Gerakan mesra rakyat dan program penambahan pengundi adalah antara pendekatan Sekretariat Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Perak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Namun sebagai negeri yang sering diselubungi dengan isu-isu politik setelah peralihan kerajaan negeri, program berkenaan dikaitkan oleh pembangkang dengan kononnya BN sedang membuat persiapan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal.
Dakwaan pembangkang itu amat difahami kerana mereka masih terus dengan kempen Bubar DUN setelah pakatan pembangkang yang menerajui negeri itu selama 11 bulan selepas pilihan raya Mac 2008, hilang kuasa ekoran tiga ADUN – dua dari PKR dan satu DAP keluar meninggalkan parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.
Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, program yang dijalankan itu adalah perkara yang akan dilakukan oleh setiap parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang yang akan ditentukan oleh pimpinan Pusat.
"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan kerana semuanya bergantung kepada pemimpin Pusat. Bagaimanapun saya perlu memastikan BN Perak bersedia daripada semua segi," katanya selepas melancarkan program Gerakan Mesra Rakyat dan Pendaftaran Pengundi Baru Sekretariat Pilihan Raya BN Perak peringkat Parlimen Bagan Serai, hari Isnin.
Sebelum ini, pihak pakatan pembangkang sejak kehilangan kuasa di Perak menjadikan Bubar DUN sebagai slogan mereka dan sering membuat kenyataan-kenyataan yang menjurus kononnya DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi.
Mengulas mengenai program tersebut, Dr Zambry berkata, mulai Januari depan, gerakan berkenaan dijalankan lebih agresif lagi bagi mendekatkan pemimpin dengan rakyat dan mengukuhkan kerajasama di kalangan komponan BN.
"Ia juga adalah antara satu strategi kita untuk memastikan setiap rakyat mendaftar sebagai pengundi dan dengan cara ini kita berharap BN dapat menambah bilangan pengundi," ujar beliau.
Menurutnya lagi, melalui gerakan mesra rakyat serta program lain yang dianjurkan ia akan memberi peluang kepada semua pemimpin komponen BN terlibat dalam setiap program yang dianjurkan dan akan membolehkan rakyat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.
"Bermula dari sekarang kita mahu setiap pemimpin parti komponen BN bergerak seiringan...kita mahu rakyat kenal kita sebagai pemimpin BN dan tidak lagi sebagai UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau PPP," tambah beliau. –

Dipetik dari
agendadaily.
No comments:
Post a Comment