TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, November 18, 2009

Bantuan Kerusi Roda Kepada Encik Cestin Alfred, Taman Sungai Wang, Ayer Tawar dalam kawasan Pasir Panjang.



















En Balasubramaniam dari Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang sedang menurunkan kerusi roda untuk disampaikan kepada Encik Cestin Alfred A/L Packiam Pillai  di rumahnya; No 29, Taman Sungai Wang, Ayer Tawar dalam kawasan ADUN Pasir Panjang. Encik Cestin bekas pemandu lori telah diserang angin ahmar dan mengalami lumpuh sebelah badan, dan tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan. Dengan adanya kerusi roda yang dihadiahkan oleh Dato' Seri Nizar ini, meringankan beliau untuk bergerak di dalam rumah, Beliau mempunyai dua anak yang telah bekerja dan dua lagi masih bersekolah, Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Bin Jamaluddin kerana membantu beliau mendapatkan kerusi roda untuk kegunaannya. "Inilah satu-satu wakil rakyat yang perihatin" kata beliau yang mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment