Apabila bajet hendak diluluskan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, seramai 70Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak turut serta untuk menyokong ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain bagi meluluskan bajet penting itu. Suasana menjadi kelam kabut untuk mendapatkan sokongan majoriti hingga menyebabkan Timbalan Yang Di Pertua Dewan untuk turun mengambil bahagian dalam pengundian mencari sokongan majoriti. Apabila Yang Dipertua Dewan Pandikar Amin Mulia mengambil tempat sebagai speaker barulah Barisan Nasional mendapatkan sokongan majoriti dan Bajet Kementerian Dalam negeri pun diluluskan. Oleh kerana Bajet keseluruhannya perlu diluluskan, Speaker tidak mengambil masa lama untuk membuat pengundian setelah jumlah kehadiran ahli-ahli Dewan dari Barisan Nasional mencukupi walaupun kelebihan majoriti dalam pengundian untuk menyokong hanya 3 undi. Yang menjadi persoalan, kemanakah hilangnya 70 ahli parlimen Barisan Nasional yang lain, untuk mereka mendapat jumlah sokongan yang sangat padu bagi meluluskan bajet penting ini??? Ada berita menyatakan, sebahagian dari mereka tidak setuju dengan beberapa perkara dalam bajet yang dibentangkan. Mereka merasakan seolah-olah mereka menjadi Pak Angguk untuk melihat hasrat dan kehendak rakan mereka yang lain yang ada kepentingan mengenai projek-projek yang akan dilaksanakan dalam bajet tersebut. Inilah senario yang berlaku kepada ahli-ahli Dewan Rakyat kali ini terutama dari Barisan Nasional yang semakin korap. Rakyat Malaysia yang akan menentukan tentang KPI wakil rakyat mereka. Janganlah cantik pada slogan tetapi amalannya kosong dan hampa.
TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Monday, December 21, 2009
Kemana 70 Ahli Parlimen Barisan Nasional Semasa Pengundian Meluluskan Bajet 2010

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment