TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, December 5, 2009

Ketua baru SPRM bertekad pulih kepercayaan rakyat























PULAU PINANG, Dis 5 — Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) akan menyediakan beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti suruhanjaya itu sebaik mengambil alih kepimpinan SPRM berkuatkuasa 1 Jan 2010.
“Saya akan menyusun beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan integriti 2009 di sini hari ini.
Selain itu beliau berkata kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) juga penting dalam memantapkan SPRM.
“Tanpa bantuan semua pihak dan orang awam, SPRM tidak dapat menjalankan kerja dengan sempurna dan cekap,”  katanya.
Abu Kassim melahirkan rasa syukurnya kerana diberi kepercayaan untuk mengetuai suruhanjaya itu.
Abu Kassim menggantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan  yang memendekkan tempoh perkhidmatannya yang sepatutnya berakhir 25 Mei tahun depan kepada 31 Disember ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment