TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, November 10, 2009

Dua sahabat maut rempuh pokok di Jalan Lumut - Teluk Batik.



TELUK BATIK - Dua sahabat maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebatang pokok di Kilometer 8 Jalan Lumut-Teluk Batik, di sini, kelmarin.

Mangsa, Mohamad Firdaus Roslan, 11, dan pembonceng, Mohamad Azrul Shafik Ariffin, 10, adalah murid Sekolah Kebangsaan Dato Ishak, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung (HSM).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, kemalangan kira-kira jam 1.15 petang itu berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikalnya, lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok yang berada di tepi jalan.

Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dari arah Teluk Batik ke Teluk Muroh.

“Rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terpelanting ke halaman rumah sebelum dikejarkan ke HSM untuk rawatan. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah. Mohamad Firdaus cedera di bahagian dalaman manakala rakannya pula patah tengkuk,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Jamil berkata, jenazah kedua-dua mangsa sudah dituntut pada hari sama kira-kira jam 5 petang oleh ahli keluarga masing-masing.

Katanya, siasatan lanjut mengenai kemalangan itu sedang dijalankan dan beliau menasihati ibu bapa supaya tidak membenarkan anak-anak mereka yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.

“Ibu bapa perlu lebih mengambil berat mengenai pergerakan anak masing-masing terutama apabila mereka berada di luar rumah kerana sedikit kecuaian boleh membawa kesan yang buruk,” katanya.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohd Salahuddin Anuar, 8, berkata, ketika kejadian, dia terkejut apabila mendengar bunyi kuat seperti pokok tumbang dari luar rumah.

“Pada ketika itu, saya sedang menonton televisyen, tiba-tiba saya mendengar bunyi kuat seakan-akan pokok tumbang.

“Apabila saya keluar dan melihat apa yang terjadi, saya terkejut dua rakan saya terbaring berdekatan halaman rumah saya,” katanya.

Dia yang juga murid SK Dato Ishak berkata, salah seorang rakannya itu dilihat masih bernyawa, tetapi mengerang menahan kesakitan.

“Mereka kemudiannya dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya.

No comments:

Post a Comment