Ini adalah satu mercu tanda pekan Lumut dalam kawasan Majlis Perbandaran Manjung, yang terletak bersebelahan dengan jeti Lumut dengan jumlah kos pembinaan jutaan ringgit, tapi tidak digunakan. Menurut maklumat yang boleh dipercayai ia dibuat hanya untuk bot-bot VVIP membuat pendaratan. Apalah gunanya dibazirkan duit rakyat kalau hanya digunakan sekali sekala. Rungutan para peniaga di Pekan Lumut akhir-akhir ini ada terdengar, apabila satu lagi jeti dibina di Kawasan Perumahan Marina di Teluk Muruh. Ianya digunakan untuk membawa penumpang terus ke Pulau Pangkor tanpa menaiki bot di Pekan Lumut. Ini sudah tentu menghilangkan punca pendapatan para peniaga di pekan Lumut untuk mendapatkan pelanggannya yang sangat terhad.
No comments:
Post a Comment