TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, December 6, 2009

Santai dan Sembang-Sembang Bloogers Manjung



Sebagaimana yang dijanjikan, petang sabtu 5 Disember 2009 Lajnah Penerangan PAS Kawasan Lumut berjaya menghimpunkan beberapa orang bloggers tempatan khususnya di daerah Manjung untuk sama-sama bersantai dan sembang-sembang di warung Wan Kelapa Muda, di tepi muara Kampong Permatang, berhampiran Pusat Janakuasa TNB, Seri Manjung. Cuaca yang mendung dua tiga hari ini, tidaklah mematahkan harapan para bloggers tempatan untuk hadir dan bertemu untuk kali kedua secara formalnya. Pandangan dan buah fikiran yang dilontarkan dalam pertemuan singkat ini akan memberi ruang kepada Lajnah Penerangan PAS Kawasan Lumut yang menjadi penganjur untuk memperbaiki layanan kepada para bloggers untuk membantu PAS menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui media baru yang sangat berkesan. Majlis petang itu sangat beruntung , dengan kehadiran Yang Di Pertua PAS Kawasan Lumut, Hj Noh Ahmad yang mempunyai idea dan pandangan yang sangat bernas untuk digunakan dalam menggerakkan media baru dengan lebih kemas, teratur dan beradab. Sikap berani mengenengahkan pandangan secara terbuka, mestilah disusuli dengan bertanggungjawab di hadapan Allah dengan apa yang ditulis dan disiarkan.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib Pengerusi PKR Cabang Lumut, Encik MP Shanmugam, Ketua AMK Cabang Lumut, Encik Yusri dan Ahli Kelab Penyokong PAS Kawasan Lumut, Encik Ravi. Para tetamu dan Bloggers dihidangkan dengan Char Kuteaw panas dan Ais Kelapa susu.. Sedapnya. Insyaallah lainkali jumpalagi dengan ajenda lain. Minta-minta Bloggers professional yang lain seperti Manjung Mari, Al Banjari, Otai Manjung dan Perak Express, akan datang lain kali. Barulah syok....!!! Keuzuran mereka kali ini sangat difahami.... No Problem punya...!!!

No comments:

Post a Comment