TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, August 18, 2011

Rutin Dato' Seri Nizar di Bulan Ramadhan

Susunan bubur lambok yang telah siap diadakan.

Sumbangan ADUN Pasir Panjang dan PAS Kawasan Lumut

Sumbangan disampaikan kepada pesakit-pesakit di hospital Seri Manjung

Juga tidak lupa disampaikan kepada Kakitangan yang bertugas.

Petugas yang bersedia untuk bersama-sama bertemu dangan masyarakat

Bubur lambok juga diedarkan kepada pengunjung bazar ramadhan di sekitar Manjung

Yb Nizar sebagai ADUN Pasir Panjang menyampaikan sumbangan untuk tabung pembangunan surau

Kaum Tionghua juga bertuah dapat menikmati bubur lambok

Bubur lambok untuk diedarkan

Iftar Jamaei amalan yang baik

Tazkirah Ramadhan

Jamaah di kalangan muslimat sedang mendengar kuliah Ds Nizar

Beruntungnya aku dapat Bubur lambok dari Yb Nizar

Membantu dan memimpin

Bantuan Fakir Miskin, anak-anak yatim, mualaf serta mereka yang kurang berkemampuan

Duit raya untuk anak-anak yatim di Pasir Panjang

Ada hamper ler pulak!!!
Sepanjang bulan Ramadhan, rutin ADUN Pasir Panjang YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin tetap diteruskan. Jadual lawatannya ke kampung-kampung dalam kawasan Pasir Panjang diteruskan dengan pelbagai aktiviti. Ianya dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang sentiasa beroperasi menghubungkan rakyat dengan wakil rakyat mereka. Dato' Seri Nizar yang sangat ceria dan mesra, mudah melemparkan senyuman menyenangkan hati penduduk di sekitar Seri Manjung dan kawasan Pasir Panjang bila mereka bersua dengan mereka
Beliau ke Bazar Ramadhan untuk mengunjungi rakyat yang berkunjung ke sini untuk membeli juadah berbuka  puasa. Kehadiran penduduk yang begitu ramai diambil kesempatan oleh Yang Berhormat untuk bertanya khabar. Di samping itu beliau sempat menyampaikan semangkuk bubur lambok kepada pengunjung. Bubur lambok ini disediakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut dengan kerjasama Dewan Pemuda. Rata-rata pengunjung merasa sangat betuah kerana dapat ole-oleh dari Yang Berhormat kesayangan mereka. Selain dari pengunjung Bazar Ramadhan, bubur lambok ini juga diedarkan kepada pesakit-pesakit dan Staf di wad Hospital Seri Manjung.
Dato' Seri Nizar berbuka puasa dan menunaikan solat di surau dan masjid dalam kawasan Pasir Panjang dan menyampaikan tazkirahnya kepada ahli jamaah. Beliau juga akan bersama-sama penduduk dan mengimamkan solat taraweh.

Sunday, August 14, 2011

Project Infak For Amal@PIFA menziarahi Pondok At Taalim, Seri Manjung

13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan, sekumpulan rombongan yang berteraskan kebajikan telah mengunjungi Seri Manjung untuk tujuan menyampaikan sumbangan Ramadhan. Kumpulan ini dinamakan Project Infak For Amal atau nama ringkasnya PIFA. Hajat untuk mereka menyampaikan secara terus segala sumbangan dan infak kepada yang selayaknya, direalisasikan melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang mengatur beberapa program untuk mereka. kehadiran secara konvoi seramai 77 orang aktivis masyarakat ini ke Seri Manjung  sangat dihargai oleh penduduk. Mereka menyampaikan sumbangan kepada 40 orang miskin dan 15 anak-anak yatim di kawasan DUN Pasir Panjang yang diadakan di Surau al Khairiah, Kampung Permatang. Segala sumbangan disampaikan oleh YB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ADUN bagi kawasan Pasir Panjang. Di samping itu Konvoi PIFA ini juga dibawa ke Pondok Pengajian Hadis At Taalim. Di sini, mereka diberi penerangan mengenai perjalanan pengurusan dan pengajian pondok ini. Mereka juga menyampaikan sumbangan sempena ramadhan kepada warga pondok khususnya para pelajar yang menuntut di sini.  Semoga usaha baik PIFA di berkati dan dikira sebagai amal soleh.

Wednesday, August 3, 2011

Tayangan Filem Komuniti & Dailog Komas - Hak Asasi Manusia di Seri Manjung.

Sebahagian penonton yang hadir

Iklan Program Tayangan Filem Hak Asasi Manusia

Bersantai dan berbual sewaktu rehat
Bergambar bersama penceramah jemputan.

Dare To Document
29 Julai 2011 bertempat di Hotel Lead View, Seri Manjung telah diadakan satu tayangan filem berbentuk dokumentari . Kira-kira 30 orang aktivis masyarakat dari pelbagai latar belakang samada ahli politik, NGO, dan sebagainya telah hadir menyaksikannya. Tayangan pertama ialah filem mengenai Krisis Perak yang memaparkan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Perak di rampas oleh kerajaan Barisan Nasional. Filem kedua pula ialah mengenai hak kebebasan termasuklah mengenai Bersih 1. Selain tayangan filem, hadiran juga telah dapat mendengar ucapan oleh peguam terkenal Mr Leong dan aktivis masyarakat Mr Cheow yang terlibat dengan kerja-kerja hak asasi manusia di Malaysia ini. Selain itu hadirin juga diberi peluang untuk menanyakan beberapa soalan mengenai undang-undang dan hak-hak asasi manusia yang dibenarkan oleh perlembagaan negara. Mereka yang hadir sangat gembira dengan penayangan filem ini secara percuma dan memberi kefahaman kepada mereka mengenai hak-hak asasi manusia.

Dato' Seri Nizar melawat markas PAS Kampung Sitiawan dan sampaikan sumbangan di Sungai Wangi.

Ahli Jawatankuasa Pas Kampung Sitiawan bergambar dengan Dato' Seri Nizar didepan markas yang baru

Ds Nizar berbual mesra

Barangan dapur untuk sumbangan di Kampung Sungai Wangi

Ucapan yang penuh semangat

Markas PAS Kampung Sitiawan dalam proses pembinaan

Wakil rakyat turun padang melihat perkembangan

Mereka yang menerima sumbangan

Apalah yang melucukan....????

29 Julai 2011, Dato' Seri Mohamad Nizar telah pergi ke kampung Sitiawan di dalam kawasan DUN Pasir Panjang. Dalam lawatan singkat ini beliau dibawa melawat Markas PAS Kampung Sitiawan yang sedang dalam proses membaik pulih . Markas ini, yang sebelum ini sangat uzur telah dibaiki oleh ahli-ahli secara gotong royong dengan menggunakan wang yang diperolehi dari sumbangan orang ramai. Dengan adanya markas baru ini dapatlah ahli-ahli di Kampung Sitiawan menjalankan segala aktiviti-aktiviti mereka di sini. Inisiatif ahli-ahli jawatankuasa yang baru telah menampakkan perkembangan Kampung Sitiawan boleh ditembusi oleh PAS walaupun sebelum ini mereka yang kebanyakkannya adalah penyokong kuat UMNO.
Dalam acara yang lain, Dato' Seri juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin di Kampung Sungai Wangi. Seramai 41 penerima kaum India dan Melayu hadir dalam program yang diadakan di Markas PAS Kampung Sungai Wangi. Mereka menerima barangan keperluan dapur. Keperihatinan wakil rakyat mereka; Dato' Seri Nizar menjadi kebanggaan rakyat di DUN Pasir Panjang. Tema "Membangun Negara Berkebajikan sebagaimana tema muktamar PAS tahu ini memangnya telah direalisasikan.