jun ini.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Tuesday, May 25, 2010

Blogger UMNO Kata Najib Penjahanam, Penderhaka Kerana Gadai Tanah Kat Singapura


Semalam, satu khazanah sentimental negara, Stesen Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar digadaikan Najib Stupid pada Singapura. Ramai pihak membantah..bahkan dilihat tindakan Najib sama macam tindakan Sultan Hussein yang memberikan Singapura pada Stamford Raffles. Buat Raja-raja Melayu, bertindaklah dan minta Najib stupid tu terangkan secara jelas, kenapa tanah negara kita di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah diserahkan kepada Singapura?
Tindakan Najib yang hina ini telah dikritik secara terbuka oleh pemimpin PR, blogger pro pr dan juga termasuk blogger pro UMNO. Beberapa blogger UMNO ada yang melawan tindakan najib perompak yang gadai tanah kat Singapura dengan menyatakan Najib bodoh, pengkhianat, penderhaka, penjahanam..bahkan ada yang ramalkan BN akan kalah dalam Pilihanraya Umum yang akan datang dan Najib sendiri akan jadi pembangkang. Juga ada blog UMNO dengan sinis nyatakan Slogan 1Malaysia yang Israel Apco ciptakan bermakna, Malaysia tidak ada apa-apa lagi yang ditinggalkan untuk generasi akan datang, melainkan angka satu semata-mata
...tapi ada juga blogger picisan UMMO yang diam membisu..misalnya papa gomo dan house pk..langsung tak kutuk Najib, hanya kutuk anak Samy Vellu sahaja yang dilaporkan menyatakan UMNO punca keretakkan MIC. Inilah rangkuman beberapa blog umno yang jelas melawan arus dengan mengutuk presiden mereka sendiri.

Sumber 1 : blog Cucu Tok Selampit
Monolog III:
Apa lagi yang boleh diberikan Malaysia, akan berikan. Ya, Malaysia memang sebuah negara yang berbudi bahasa. Hak sendiripun hendak "digadaikan" kepada negara asing. Terbaru, 24 Mei 2010, Kerajaan Malaysia dengan bermurah hati telah menyerahkan hakmilik dan maruah negara kepada negara jiran, Singapura. Hari ini, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah menyerahkan kedaulatan dan hakmilik tanah yang dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia di Tanjung Pagar kepada Singapura.
Gula-gula apakah yang diberikan oleh Kerajaan Singapura sebagai ganjaran menyerahkan tanah landasan keretapi yang telah direbutkan lebih dari dua dekad ini? Kenapakah penyerahan bersejarah ini tidak mendapat liputan besar-besaran di akhbar-akhbar tempatan? Apakah kehilangan harta negara ini tidak mendapat tempat di Malaysia, sedangkan akhbar The Straits Times Singapura menyiarkan sebagai berita utama dan pemimpin serta rakyat Singapura telah berpesta dengan kemenangan ini.
Walaupun kedua-dua Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan jirannya DS Najib Razak telah mengumumkan bahawa tanah yang "dirampas" oleh Singapura di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan tiga di Bukit Timah akan digantikan dengan tanah yang sama nilainya di Marina South dan sekitar Ophir-Rochor, bolehkah rakyat Malaysia percaya dengan Kerajaan yang "baik hati" yang telah menyerahkan hak milik negara kepada kuasa luar. Sejarah telah membuktikannya dan tidak mustahil ianya akan berulang dan berulang.
Sumber 2 :
Walau apa pun alasan, walau apa pun strategi, walau apa pun kebijaksanaan yang cuba ditunjukkan, bahkan walau apa pun faedah yang diperolehi oleh rakyat Malaysia secara langsung atau tidak langsung, Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-6 telah melakukan kesalahan yang sangat besar kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA dalam tempoh singkat dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kesalahan Najib Abdul Razak jauh lebih besar berbanding kesalahan Anwar Ibrahim yang menjemput dan memanggil Zionis yang bertopengkan Bank Dunia dan IMF menguasai dasar kewangan negara pada 1997-98 dulu. Kesalahan Najib Abdul Razak jauh lebih besar berbanding kesalahan Abdullah Badawi membiarkan anak menantu menguasai harta negara, pentadbiran dan pembuat keputusan. Malah Najib Abdul Razak melakukan kesalahan yang jauh lebih besar berbanding Hussein Onn yang tidak ada sebarang daya dan ikhtiar untuk mengeluarkan Malaysia daripada jerutan inflasi 1978-1980.
Najib Abdul Razak telah menyerahkan tanah atau kawasan Malaysia kepada negara lain untuk ditukarkan sebagai barang dagangan! 271 hektar tanah di Singapura diserahkan kepada Kerajaan Keluarga Lee Kuan Yew yang sudah membuat tuntutan semenjak 1965 dengan topeng usahasama syarikat yang hanya akan ditubuhkan menjelang 31 Disember 2010. 271 hektar tanah tersebut akan mula dibangunkan pada 1 Julai 2011.
Ini kerosakan yang sangat besar kepada Malaysia. Seandainya Najib Abdul Razak boleh berkompromi untuk keuntungan korporat dengan menggadaikan sempadan dan asset negara, maka tidak mustahil kemasukan pendana-pendana yang mempunyai proposal lebih menarik berbanding yang ditawarkan oleh Singapura akan menarik minat Najib Abdul Razak.
Selepas menghadiahkan lesen judi kepada syarikat yang pengerusinya memang mencari jalan untuk rapat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Najib hadiahkan pula harta negara kepada negara lain. Alasan yang diberikan, Singapura akan menggantikan tanah seluas 271 hektar dengan tanah di dua kawasan lain, hanyalah mekap dan aksesori untuk menyedapkan telinga rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli UMNO yang sentiasa menyokong dan membenarkan perlakuannya.
Dan semuanya dilakukan secara 'senyap-senyap' dan berusaha disenyapkan sehinggalah maklumat tersebut bocor secara tak sengaja!
Adakah Slogan 1Malaysia yang Najib Abdul Razak ciptakan bermakna, Malaysia tidak ada apa-apa lagi yang ditinggalkan untuk generasi akan datang, melainkan angka satu semata-mata? Segala sembang dan kempen Najib Abdul Razak dan pasukannya selama ini, rupa-rupanya mempunyai matlamat terselindung yang berasaskan kepada keuntungan yang lain.
Nyata harapan tinggi yang diletakkan kepada Najib Abdul Razak, dihampakan dan digelakkan sahaja oleh anak bangsawan Pahang ini. Secebis harapan buat orang Melayu Singapura menerusi pemilikan tanah Malaysia di pulau tersebut, telah dihancurkan oleh Najib Abdul Razak yang melihat pendapatan besar adalah segala-galanya. Kejayaan yang dilihat oleh Najib Abdul Razak ialah menjual setiap kepingan Malaysia atas nama pelaburan.
Mungkin ada baiknya Najib Abdul Razak belajar daripada Gerakan BENDERA di Indonesia yang tidak rela walau seinci tanah negara mereka diambil atau diserahkan, sekalipun mereka akan makan sampah untuk hidup sehari-hari.
Suka atau tidak suka, Najib Abdul Razak dan pasukan penasihatnya serta pasukan yang menyertainya berunding di Singapura untuk penyerahan hak milik Malaysia kepada anak Lee Kuan Yew, adalah PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA, sama ada kepada rakyat Malaysia sekarang, mahupun kepada generasi akan datang.
Anda tanyalah kepada diri anda sendiri sama ada layak atau tidak, Perdana Menteri seperti Najib Abdul Razak dan pasukannya dibiarkan terus menjadi PENJAHANAM di Malaysia?
Sumber 3 : Din Turtle
Geram!!
NAJIB - ANDA TELAH MENGECEWAKAN ORANG MELAYU !!
YOU FAILED MISERABLY AS OUR LEADER !
UMNO - JIKA TERUS BERDIAM DIRI, ANDA TIDAK MUNGKIN JADI JUARA RAKYAT APATAH LAGI SEBAGAI JUARA MELAYU ! ANDA JUARA TOILET BOWL... TEMPAT CINA KENCING !
NAJIBowl - Pengkhianat Melayu !
Sumber 4 : Blog Penah Miang
Assalamualaikum. Aku benar-benar tak boleh terima dengan keputusan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang memutuskan untuk memindahkan Stesen Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar, Singapura ke Woodlands Train Checkpoint (WTCP) pada 1 Julai 2011.
Pada pendapat aku tidak ada sebarang masalah kedudukan Stesen Keretapi Tanah Melayu berada di Selatan negara Singapura tersebut kerana selama ini pun, para penumpang yang menaiki Keretapi dari Kuala Lumpur ke Singapura tidak banyak bersungut apabila tiba di Stesen Keretapi Tanjung Pagar. Perdana Menteri Najib Tun Razak seharusnya mengetahui bahawa Stesen Keretapi Tanjung Pagar itu mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri bukan sahaja kepada pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad, tetapi juga, seluruh warga Malaysia. Ini kerana Stesen Keretapi Tanjong Pagar itu menjadi saksi bahawa Singapura itu pernah menjadi sebahagian dari TANAH MELAYU suatu ketika dahulu.
Ingatlah wahai Perdana Menteriku, Malaysia sudah beberapa kali beralah dengan negara Temasek ini. Dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah sekarang, aku tidak melihat sebarang perjanjian yang kita adakan dengan mereka, menyaksikan situasi MENANG-MENANG, sebaliknya KALAH-MENANG, yang mana pihak yang Menang itu adalah SINGAPURA, dan yang Kalah itu ialah MALAYSIA. Perdana Menteri terdahulu Dr. Mahathir Mohamad begitu tidak berkompromi dalam apa jua perjanjian dengan Singapura. Walaupun telah berkali-kali Singapura mengajak Malaysia berunding bagi memindahkan Stesen Keretapi berkenaan, Mahathir tetap dengan pendirian, Stesen Keretapi Tanah Melayu Akan Terus WUJUD DI TANJUNG PAGAR, SINGAPURA!!!!
Kini dengan hanya beberapa tahun dalam Pentadbiran, Najib Razak telah membuat keputusan yang aku rasa SALAH dan bakal memberikan impak kepada pemerintahannya tidak lama lagi. Kepada Najib Razak dan Barisan Nasional, ingin aku nasihatkan, bersedialah KALIAN untuk masuk ke dewan Parlimen sebagai PEMBANGKANG pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan  tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.
Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS tetap berpendirian bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi," katanya.

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

"Kita tidak tahu apa yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.

"Ini bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya lagi.

Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew.

Jenazah Setiausaha PAS Grik Selamat dikebumikan


Satu kehilangan besar kepada PAS Kawasan Gerik dan PAS Perak apabila kembalinya ke Rahmatullah Setiausaha PASnya, Hj. Ahmad Damanhuri bin Din pada jam 4.45 petang semalam di Ipoh.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Jamek Grik dengan dihadiri kira-kira 500 orang sahabat handai dan keluarga beliau pada jam 11.30 malam tadi. Selepas itu ianya dikebumikan ditanah perkuburan berdekatan.






Semua Allah menempatkan rohnya bersama roh orang yang soleh, al Fatihah...

Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir berkenaan Judi bola


Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom
Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi.


Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya.

Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang.


Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.

Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut.

Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’

Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya.

Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini?

Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA
Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK

Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

TAMRIN TUN GHAFAR

Sk :

~Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
~Kebawah DYMM Raja Raja Melayu
~YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
~YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
~Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
~Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
~Mufti Mufti
~Media Cetak dan Elektronik

UMNO lakukan Pembunuhan Politik terhadap MIC - S. Vell Paari A/L Samy Vellu

 KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.

''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.

''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?

''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.

Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.

Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.

''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.

Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.

''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.

Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.

Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.

Monday, May 24, 2010

Pelajar Tadika Ladang Sungai Wangi dapat Sumbangan dari ADUN Pasir Panjang

Puan Gandhimathi menerima sedikit sumbangan dari Pegawai Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang, Encik Hamidun Ahmad di Sekolah Tadika Tamil Ladang Division 1, Sungai Wangi untuk membeli pakaian bagi kegunaan para pelajar. Kebanyakan dari pelajar adalah anak-anak pekerja ladang tersebut yang mana ibu bapa mereka adalah terdiri dari golongan yang miskin. Ladang ini adalah di bawah pengurusan Sime Darby Berhad. Dengan sumbangan yang disalurkan dari ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Nizar dapat meringankan beban ibu bapa pelajar menyediakan pakaian bagi anak-anak  mereka.
Keadaan para pelajar Tadika Tamil Ladang Division Satu Sungai Wangi dalam kawasan Pasir Panjang. Encik Hamidun selaku Pegawai Pusat Khidmat  ADUN Pasir Panjang berpeluang bersama-sama dengan para pelajar di dalam kelas mereka.

Bergambar bersama-sama para pelajar dan guru Tadika Tamil Ladang Division Sungai Wangi. Tadika begini sepatutnya diberi perhatian dan dibantu agar golongan ini tidak tercicir pendidikan mereka.

Sunday, May 23, 2010

1 MALAYSIA... BOLA......Judi....




Firman Allah Surah al Maidah : 90

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (المائدة : 90 )

90. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Realiti yang berlaku didalam kehidupan………

PAS sedang menyatupadukan semua kaum- Abdul Hadi

Hazayani Zakaria, FOTO: Shukri Mohamad KLANG, 23 Mei:
Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS DHPP membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila membenarkan orang bukan Islam menjadi calon PAS bertanding pilihanraya.

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timbalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

PAS timbang lantik bukan Islam sebagai senator

G. Manimaran
KLANG, 23 Mei: PAS kemungkinan akan melantik orang bukan Islam sebagai anggota Dewan Negara sebagai iktirafan tambahan kepada pemilihan mereka sebagai calon pilihan raya, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.
PAS sedang mempertimbangkan perkara tersebut selepas ia meletakkan calon bukan Islam dalam pilihan raya umum 2008.
Selepas ini kata beliau, PAS akan membolehkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya.
“Kita akan membuka lembaran baru dalam politik negara ini,” kata beliau pada majlis pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di sini hari ini.

Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian merupakan penasihat dewan itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata,
ahli-ahli PAS tidak harus melihat Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dilancarkan hari ini sebagai entiti berasingan dengan memisahkan anggota sayap baru sebagai “orang lain.”
“Saya minta ahli-ahli PAS supaya jangan pisahkan kita orang PAS, anda bukan orang PAS.
“Dewan Himpunan Penyokong PAS ini baru lahir, jadi ahli-ahli PAS tolonglah bimbing mereka (ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS),” katanya.
Ia dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar).
Sayap baru ini lahir dengan keputusan PAS menaikkkan taraf Kelab Penyokong PAS yang wujud sejak 2004 dengan keahlian hampir 20,000 orang.
-malaysianinsider-

Kedah utuh, media jangan sebar penipuan Umno


Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususny daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.

Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.

Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.

Semua mereka melahirkan rasa “tertekan” kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.

Sehubungan dengan itu, mereka berkata selepas penjelasan yang diberikan, mereka tidak akan melayan sebarang soalan lagi berhubung perkara berkenaan.

“ “Sorry-lah … jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat , saya akan letak telefon,” kata Tan yang diberi peluang pertama menyatakan pendiriannya.

“Jika anda tanya benda yang sama berulang kali, orang tak mahu dengar-lah, sama seperti pecah rekod, berapa kali perlu saya cakap yang saya tak akan lompat?” katanya.

Manikumar pula yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

“Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar,” katanya.

“Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita,” katanya.

Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.

“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

“Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.

“ Ini cerita lama kerana Bn tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pembangkang, “ kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke natas mereka yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”

Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai kaedah yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.
-malaysiakini-

Saturday, May 22, 2010

Judi haram biarpun berlesen

 
Ekmal Yusof   
KUALA KANGSAR, 22 Mei: Pejabat Agama Islam Perak difahamkan turut membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia yang kan berlangsung Jun ini.

Dalam satu risalah yang diedarkan kepada masyarakat di sini, merayu kepada masyarakat supaya tidak terkeliru dengan tindakan kerajaan kerajaan BN dan menegaskan bahawa judi tetap haram dalam apa juga keadaan.

Risalah bantahan tersebut telah pun diedarkan keseluruh masjid dinegeri ini yang menyatakan bahawa judi bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung Jun ini, itu adalah tetap hukumnya haram walaupun ianya diberi lesen oleh kerajaan BN.

Inaya turut dibaca oleh khatib, ketika menyampaikan khutbah Jumaat semalam.

”Umat Islam dinegara ini jangan terkeliru iaitu bahawa judi bola itu adalah tetap haram tiada alasan untuk meluluskanya walaupun diberi lesen oleh kerajaan.”

Menurut khatib, kerajaan digesa kembali kepada ajaran Al-quran dan Hadis jika hilang punca tentang menentukan sesuatu hukum.

”Bahawa jika kita tengelam punca tentang hukum maka berbaliklah kepada Al-quran dan hadis maka didalamnya dengan terang dan nyatakan menyatakan dengan apa alasan sekali pun judi bola sepak Piala Dunia dan judi-judi yang lain adalah tetap haram disisi hukum Allah.

Menurutnya, tiada satu pun hukum dunia atau manusia didunia ini yang boleh menghalalkan sebarang perjudian kerana ianya adalah dikutuk dan dilaknati Allah.”

“Kerajaan kita adalah dikatakan sebuah negara maju dan kaya dengan kewangannya maka tidak semestinya bergantong harap kepada wang judi.

"Ia sekaligus menjerumuskan ramai orang menjadi kaki judi bola sehingga kehidupan menjadi papa.

Khutbah itu semalam juga trut menasihatkan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akar menilai kembali kelulusan yang telah diberi kerajaan itu.

Pak Lah: Judi bola tak dapat diterima

http://4.bp.blogspot.com/_C1EPAkx1iC8/RmZNjipt5LI/AAAAAAAABpE/i0PH5PlgFxg/s400/pm-rasmi.jpgKerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai cubaan menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam, Abdullah berkata perkara itu perlu dibendung.

"Saya harap tak ada orang yang ikut dan percaya dengan kata-kata bekas pengikut kumpulan itu," katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bekas pengikut kumpulan itu mendakwa pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya, yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas, kononnya cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

- Bernama

Demo bantahan Lesen Judi di Masjid Negeri Ipoh














Selepas solat jumaat 21 Mei 2010, kira-kira 1000 orang telah berhimpun di perkarangan masjid negeri Perak, Ipoh membantah cadangan kerajaan untuk meluluskan lesen judi bola piala dunia. Beberapa pimpinan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) telah menyampaikan ucapan dan memohon agar pemerintah Barisan Nasional membatalkan hasratnya untuk memberi lesen kepada syarikat yang dicadangkan. Jangan jadikan Malaysia tempat kegiatan judi yang menggalakkan rakyat untuk berjudi. Himpunan petang itu terpaksa dipendekkan, kerana pihak polis tidak membenarkan ucapan dari mereka yang berkenaan diteruskan. Diakhir himpunan tersebut, Replika piala dunia yang ditampal dengan simbul judi telah dimusnahkan oleh mereka yang hadir dengan memijak-mijak replika tersebut sebagai tanda protes tidak menyukai amalan judi dan tidak memberi lesen kebenaran berjudi sebagai galakan kepada syarikat-syarikat berkenaan . Semua peserta himpunan telah bersurai setelah protes dan bantahan melalui ucapan pemimpin diluahkan.