TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, June 30, 2011

Baju berwarna kuning bersih di rampas di permis pembuatnya.


29 Jun 2011, Sejumlah lebih kurang seratus helai baju berwarna kuning bersih dirampas oleh pihak polis di kedai pembuat baju tersebut di Pekan Lumut. Tindakan pihak polis tersebut mengejutkan pemilik kedai kerana beliau yang tidak tahu menahu keadaan sebenar mengenai rampasan tersebut, terpingga-pingga bila diberitahu dan diugut bahawa memiliki baju berwarna kuning bersih adalah satu kesalahan.

Beliau terpaksa menanggung kerugian apabila mereka yang menempah baju tersebut menuntut wang deposit tempahannya. Oleh kerana beliau bimbang dengan kejadian tersebut dan khuatir lesen perniagaannya digantung, dia menyerahkan sahaja kesemua baju kuning bersih yang telah siap dijahit.

Kejadian ini seolah-olah satu kesalahan jenayah yang besar, pertama kali berlaku dalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Para peniaga yang mencari rezeki seperti itu, terpaksa berhati-hati untuk menerima sebarang tempahan.
Dalam perkembangan yang lain; sebuah rumah di Kampar, Perak, diberitahu rumahnya digeledah sekumpulan yang dipercayai pasukan polis untuk mendapatkan baju kuning bersih. Pemilik rumah tersebut terkejut dengan kejadian tersebut. Tanpa sebarang pengenalan diri dan waran geledah, pasukan polis itu boleh melakukan penggeledahan semata-mata memenuhi tuntutan dan arahan pihak atasannya, dan kerana keperluan kerajaan yang memerintah.

Tuesday, June 28, 2011

Akta Polis bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

Malaysiakini melaporkan:
Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan. - Mkini.  
Ada polis nak heran dengan apa yang Pengerusi SUHAKAM ni kata. SUHAKAM ni kerajaan setuju tubuhkan bukan pasai nak jaga hak asasi manusia macam matlamat penubuhan dia. SUHAKAM ni ditubuhkan cuma nak ujudkan persepsi komonnya kerajaan Malaysia perihatin pasai hak asasi manusia.

Pasai tu la aku tak heran langsung kalau kerajaan langsung tak hormati pandangan SUHAKAM. Semua tu lakonan ja.

Pasainya syor ni bukan baru, syor ni dibuat dalam bulan Oktober tahun 2007. Dah lebih 3 tahun lepas dah. Sampai sekarang kerajaan langsung tak ambil perhatian dengan syor tu.

Yang lebih kuat lagi, syor tu bukan sorang pesuruhjaya Suhakam punya syor tapi syor yang dipersetujui oleh kesemua 18 pesuruhjaya Suhakam pada masa tu.

Syor tu Suhakam buat selepas sorang ditembak masa himpunan di Batu Buruk.

Portal Majlis Peguam pada 10 Oktober 2007 melaporkan:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengesyorkan Seksyen 27 Akta Polis 1997 dipinda bagi memansuhkan syarat mewajibkan permohonan permit atau lesen daripada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan secara aman.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam, berkata cadangan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua 18 Pesuruhjaya Suhakam dalam satu mesyuarat di sini, kelmarin.
- MalaysianBar.
Ada pihak kerajaan peduli? Jangan harap...

Sama jugak la dengan tuntutan bersih, berceramah la sampai berbuih mulut pun, depa sikit pun tak heran, tapi bila BERSIH 2.0 sepakat anjurkan himpunan pada 9 Julai 2010 baru la depa melompat.

Maknanya, puak-puak ni tak paham kalau cakap guna mulut, nak kena berbahasa melalui demonstrasi baru depa ambik perhatian.

Pasai tu la himpunan BERSIH 2.0 perlu diteruskan dan diusahakan supaya berjaya diadakan tak kira apa harga pun yang perlu dibayar.

Mengapa isteri tentera dalam senarai undi pos


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) meminta kerajaan menjelaskan mengenai isteri tentera yang hilang kelayakan sebagai pengundi awam.
Sedangkan katanya, mengikut seksyen 2 (b), isteri tentera diberi pilihan untuk mengundi awam dan tidak semestinya mengundi pos.
"Tapi apa yang kita dapati daripada maklumat kajian kita, ada beberapa pihak khususnya isteri tentera hilang undi awam.
 
"Walaupun layak mengundi awam tapi nama mereka diletakkan dalam senarai undi pos," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata adalah logik isteri tentera didaftarkan sebagai pengundi pos kerana perlu mengikut suami yang bertugas.
"Kita semua tahu pada pilihan raya 1999 dan juga 2008 undi pos ini banyak berpihak kepada pembangkang juga. Jadi mengatakan undi pos dimanipulasikan itu adalah tidak benar.
 
“Kalau bercakap tentang isteri tentera sudah sememangnya logik mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir kerana pada hari pengundian itu mereka bersama suami mereka di kem-kem yang ditetapkan.
 
“Cuba bayangkan kalau isteri memilih untuk menjadi pengundi awam mereka terpaksa pulang ke kampung,” katanya.
 
Selain itu Mujahid turut mempersoal mengenai tentera yang mempunyai dua kad pengenalan yang membolehkan mereka mengundi secara biasa dan secara pos.
“Bagaimanakah tentang tentera yang mempunyai dua kad pengenalan iaitu kad tentera dan kad pengenalan awam dan nama undi pos dan undi awam.
 
“Saya minta penjelasan daripada menteri supaya undi pos ini benar-benar mencapai maksudnya bukan undi yang dimanipulasikan,” katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
 
Nazri sekali lagi menafikan perkara itu dengan berkata kemungkinan nama bekas tentera itu tidak dipotong dalam senarai pengundi awam.
 
“Ini mungkin berlaku kepada bekas tentera kerana kalau dia sudah bersara dia akan didaftarkan sebagai pengundi awam dan kemungkinan rekod masih menunjukkan nama mereka ada di pengundi pos,” katanya.
 
Mujahid dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri  menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar status kepada pengundi awam.
 
Sementara itu, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta menteri menyatakan jumlah pertambahan tentera setiap tahun bagi mengetahui jumlah tentera baru dan yang telah bersara supaya jumlah undi pos yang wujud diketahui.

Monday, June 27, 2011

PAS Sungai Wangi , Ayer Tawar, Perak berjaya membina markas baru

Dato'Ustaz Tuan Ibrahim tiba di Kampong Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak.

Ustaz Tuan Ibrahim ke Plak Perasmian Markas PAS Sungai Wangi

Menanda tangani Plak Perasmian Markas

Pusat Tarbiyah Al Hidayah PAS Cawangan Sungai Wangi di rasmikan oleh YBHG Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man yang semasa itu sebagai Naib Presiden PAS

Ucapan Perasmian.

Bergambar dengan wargaemas Kampung Sungai Wangi

Bergambar dengan hadirin dimajlis perasmian markas.

Menjamu selera bersama Ds Nizar, Hj Noh dan Hj Imran.
Pada 30 mei 2011 yang berbahagia Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man @Ketua Penerangan PAS Pusat yang masa itu adalah Naib Presiden PAS telah merasmikan bangunan baru markas PAS Cawangan Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak. Markas ini dibina hasil sumbangan orang ramai dan tanah tapak markas ini telah diwakafkan oleh penduduk tempatan. Keseluruhan Kos pembinaan markas ini hampir mencecah RM seratus ribu. Dengan pembinaan markas baru, aktivis parti dapat menjalankan segala aktivitinya di markas ini termasuk kerja-kerja pilihanraya dengan lebih selesa. Kampung Sungai Wangi terletak di dalam kawasan Lumut di bawah DUN Pasir Panjang yang mana YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin adalah wakil rakyatnya. Majlis Perasmian diisi dengan ucapan alu-aluan oleh Hj Noh Ahmad selaku Yang Di Pertua PAS kawasan Lumut. Turut berucap Naib Ketua Pemuda PAS Pusat YM Raja Al Hiss, Dato' Seri Nizar dan Dato' Tuan Ibrahim telah menyampaikan ucapan perasmian.

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat kawasan Lumut.

Banner Majlis Perlaksanaan Memahami Ucapan Dasar Presiden PAS dan Penyampaian Watikah  Jawatan PAS Kawasan Lumut.
YDP PAS kawasan Lumut memperincikan Ucapan Dasar Presiden kepada Ahli-ahli jawatankuasa PAS dan ketua-ketua cawangan di kawasan Lumut.




 


Para peserta yang terdiri dari Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan lumut dan semua ketua cawangan menyanyikan lagu PAS sebagai pembukaan majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Dewan Ikhlas, Sitiawan.
Dato' Seri Nizar Memberi Ucapan Penutup Munaqasyah ucapan dasar presiden peringkat kawasan Lumut.

26 Jun 2011 di Dewan Ikhlas, Kampong Selamat Sitiawan telah berlangsung Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden peringkat kawasan Lumut. Program ini  adalah satu program yang membuka ruang untuk ahli-ahli PAS memahami dengan lebih jelas lagi mengenai intipati ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar PAS kali ke 57 yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Hj Noh Ahmad selaku Yang di Pertua PAS kawasan Lumut untuk sessi 2011-2013 telah memperincikan Ucapan Presiden tentang tanggungjawab memahamkan rakyat berkaitan tema " Membangun Negara Berkebajikan" Hj Noh telah menerangkan tentang konsep Negara Berkebajikan sebagaimana yang diucapkan oleh peresiden. PAS memang telah lama mengamalkan konsep berkebajikan ini berbanding dengan UMNO yang mementingkan kroni dalam pengagihan harta negara untuk faedah rakyat.

Program ini dihadiri oleh 150 orang peserta yang terdiri daripada semua Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Harian, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Ketua-ketua cawangan dan setiausaha-setiausaha cawangan dalam kawasan Lumut. Turut hadir dalam program tersebut ialah ahli-ahli dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ucapan penutup disampaikan oleh Yang berhormat Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ADUN Pasir Panjang dan ahli parlimen Bukit Gantang. Dalam majlis tersebut, Dato' Seri Nizar telah menyampaikan watikah lantikan perjawatan Ahli Jawatan Kuasa kerja PAS Kawasan Lumut Sessi 2011-2013.

Friday, June 24, 2011

Peneroka kebun pisang kecewa apabila kebun mereka dimusnahkan tanpa belas ehsan.


 


SERI ISKANDAR - Seramai 600 kelompok peserta peneroka Sungai Tumboh, Bandar Universiti kecewa dengan pihak berkenaan kerana memusnahkan tanaman dan merampas jentera mereka dalam satu operasi pemusnahan kawasan penerokaan di kawasan berkenaan.


Penerokaan itu berlaku sejak 2010 setelah permohonan dibuat di Pejabat Tanah dan Daerah Seri Iskandar pada Oktober tahun yang sama.

Timbalan pengerusi kelompok, Tajol Ariffin Abdul Jalal berkata, penerokaan dibuat penduduk kampung yang bermastautin di Perak Tengah dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya, sebelum membuat penerokaan itu pihaknya menghantar surat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Seri Iskandar untuk meminta kebenaran.

“Surat balasan yang kami terima mahu kami menghantar dua pelan kecil kepada pihaknya dan selepas itu kami memulakan penerokaan tanah berkenaan.

“Setiap peserta mendapat dua hektar seorang dan masing-masing melakukan pembersihan tanah secara berperingkat mengikut sumber kewangan yang ada," katanya kepada Sinar Harian.

Tajol Ariffin berkata, peneroka adalah 100 peratus orang Melayu dan mereka sanggup menggadaikan segala harta termasuk barang kemas untuk membersihkan kawasan masing-masing.

Menurutnya, dia dan peneroka lain kecewa kerana hanya di kawasan itu sahaja diambil tindakan sedangkan banyak kawasan lain lagi turut diteroka.

“Kami kecewa dengan tindakan ini kerana kawasan yang diteroka oleh bangsa lain tidak diusik malahan diberi lesen menduduki sementara (TOL) tetapi kami di sini ditindas begitu sahaja.

“Ini menunjukkan ada diskriminasi berlaku dan tidak mustahil dalam pilihan raya pasti ada pengalihan kuasa berlaku,” katanya.


Tindakan luar jangkaan


Seorang peneroka, Zulkifli Tahir, 47, berkata, dua minggu sebelum kejadian itu, pihak berkenaan datang untuk mengambil tindakan sama, namun apabila perbincangan dibuat mereka membatalkannya.

Menurutnya, pihaknya menyangka perkara itu senyap begitu sahaja tetapi ada hari ini (semalam) pihak berkenaan datang lagi dan melakukan tindakan yang sungguh di luar jangkaan.

“Tanaman kami yang sedang menunggu masa untuk mengeluarkan hasil dimusnahkan begitu sahaja, manakala jentera pula disita.

“Mereka menggunakan kuasa yang ada termasuk penggunaan senjata bagi mengelakkan kami memasuki kawasan berkenaan,” katanya.

Dia berkata, sebelum itu seramai 50 peserta telah berjumpa menteri besar bagi membincangkan perkara itu, namun tidak mendapat hasil yang baik.

“Beliau tetap dengan keputusannya untuk memusnahkan kawasan kami dan hari ini perkara itu benar-benar terjadi.

“Kami bukan suka untuk memburuk-burukkan pihak berkenaan dan sengaja mengadakan cerita tetapi apabila mereka seolah-olah mengabaikan rakyat ini amat mendukacitakan kami.

“Sepatutnya sebelum tindakan ini dibuat mereka memanggil kami dahulu untuk mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak tetapi apa yang berlaku ialah mereka terus melakukan operasi,” katanya.

Mohd Sepian Arshad, 48, pula berkata, dia dan peserta lain tidak akan berganjak daripada tindakan mereka untuk meneruskan penerokaan itu memandangkan mereka telah berhabisan beribu ringgit untuk tujuan itu.

Katanya, dia sudah habiskan hampir RM20,000 untuk penerokaan dan tanaman pisang yang hampir mengeluarkan hasil tetapi dimusnahkan begitu sahaja.

“Saya adalah bekas tentera dan tidak mempunyai tanah jadi saya mengambil peluang ini untuk memiliki tanah dengan meneroka tanah.

“Saya juga mempunyai tanggungan anak seramai lapan orang dan tidak adakah pertimbangan untuk kami memiliki tanah sendiri bagi menyara kehidupan keluarga,” katanya.


Ceroboh tanpa kebenaran


Sementara itu, wakil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak memaklumkan kepada Sinar Harian, operasi itu dijalankan mengikut seksyen 425 kanun tanah negara atas kesalahan pencerobohan tanah kerajaan.

Menurutnya, mereka yang terlibat meneroka tanah kerajaan tanpa kebenaran dan boleh diambil tindakan mahkamah.

“Operasi yang dijalankan pada hari ini ialah operasi bersepadu bersama 350 anggota meliputi pasukan kami sendiri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen, SPRM dan pejabat tanah Seri Iskandar.

“Kami mengambil tindakan kerana mereka ini meneroka tanah haram seluas 400 hektar sejak setahun lalu tanpa kebenaran.

“Sebelum ini, pihak pejabat tanah ada mengeluarkan notis arahan supaya mereka memberhentikan penerokaan kawasan itu tetapi mereka ingkar dan kita mendapat arahan daripada pihak berkuasa negeri untuk menjalankan operasi ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya memusnahkan tanaman dan merampas serta menyita alatan yang digunakan untuk tujuan penerokaan itu.

Katanya, operasi seumpama ini juga pernah dilakukan di tempat lain apabila mendapat laporan dan arahan daripada pihak berkenaan.

“Orang ramai harus menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran supaya tidak menceroboh tanah kerajaan kerana ia menjadi satu kesalahan dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.


Nik Aziz sokong himpunan aman Bersih 2.0



KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.
Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.
“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.
Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.
“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.
“Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau.

Kepimpinan Baru PAS Perak 2011-2013.

Kepimpinan baru PAS telahpun dilantik dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Perak baru-baru ini. Mereka akan menerajui PAS Perak sehingga pemilihan Jun 2013. Ramai muka-muka baru diberi peluang untuk turut sama memimpin PAS Perak. Gabungan muka lama dan baru menjadikan PAS Perak semakin mantap dan kuat. Ia juga menggabungkan para ulama, profesional dan aktivis parti. Kepimpinan PAS Perak juga berdepan dengan tahun pilihanraya. Peranan mereka sangat mencabar, sudah tentu mesej utama kepimpinan PAS Perak kali ini lebih menjurus untuk menawan semula negeri Perak dari UMNO BN. Sekiranya kemenangan dapat dicapai dengan jumlah kerusi PAS yang lebih banyak, sudah tentu mereka jugalah yang akan menerajui kerajaan negeri Perak.

Justeru itu, PAS Perak hendaklah terus mengorak langkah untuk mengatur strategi bagi menyusun jentera parti di semua peringkat supaya lebih tersusun, kemas, kuat, berperancangan dan berfokus dengan menumpukan gerak kerja menghadapi PRU ke 13. Kepimpinan PAS Perak sekalipun mungkin dipandang hebat dengan kepimpinan baru ini, ia tidak akan bermakna sekiranya jentera di peringkat kawasan dan akar umbinya lemah. PAS Perak hendaklah turun ke semua kawasan dalam tempoh yang terdekat bagi meninjau permasalahan dalaman parti terlebih dahulu dan berusaha mencari jalan penyelesaian, kemudian diikuti dengan program-program turun padang bertemu rakyat, menyakinkan rakyat, tunjukkan keupayaan untuk mengantikan UMNO dalam PRU akan datang.

Program PAS Ganti UMNO (PGU) wajar diteruskan sehingga ke akar umbi. Rakyat mahu tahu kesungguhan dan keupayaan PAS dengan melihat tindakan apa yang PAS telah buat dan apa yang PAS akan buat. Rakyat Perak buta maklumat, mereka perlu diberi kefahaman dan penjelasan. Program-program PAS tidak hanya dilihat dalam kepompong orang PAS sahaja atau dalam markaz dan kampung PAS semata-mata. Kepimpinan PAS jangan hanya pandai memimpin ahli-ahlinya sahaja, bahkan mesti boleh memimpin rakyat dan masyarakat. Institusi rakyat hendaklah didekati sekerap mungkin, manakala permasalahan rakyat diselamai.

Kini PAS menggunakan pendekatan negara berkebajikan. Pendekatan ini bukan bermakna PAS mengubah dasar dan prinsip perjuangan. Dasar PAS tidak pernah berubah sejak dulu lagi, yang berubah cuma strategi dan pendekatan. Orang bukan Islam dilihat serasi dengan pendekatan ini, mereka tidak lagi takut mendekati PAS bahkan lebih yakin dengan PAS.

Justeru itu juga, PAS Perak dengan bimbingan PAS Pusat sudah tentunya akan menerangkan kepada rakyat konsep Negara Berkebajikan dengan memberi penekanan pengisian Negara Berkebajikan itu sendiri.

Berikut adalah Kepimpinan PAS Perak Sessi 2011-2013 :-
Pesuruhjaya - Ust Abu Bakar Husein
Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya :-
YAB Dato' Seri Hj Muhammad Nizar Jamaluddin
Mohd Misbahul Munir Hj Masduki
Tuan Hj Razman Zakaria
Ketua Dewan Ulama - Ust Shuaid Din
Ketua Dewan Pemuda - Ust Zawawi Abu Hassan
Ketua Dewan Muslimat - Dr. Najehatul Salehah bt Ahmad
Setiausaha - Dr. Muhaimin Sulam
Pen Setiausaha 1 - Ismat Shahril Che Mat
Pen Setiausaha 2 - Pn Mazidah
Bendahari - Tn Hj Osman Maseri
Ketua Penerangan - Ust Nuri Al Amin bin Endut
Pengarah Pilihanraya - Tn. Hj Asmuni Awi

Ahli Perhubungan dilantik
1. YB Hj Zainuddin Yusuf
2. Ust Sidek Noor
3. Khairul Anuar Ismail
4. Azhar Rifae
5. Muhammad K. Y. Tiang
6. Zamri Ibrahim
7. Puan Rosaini Ali

Kesempatan ini saya meminta maaf kerana blog ini sejak dua bulan yang lalu tidak aktif. Ini kerana masalah teknikal dan juga kesempatan yang agak terbatas. Insya Allah ia akan kembali aktif selepas ini.

Thursday, June 23, 2011

Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0


Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.
Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.
Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.
"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.
Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.
"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.
Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.
Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.
Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.
"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.
"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.
"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.
"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau.  

Tuesday, June 21, 2011

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

Kenyataan Rasmi Dewan Ulama PAS Pusat berkenaan Karikatur Utusan

Kenyataan Media Oleh: sripetaling

"Secara konsisten Utusan secara terus menerus memburukkan lagi imej Islam di kalangan rakyat Malaysia. Utusan terus merelakan dirinya untuk diperalatkan untuk menjadi talibarut dan lidah kepada United Malays National Organisation (UMNO). Nampaknya kelibat APCO semakin menyerlah dari semasa ke semasa dalam membentuk minda yang negatif terhadap Islam.

  Tidak cukup dengan memberi amaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dilaporkan berlaku dalam salah satu pilihanraya kecil baru-baru ini. Pada kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri. Kali ini dilakukan oleh salah sebuah institusi akhbar yang mengaku bahawa dirinya mewakili umat Islam di Malaysia. Kali ini sasarannya pula agak berlainan kerana sasaran mereka adalah umat Islam. Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-UMNO iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan  Islam terhadap impian perjuangan PAS. Tapi rakyat Malaysia sudah lama tahu tentang permainan jijik utusan-UMNO ini. Dewan Ulama PAS percaya rakyat Malaysia sudah pun cerdik dan bersedia melakukan perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang untuk membalas keceluparan dan kebiadapan Utusan-UMNO ini!


Dewan Ulama PAS Pusat memandang serius sikap Utusan-UMNO yang mendalangi penyiaran kartun yang mempersendakan Islam yang disiarkan dalam akhbar tersebut. Daripada karikatur tersebut dapat difahami bahawa utusan seolah-olah ingin menggambarkan bahawa mendatangkan 4 orang saksi dalam kes rogol adalah melambangkan kezaliman. Malangnya ianya di tatapi oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Inilah wajah UMNO yang sebenar ! Utusan-UMNO lansung tidak mengambil pengiktibaran terhadap siri karikatur yang menghina Islam di barat suatu ketika dahulu. Di mana umat Islam seluruh dunia menzahirkan kemarahan mereka dijalan-jalan raya terhadap kebiadapan tersebut.

Pihak utusan-UMNO hendaklah sedar bahawa undang-undang Islam adalah teramat adil. Ianya bukan sahaja menjaga hak dan maruah mangsa bahkan juga turut menjaga hak dan maruah pihak yang dituduh.  Sebarang bentuk bukti yang longgar dan tidak kemas tidak akan dianggap sebagai bukti yang kukuh. Untuk mensabitkan kesalahan di dalam Islam mestilah di sokong dengan bukti yang sangat kukuh kerana hukumannya juga adalah tersangat berat.  Sekiranya pembuktian ini dipandang ringan maka akan ramailah yang akan menjadi mangsa pertuduhan palsu sepertimana yang kita saksikan dalam senario politik negara kita sejak mutakhir ini. Penggunaan peralatan teknologi moden mungkin mendedahkan kita kepada pemalsuan dan penipuan yang akhirnya bukan sahaja mengaibkan orang lain bahkan menjatuhkan hukuman kepada orang yang bukan sepatutnya. Oleh kerana itulah mendatangkan penyaksian seramai empat orang saksi adalah suatu perkara yang sangat penting dalam menghukum mereka yang benar-benar bersalah. Sekiranya si pengadu tidak mempunyai pembuktian yang sewajarnya maka si pengadu boleh menyerahkan bukti yang seadanya dan menyalurkan aduan itu kepada pihak yang berwajib agar ianya dapat disiasat secara terperinci oleh mereka yang benar-benar pakar di dalam bidang terbabit dan akhirnya dapat menjejaki si penjenayah yang sebenar! Adapun sekiranya si pengadu tidak berjaya mendatangkan pembuktian yang kukuh di mahkamah maka di dalam Islam pengadu itu akan terpaksa berhadapan dengan tuduhan qazaf kerana mencemarkan maruah mereka yang tidak berdosa. Seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya. Itulah prinsip Islam yang sebenar dan kerana itulah PAS menentang keras undang-undang menangkap seseorang tanpa perbicaraan dan bukti. Ianya bukan sahaja prinsip Islam tetapi prinsip yang turut diamalkan oleh para pengamal undang-undang seluruh dunia. Sekiranya pengaduan boleh dibuat sesuka hati tanpa bukti yang kukuh nescaya akan rosaklah sistem institusi kemasyarakatan yang mulia ini. Sebahagian kesannya telah pun kita saksikan pada hari ini lantaran tuduhan yang mengaibkan orang lain tanpa bukti. Qaedah Feqhiyyah ada menyebut “ la dharar wala dhirar” yang membawa maksud bahawa Islam bukan sahaja menghalang sesuatu kemudharatan  itu daripada berlaku pada permulaannya  bahkan menghalang agar kemudharatan itu tidak tersebar luas tanpa penghujung dalam sesuatu institusi masyarakat yang akhirnya mengundang ketidakstabilan dalam menjaga hak dan maruah manusia yang mulia.

Dengan itu Dewan Ulama Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya lakaran kartun yang biadap ini. Dewan Ulama PAS mendesak pihak utusan agar melutut meminta maaf kepada seluruh umat Islam  di Malaysia terutamanya atas tindakan yang sangat biadap ini! Seolah –olah utusan ingin menggambarkan kepada rakyat umum bahawa arahan Allah supaya mendatangkan syarat 4 orang saksi sepertimana yang terkandung di dalam nas Al-Quran yang jelas sebagai satu perkara yang menzalimi manusia dan merupakan undang-undang yang bodoh. Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah  bermula dari ayat ke 13 ketika memperihalkan tentang tuduhan yang dilemparkan kepada pendokong Islam bahawa mereka adalah golongan yang bodoh( mudahan mereka tidak termasuk dalam golongan tersebut). Allah menerangkan perihal golongan ini yang bermaksud :
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama dengan kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok dan mempermainkan (akan orang-orang yang beriman). (14) Allah s.w.t pasti akan membalas olokan dan mainan mereka itu serta membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Dewan Ulama PAS menyeru supaya pihak Utusan-UMNO terutamanya pelukis dan penerbit karikatur tersebut segera bertaubat kepada Allah terhadap dosa besar yang dilakukannya itu seterusnya meminta maaf bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam bahkan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam kerana jenayah memberikan imej buruk tentang Islam terhadap mereka. Dewan Ulama PAS juga turut mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera serta mendakwa mereka yang terlibat atas penghinaan terhadap Islam, di samping memberikan nasihat dan amaran kepada Utusan dan mana-mana individu atau institusi supaya jangan sama sekali mempersendakan agama Islam ini samada melalui ucapan, tulisan dan tindakan apatah lagi sekiranya jenayah itu dilakukan secara terbuka. Jangan sampai rakyat Malaysia hilang kepercayaan mereka terhadap institusi agama di negara ini dek kerana sikap kita.
http://ulamak.pas.org.my/v2/ "

Wednesday, June 1, 2011

Aksi Pertandingan Tarik Tali Karnival dan Ijtimak PAS Perak yang menarik

Sebelum pertandingan menjamu selera ......nasi rendang daging, masak lemak umbut nyior dan sambal belacan....emm....menyelerakan.

Satu...dua...tarik!!!!!
Alamak...!!!!Nak jatuh pulak....


Tarik!!!!Tarik!!!!

Yeah!!!!!

Kaki dah terangkat.....merudum ni....

Tarik!!!!

Ahh!!!!tarik

Tarik!!!!

Macam profesional

Horrey!!!


Semput Yob...

 Melucukan...!!!
Pada 28 dan 29 Mei 2011 bersamaan hari sabtu dan ahad, PAS Perak telah menganjurkan karnival jualan dan sukan di Pusat Komuniti Sosial Chenderong Balai dalam kawasan Pasir Salak. Karnival jualan dan sukan ini adalah merupakan aktiviti Lajnah Ekonomi PAS, untuk memberi peluang ahli-ahli dan individu-individu muslim menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Di samping itu PAS Perak dapat menjana dananya sendiri bagi mendapatkan sedikit keuntungan mengisi tabung kewangan, dan tidaklah hanya mengharapkan sumbangan dari ahli-ahli semata-mata. Selain dari Karnival jualan dan sukan ini, PAS Perak juga mengadakan Ijtimak tahunannya menggantikan Konvensyen yang diadakan setiap tahun. Motto Ijtimak kali ini "Pas Ganti Umno" yang menghimpunkan pengunjung lebih dari 5,000 orang di zon selatan. Karnival dan Ijtimak ini diadakan selama dua hari mulai 8.00 pagi hingga 12.00 malam. Pelbagai jenis jualan dipamirkan digerai gerai yang disediakan oleh penganjur. Selain daripada itu penganjur juga mengadakan beberapa acara sampingan seperti pertandingan meraut lidi, mengasingkan bahan, mewarna lukisan, bowling kelapa dan tarik tali. Pas kawasan Lumut turut mengambil bahagian dalam acara-acara yang pertandingkan. Paling menarik ialah acara tarik tali. Walaupun PAS kawasan Lumut tewas namun  ianya melucukan dan cukup bersemangat. Komitmen yang ditunjukkan menunjukkan PAS lumut tidak mudah mengalah walaupun berdepan dengan lawan yang kuat dan bertenaga. Pas Lumut juga menyertai acara bowling kelapa dan telah menjuarai acara tersebut yang turut disertai oleh Setiausaha Pas kawasan Lumut. Pemenang telah mendapkan hadiah yang sanagt menarik.