Pada petang sabtu 12 Dis 2009, kira-kira jam 4.30 petang di persimpangan lampu isyarat kampong Sungai Wangi, Sitiawan Perak telah berlaku kemalangan ngeri sebuah motorsikal yang di pandu oleh saudara Md Rashid Johari dari Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Pemarak, Kayan telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu beliau melintasi lampu isyarat di simpang tersebut. Saudara Rashid yang membonceng anak perempuan sulungnya, seorang jururawat pelatih telah mati ditempat kejadian. Pemandu kereta yang tidak dikenali identitinya,memandu laju dan merempuh Rashid dan anaknya, ketika lampu isyarat berwarna merah. Jenazah kedua-dua mangsa telah dikebumikan di kampung Kayan pada malam kejadian. Rashid telah meninggalkan seorang balu Suzana Safie dan enam anaknya yang masih bersekolah. Pegawai Khas kepada Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang Dato' Seri Mohd Nizar telah melawat keluarga mangsa di rumah mereka di Desa Pemarak. Beliau hadir bersama Encik Mat Basari, selaku Ketua Kampong kerajaan Pakatan Rakyat, Kg Kayan. Menurut encik Mat Basari keluarga ini sangat miskin dan perlukan bantuan bagi perbelajaan persekolahan anak-anaknya tahun depan. Pegawai Khas ADUN telah menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban dan tanda simpati kepada keluarga ini yang terdiri dari anak-anak yatim yang telah kehilangan ketua keluarga. Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghulur terus kepada Puan Suzana dirumahnya di Desa Pemarak atau melalui Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang, di Seri Manjung untuk dihulurkan kepada keluarga mangsa.
No comments:
Post a Comment