TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, November 23, 2009

Wujudnya Tangan-tangan Jahat di Perak - YB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang

 Keputusan mahkamah tinggi yang mengarahkan SPR mengadakan PRK di Kota Siputeh boleh memberikan kesan dan menggegarkan lutut tiga ahli “DUN Lompat” di Perak.”Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak permohonan SPR iaitu salah satu cawangan Umno di Negara ini,maka ini bermakna mahkamah juga mengiktiraf kuasa speaker mengatasi kuasa SPR dalam menentukan kekosongan kerusi DUN.”tegas YB Nizar.

Di Perak,speaker S.Sivakumar telah mengarahkan agar kekosongan di tiga DUN yang membabitkan ADUN dari PR yang telah melompat menjadi Adun bebas.Namun mengapa SPR tidak mengiktiraf kuasa speaker.


Nizar juga berpendirian,sekiranya kuasa speaker terpakai di Kota Siputeh sudah tentu keputusan yang sama juga akan digunakan dalam kes di Perak dan kes 3 DUN “Lompat”ini akan ditentukan melalui suara rakyat dalam PRK yang akan diadakan di Perak nanti.

Beliau yakin bahawa kes di Perak berlaku kerana wujud tangan-tangan jahat dari luar yang telah mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.”Jika Makamah Rayuan tak terima,ini jelas dan bermakna dalam kes 3 Dun di Perak akan konsisten ikut Mahkamah Tinggi.”katanya.

Beliau juga membayangkan bahawa jika ada PRK di tiga DUN ini,Pakatan Rakyat menyakini bahawa rakyat perak masih konsisten dalam memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi PRK tersebut dan mentadbir negeri Perak.

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment