TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, December 1, 2009

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Radwan Ibrahim pagi ini telah menolak dengan kos tuntutan Ketua-Ketua Kampong Negeri Perak

1 Dis. 2009, Ipoh : Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Radwan Ibrahim pagi ini telah menolak dengan kos tuntutan Ketua-Ketua Kampong Negeri Perak yang telah memohon satu semakan kehakiman ; memohon relif-relif berhubung pemecatan atau penamatan perkhidmatan kesemua Ketua Kampong berkuatkuasa 16 April, 2009 oleh kerajaan Negeri Perak.

Hakim tersebut bersetuju dengan afidavit responden bahawa perlantikan Ketua-ketua Kampung oleh Kerajaan PR seluruh Perak adalah perlantikan politik. Oleh yang demikian, apabila berlaku peralihan kuasa politik maka responden telah menggunakan budi bicara yang betul dan munasabah didalam menamatkan perkhidmatan pemohon sebagai ketua kampong

En. Mohd Ridzuan Asit (gambar kiri) yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak sewaktu ditemui selepas keputusan tersebut menyatakan amat keciwanya diatas keputusan Hakim tersebut dan menyifatkannya sebagai satu keputusan politik semata-mata.

“Kenapa baru hari ini mahkamah menolak tuntutan kami dan tidak pada peringkat awal lagi?” tanya beliau yang sangat tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut.

Menurut Mohd Ridzuan, ketua-Ketua Kampong Negeri Perak yang dilantik oleh YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin bukan perlantikan politik sebagaimana yang dipersetujui oleh hakim tersebut.

“Hakim telah membakul sampahkan segala jawapan afidavit kami dan secara bulat-bulat hanya menerima pakai afidavit responden sahaja,” jelas Mohd Ridzuan.


http://4.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/SxTvE1SCxEI/AAAAAAAALtQ/IjpFHR8b2bA/s1600/IMG_0008.JPG
Bacaan doa kesejahteraan ketua-ketua kampong
diketuai Ust Norazli Musa“Sebagai bukti yang jelas bahawa perlantikan kami bukan perlantikan politik ialah , kami dilantik melalui sistem pemilihan yang lakukan dan dipantau oleh Pejabat Daerah,” katanya.

“Malah terdapat beberapa orang ketua kampong dari kalangan orang Umno sendiri yang dilantik melalui cara tersebut,” jelasnya lagi.


Mohd Ridzuan bersama peguamnya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Ditanya, apakah langkah selanjutnya akan diambil selepas ini, beliau berkata akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam masa yang terdekat ini.

catitan : Pada 22 Julai 2009, Mahkamah Tinggi Ipoh bersetuju untuk mendengar tuntutan-tuntuan tersebut termasuk tuntutan gantirugi atau gantirugi punitive, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan kesemua Ketua Kamnpong yang terlibat.

Satu siasatan dan taksiran akan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada pemohon serta lain-lain relif yang Mahkamah anggap suaimanfaat.
/ end

No comments:

Post a Comment