TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Thursday, November 26, 2009
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang Beri Bantuan kepada Puan Veeni A/P Arjunan dan 7 Anaknya yang ditinggalkan suami.
Puan Venni A/P Arjunan yang telah ditinggalkan suaminya 5 tahun dahulu menghadapi kesusahan hidup bersama 7 anaknya di Kampong Pundut dalam kawasan Pasir Panjang. Beliau terpaksa mengharungi hidup dengan bekerja sebagai Cleaner di pekan Lumut untuk mendapatkan sedikit wang. Suaminya yang menghilangkan diri, membiarkan Puan Venni bersama anak-anaknya. Beliau terpaksa menyewa rumah dengan pendapatan yang ada dan berbelanja dengan kadar yang minimum. Kesusahan yang ditanggung keluarga ini mendapat perhatian Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang.Petang semalam, 25 Nov 2009 satu majlis gotong royong membersihkan kawasan keliling rumahnya telah dilakukan oleh jiran-jiran dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terhadap perhatian jiran dan Pusat Khidmat Dun mengenai kesusahannya. Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang telah memberi sedikit bantuan berupa catuan kering sebagai keperluan dapur untuk Puan Venni dan anak-anaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment