TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, November 4, 2009

Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja bukan Royalti - Najib

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.
Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas. Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.
Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.
Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.
Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib
"Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan," kata Najib.
"Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan," sindir Najib.
Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri.
Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan.
"Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?" soal Siti Zailah dengan nada yang tegas.
"Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan."
Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut.
"Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?" soalnya lagi.
Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut.
"Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan...kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat," kata Najib.
Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu.
Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.
Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat.
Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.
Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.

Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.
Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.
Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.
Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini.
Sila hantar komen untuk berita di atas ke: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
_____________________
KOMEN PEMBACA
_____________________
1. Najib jelas mempermainkan rakyat Kelantan....rakyat jelas ditipu hidup-hidup...duit tu bukan royalti tapi hanya diut ehsan... tak seberapa pun dan bukan terus pada kjaan negeri. - Teropong Jauh,Shah Alam.
2. cadang agar kerajaan kelantan bawa segera ke mahkamah isu royalti seblum terlambat...royakti dan duit ehsan tak sama. jangan biarkan BN/UMNO...sesekakli kita ajarrr mereekaa. - Jais POmen, Sentul.
3. sokong supaya dibawa ke mahkamah dgn segera,kami rakyat terengganu nama saja dapat wng ehsan,tapi berapa kerat saja yang dapat?yang dapatnya ahli2 umno yg kaya2.orang kampung yg miskin dapat hampas.jgn biarkan baka umno ini terus menerus dgn kerja jahat mrk. - Abd Ghani.
4. Sebagai rakyat Kelantan, saya terasa amat dihina dan disisih oleh kerajaan saya sendiri bila PM Najib dengan sinis seperti mempermain-mainkan rakyat kelantan. Saya berdoa kepada Allah agar beliau ditimpa bencana kerana sesunguhnya duit royalti adalah hak rakyat Kelantan seluruhnya, bukan wang ehsan yang akan ditadbir oleh pengkhianat. -Mohd Asri, Sri Gombak.
5. busuk punya orang, memang kerajaan bawah najib mewarisi pemimpin zalim yang umno era baru bermula dari.....jikalau ketua pemimpin mempunyai hati yang begitu busuk yang dapat dilihat, apa lagi yang kita x dapat lihat - rakyat yang byk tertindas oleh bn. -Nazrei Yunus.
6. Salam.. Najib ni cuma baca skrip yang telah di tulis, macam khatib baca teks atas mimbar laa. - ayahcu.
7. BAGI NAJIB SEGGALA2NYA KUASA ADA PADANYA........................BIARKAN....ALLAH AKAN BALAS PADA ORANG YANG ..............................MACAM SYAITAN. TENGOK SAJA APA JADI PADA MAHATIR.................KASUT ORANG GANTUNG KAT GAMBARNYA.....................TERHINA RASA ......TAPI ORANG2 MACAM TU TAK RASA APA2.... -ZAIDAH O.
8. Sudah la bonus kerajaan tak nak bayar, gaji pekerja bawahan jatuh kepada paras miskin dibandar, duit royalti minyak hak kelantan tak nak bagi. Rakyat didahulukan atau perut sendiri didahulukan. - cakap saja, negeri sembilan.
9.Jika kita nak tahu bahawa kerajaan Kelantan berhak atau tidak keatas hasil buminya ini senang saja jawabannya, Kelantan keluar dari Malaysia dan kita tengok selepas keluar dari Malaysia adakah hasil minyak itu masih boleh menjadi hak Malaysia atau Kelantan, sebagaimana kata najib yg hasil minyak itu tidak berhak di berikan kepada Kelantan ekoran berada di dlm kawasan pertindihan.Saya sebagai anak Kelantan menyokong dengan sepenuhnya jika ada usaha untuk mengeluarkan negeri Kelantan dari Malaysia, kerana saya amat pasti yg mana kerajaan Kelantan dapat membangunkan negerinya sendiri tanpa bantuan dari kerajaan persekutuan yg selama ini pun terus menerus mengabaikan dan menindas dan menafikan hak2 rakyat Kelantan.Saya juga amat yakin dengan pemimpin2 kerajaan Kelantan yg mana memang sudah terbukti cemerlang dalam mentakbir urus negeri Kelantan dan terbukti tidak mengamalkan rasuah sebagai mana pemimpin2 di kalangan Umno. - Anak jati Kelantan.
9. Attn to: Datuk Seri Najib...saya syor kerajaan pusat bina kompleks sukan yang lengkap yang mengandungi stadium bertaraf nasional di kelantan sebagai bayaran tunggakan wang royalti petroleum.-Nick Yafiaz.
10.Jelas Najib dan BN anggap kekayaan negara ini adalah Mak Bapak diaorang yang punya, dengan angkuh menafikan hak rakyat Kelantan. UMNO BN adalah pewaris kepimpinan 'toghut'. -addin77.
11> U : undi dan pilih bn
M : mereka tidak kenal baik dan buruk
N : niaya budaya amalan
O : orang ramai (rakyat) sentiasa diperbodohkan. -Mohd Akhir.
12. Salam , kepada semua mujahid PAS dikelantan.Saya mewakili suara hati teman teman dikelantan.Soal royalty minyak ini akan menjadi satu perjuangan yang tidak akan pupus selagi Golongan perompak dan penyamun masih bermaharaja lela di singgahsana Malaysia.mereka beranggapan semua yang ada didalam Negara ini adalah mereka yang punya,dari jawapan yang diberikan oleh Najibtunya itu menampakan kesombongan dan kebongkakan seorang perdana menteri yang bersultan dihati kerana membuat sesuatu itu tampa memikirkan kesan jangka panjang terhadap rakyat Kelantan.Sepertimana mereka mengguna pakai wang royalty Terengganu dengan mengubah wang royalty kepada wang ehsan dengan tidak memberi peruntukan itu terus kepada kerajaan negeri suatu ketika dulu.Dan kini episod itu akan berulang kembali di Kelantan kerana dengan duit yang ada itu mereka cuba untuk memikat hati rakyat Kelantan melalui JPP.Dan akhir kata dari saya hanya ada satu jalan untuk mengembalikan hak RAKYAT KEPADA RAKYAT di Malaysia ini iaitu dengan menukar perompak dan penyamun itu pada pilihan raya yang akan datang..dan ketika itu barulah mereka sedar tinggi rendahnya langit itu..Ayuh bangun seluruh bangsa ku , untuk kita bersatu merintih jalan membina tamadun bangsa dan Agama yang ulung. -Anuar.
13. Rakyat kelantan dan penyokong PR boleh boikot barangan keluaran GLC dan syarikat/koporat yg menyebelaji BN. -Yusof Anak Muda.
14.Saya syorkan kepada kerajaan negeri Kelantan supaya menghentikan serta merta pembayaran hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat sehingga kerajaan pusat melunaskan hutangnya dahulu kepada kerajaan negeri Kelantan, dan kerajaan Kelantan juga patut mengenakan faedah terhadap hutang royalty yg tertunggak selama 4 tahun. - Anak jati kelantan. _

No comments:

Post a Comment