TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, December 14, 2009

Ketua-ketua Kampong Pakatan Rakyat diseru teruskan usaha berjuang di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk tentukan Hak - Nizar

DS Nizar sewaktu berucap dalam Taklimat Ketua Kampung PR di Taiping menjelaskan beliau berkeyakinan penuh Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada beliau.

DS Nizar beranggapan begitu,jikalau Zambry menang kes ,sudah tentu pada 6.30 petang semasa perbicaraan rayuan itu hakim-hakim itu memberi keputusan memihak kepada Zamby.

Bagi DS Nizar keputusan yang agak lewat menyebabkan krisis Perak terus berlanjutan.Justeru itu DS Nizar berharap Mahkamah Persekutuan membuat keputusan segera yang kini berlarutan sehingga sebulan lebih.

Dalam pada itu DS Nizar memberi sokongan kepada Jawatankuasa Bertindak Ketua Kampung PR untuk terus membawa kes mereka ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.Bagi DS Nizar lantikan mereka berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.Bagi Pimpinan PR lantikan mereka dicalon dan dipilih rakyat di kampung- masing-masing."Mereka bukan lantikan politik."kata DS Nizar ketika ditemui.

Di samping itu DS Nizar berharap Ketua Kampung bersabar dalam berjuang menegakkan keadilan dan hak masing-masing.

DS Nizar ketika ditemui selepas taklimat itu menyatakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan membantu Jawatankuasa Bertindak Ketua Kampung PR ,sama ada dalam bentuk moral atau untuk mencari pasukan peguam serta kos.

No comments:

Post a Comment