TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, December 5, 2009

Hujan Lebat Luar Biasa Menyebabkan Banjir Kilat Di Manjung



Semalam di Seri Manjung ditenggelami air paras lutut di sekitar bandar ini akibat turunnya hujan lebat luar biasa. Hujan mulai turun jam 8 malam kira-kira 2 jam yang mengakibatkan air hujan yang turun tidak dapat mengalir keluar ke parit besar JPS yang berhampiran. Ada kemungkinan Kunci Air JPS yang terletak dihujung taliair yang menghala ke laut tidak dibuka secara otomatik. Kawasan yang telah ditenggelami air ialah ; Taman Fasa 2J, 2H, 2I, Taman Samudera, Kampong Dato' Seri Kamaruddin dan berhampiran Jirat Cina di Seri Manjung. Para Petugas dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang membuat lawatan ke tempat-tempat tersebut untuk melihat dan memberi khidmat bantuan pertolongan kepada mangsa banjir. Air yang melimpah telah memenuhi dan masuk ke dalam kawasan rumah penghuni di taman taman perumahan dalam kawasan Majlis Perbandaran Manjung itu. Penghuni telah mengubah kenderaan-kenderan mereka ke tempat yang tinggi dan selamat dari banjir. Kejadian hujan luar biasa ini pertama kali berlaku di kawasan ini.

No comments:

Post a Comment