Dr Asri ditahan oleh JAIS kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor.
Masalah tauliah mengajar di surau dan masjid dalam negara ini telah lama diperkatakan dan menjadi isu yang berbangkit, seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Kenapa ianya terjadi...??? Mungkin topik penting perkara ini bersangkut paut dengan soal politik dan bukannya soal menjejaskan aqidah. Jika yang mengajar cukup terkenal dengan kontraversinya sodah pasti, di highlight kan sebagai perkara besar. Suatu ketika dahulu; Tan Seri Dato' Seri Harussani Mufti Perak dilarang mengajar di negeri Selangor. Pelik juga jika mufti yang terkenal keilmuannya dilarang mengajar. Selain dari itu nama-nama seperti Dato' Dr Harun Din, Dato' Taib Azamuddin, Dato' Ismail Kamus, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang, Akil Hai dan lain-lain pernah dihalang oleh pihak yang berkuasa untuk menyampaikan pidatonya disurau dan masjid dalam negara kita atas alasan tiada tauliah mengajar. Sedangkan kerja harian mereka mengajar dan menyampaikan ilmu untuk panduan umat dalam negara kita.Yang Sedihnya, penguatkuasa agama ini akan bersama-sama FRU atau pihak polis untuk bertindak. Kenapa jadi begini....??? Pihak tertentu samada ahli politik atau ahli majlis fatwa kena mengambil jalan terbaik menyelesaikan soal tauliah ini untuk diketengahkan dalam perbincangan atau mesyuarat2 mereka demi kelancaran pihak ilmuan Islam menyampaikan ilmunya, Apakah dizaman nabi atau kemudian darinya diperlukan tauliah untuk menyampaikan Islam bagi tujuan pengembangan dakwah. Mari kita fikirkan bersama bagi menyelesaikan kemelut yang berlarutan ini.
No comments:
Post a Comment