TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, December 1, 2009

Yang Besar Jiwa Sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi



Oleh Faisal Tehrani

Sungguh mengharukan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang didakwa 'Pak Lah PAS' dan yang cuba (nota: cadangan itu gagal) disingkirkan menerusi sebuah muktamar luar biasa, yang diasak oleh kem-kem yang 'suka menyebarkan api kebencian', yang kepimpinan dan keputusan politiknya dipertikaikan berkali-kali oleh 'ustaz itu'; telah dan sedang, dengan penuh wibawanya mempertahankan kelemahan 'ustaz itu' lantaran ia telah melakukan kesilapan besar dalam pentadbirannya. Ustaz Hadi turut menyebut dalam kenyataan khasnya (klik sini): Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru.

Salah satu syarat layak seorang pemimpin ialah kemampuan mencerna 'anjuran' orang sekeliling. Kegagalan (atau kedegilan) mengunyah maklumat dan pandangan penasihat serta pegawai khas boleh membawa petaka seperti ini.

Kita berharap sudah tiba masanya penyaringan dilakukan. Cakap orang luar jangan didengar. Orang yang tidak tentu latar belakangnya jangan dibawa masuk dalam harakah Islam. Orang dalam yang ikhlas meski tiada jawatan elok dipandang. Ingatlah pada muktamar di Shah Alam yang lepas, Timbalan Mursyidul Am Dr Harun Din ada mengingatkan yang 'PAS tiada mekanisme untuk menebat musuh'. Tiba masanya untuk membersihkan gerakan Islam yang tua di tanahair ini dari elemen 'orang itu'.

Kerana besarnya jiwa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, maka kita mengirakan dakwaan Dr Abdul Aziz Bari bahawa Presiden PAS yang ini serupa dengan Presiden UMNO yang dahulu tentulah tidak tepat. Ustaz Hadi nyata berbeza dari bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kesabaran beliau menanti supaya 'masa menjawab semuanya' akan kita jadikan pedoman. Kesabaran YB Ustaz Hadi untuk memimpin sebuah jamaah Islam meski sering disalahertikan amatlah bermakna.

No comments:

Post a Comment