TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, December 5, 2009

DR MUJAHID- Perlu Satu Tranformasi Kelab Penyokong PAS

http://lh6.ggpht.com/_wKqEutTvI1A/SIgvUR2Q_hI/AAAAAAAAAYc/kH6dQMFD6io/drmjahid.jpgYB Dr Mujahid Yusuf Rawa menyatakan bukan mudah menyediakan satu platform untuk Kelab Penyokong Pas.Penyerapan Kelab supaya menjadi lebih baik.Kita tidak mahu hanya retorik PAS UNTUK SEMUA. Mereka akan menjadi sebahagian organisasi .Organisasi ini jika kita tidak ambil tindakan betul- acuh tidak acuh,proses penyerapan yang silap boleh menjejaskan kita 20 tahun akan datang.

Dr Mujahid juga menyatakan apabila kita tidak peduli sama Kelab Penyokong ,justeru itu apabila Kelab Penyokong berjaya , masing-masing menjadi kalut.

Politik dan dakwah penting ,dengan itu kita tidak perlu pisahkan segmen itu,.Asas ini penting.Dahulu bukan Melayu ini kita tidak peduli.kKita hanya bertanding di kerusi majoriti Melayu.Tahun 80 an kita mempunyai rakan CCC.Kini kita mempunyai Kelab Penyokong PAS dan mereka akan menarik sokongan bukan Islam,bukan Melayu kepada kita.

Kita mementingkan mereka kerana mereka merupakan pengundi kita dikebanyakan tempat.

Usaha sepertu dialog,wacana,lawatan politik dari sudut PAS perlu diketengahkan.Apabila orang lain kenal PAS kepada mereka buruklah PAS.Kini PAS yang cerita tentang PAS ,mereka akhirnya kenal PAS secara tepat.

Kini Kempen Kelab Penyokong Pas berperanan penting untuk PRK seperti PRK Bagan Pinang.

Sudut politik dengann kekuatan Kelab Penyokong PAS mereka kini sudah menjadi Ahli Majlis,Ketua Kampung. "Mereka memegang jawatan itu setelah nama mereka di'endorse'" oleh Kelab Penyokong Pas. Sukar juga untuk menolak perlantikan mereka. "Syarat ditetapkan ,kalau nak duduk, PBT Kedah,kena dapat "endorse"baru Kerajaan Kedah terima." kata YB Mujahid. Kelab Penyokong berperanan dalan kerajaan negeri di negeri PR.

Ini bukan majlis ceramah,ini penerangan tentang kerja,sebab itu taklimat ini penting untuk perkembangan Kelab Penyokong PAS.

Dakwah-luas,ruang cukup besar,peranan kita sampaikan keadilan Islam pelbagai kaum.Kita tak tunjuk,halai-balai,tak peduli.Aku duduk dengan mereka apa aku dapat. "Kita dakwah mereka"kata YB Mujahid. Apabila mereka melihat kita,mereka akan mengenali Islam dan PAS.

"Mereka tengok Melayu-Islam. Umno rasuah.Duduk dengan kita,tuan/puan tunjuk islam yang sebenarnya,cakap tak serupa bikin.,dab seorang muslim.,akhlak yang buruk,ambil kesempatan,mereka akan tinggal kita"kata Dr Mujahid lagi

"Serah kepada Allah s.w.t, ini bukan-bukan main ,ini benda besar,"tegas YB Mujahid.Beliau juga menyatakan Kelab Penyokong PAS perlu diperkasakan.

'Islam bukan fobia.Kurangkan fobia yang mengerunkan,menakutkan,tidak ada keadilan,tunjukkan.Jinakkan hati kereka. Hak zakat muaalaf,zaman Rasulullah s.a.w belum Islam yang jinak dengan Islam.Soalnya falsafah beri zakat.Saya balik asas,yang jinak kepada 'PAS Kawasan kena fikir"kata Dr Mujahid lagi.

"Negeri,kawasan boleh fikir buat.LPN reformasi.menjinakkan hati-hati mereka."minta Dr Mujahid.

"Apa yang telah kita buat keahlian kita kini 20 000 orang." ."Ini satu tranfomasi ,di mana orang bukan Melayu menyokong kita' kata YB Mujahid.


"Pasukan tegar- 3 pagi pun mereka pergi. tidak ramai.Kawasan pun kena buat.Hard Core jadi orang penting negeri seperti Dr Halimah Ali.Kawasan kena lahirkan orang macam itu."ucap Dr Mujahid

"Dalam tempoh lima tahun ini ditentukan PAS Pusat melalui rundingan perlatikan AJK.Sehingga tahap dapat diadakan pemilihan."Beliau mengulas sewaktu menyatakan draf "Himpunan Penyokong PAS.

'"Kalau PAS tiada disiplin,macamana kita nak buat mereka menjadi lebih berdisiplin.PAS Pusat sokong Kelab Penyokong.Presiden menyatakan perlu memperkasakan Kelab Penyokong Pas. YDP pimpinan ini lebih daripada Hj Hadi tidak ikut Presiden ." pesan Dr Mujahid.

"PR kita jaga,parti kita kuat.Kita jangan sibuk PR,kelab kita tinggal. Tak boleh jadi parti lain jika jadi ahli Kelab Penyokong " kata Dr Mujahid.

Dr Mujahid juga mengharapkan Pas menguatkan kelab penyokong,dengan ini PR akan menjadi kukuh.

Dr Mujahid berucap dalam seminar memperkasakan Kelab Penyokong di Markaz Negeri Air Kuning,sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment