TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, December 23, 2009

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang membantu Orang Kurang Upaya (OKU)


Pagi tadi, saya dan beberapa orang staf Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang telah ke kampong Batu 9, Lekir dalam kawasan DUN Pasir Panjang untuk melihat sendiri penderitaan adik Noraini Suhaimi yang berumur 8 tahun yang terlantar sejak kecil kerana sindrom kelumpuhan badan. (OKU). Segala makan minum, dan pakaiannya diurus sepenuh masa oleh ibunya. Bapanya tidak mempunyai pekerjaan tetap, menyewa rumah di kampung tersebut dan mengadu kepada Pusat Khidmat DUN untuk mendapatkan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan anaknya yang terencat itu. Dato' Seri Nizar sendiri telah pun melihat keadaan anak malang ini.Atas rasa simpatinya beliau telah menyumbang sebuah kerusi roda yang diperlukan oleh Noraini dan telah disampaikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Saudara Hamidun Ahmad. Semoga Noraini dan ibubapanya gembira dengan sumbangan yang sedikit ini.

No comments:

Post a Comment