TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, October 26, 2009

Pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak di Lumut yang penuh halangan tapi berjaya.


Seperti yang dirancang pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) Parlimen Lumut telah dibanjiri oleh para pendokong Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negeri Perak. Ia turut dihadiri oleh segemborolan pasukan polis dari pelbagai unit untuk menjaga kawasan sekitar pekan lumut serta tempat-tempat yang diistiharkan sebagai tempat berhimpundan pimpinan memberi ucapan.

Pihak urusetia terpaksa menyewa sebuah dewan di tokong Kong Hock Keong berhadapan dengan Setesen Bas Lumut. Kira-kira 24 jam sebelum berlangsung program tersebut, pihak polis telah memulakan rentak untuk menggagalkan perjalanan program. Bermula dengan sekatan jalanraya disana sini, dikuti dengan mengunci pintu masuk tokong dan disertai dengan mengambil semua banner dan bendera yang dipasang di sekitar pagar tokong. Pihak urusetia terpaksa membuat keputusan adhoc memindahkan program tersebut ke Markas Pas Kawasan Lumut di Batu 9 , Lekir.Ia dihadiri Yang Amat Berhormat Dato'Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin selaku menteri besar Perak yang sah merasmikan pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat dengan tema "Biar Rakyat Tentukan" dan Bubar DUN Perak.
Turut hadir dalam pelancaran tersebut Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat (Ust Azman Shapawi), Naib Ketua AMK (Khairul Anuar), YB Speaker Sivakumar, YB Ngeh Ko Ham, Ketua Pemuda PAS Perak dan beberapa YB Adun Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Sebahagian Pendokong yang mengibarkan banner yang tertera ayat Bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan Bebaskan Perak Daripada Pelacur Politik.

Kelihatan Para pendokong sedang menadah tangan memohon keselamatan serta semoga DUN Perak dibubarkan.



Antara intipati ucapan DS Nizar ialah mengenai sidang DUN yang akan di jalankan pada 28 oktober ini. Terdapat 5 maklumat risikan daripada pejabat SUK negeri Perak bahawa pada persidangan tersebut orang ramai tidak di benarkan menghampiri bangunan SUK tidak lebih dpd 1/2 kilometer, YB adun PR juga di kehendaki datang tepat pada jam 10.00 pagi (tak boleh awal, tak boleh lambat), handphone berkamera YB adun PR juga tidak dibenarkan masuk ke persidangan DUN, anak isteri YB adun PR juga tidak dibenarkan masuk ke bangunan SUK (hanya YB adun PR dan BN shj yg di benarkan masuk) dan yang paling menarik sekali bentara-bentara yang sedia ada di dewan telah di pecat dan di gantikan dengan 15 bentara baru dari UMNO.


Dato' Seri Nizar sedang memberi ucapan di Markas PAS Kawasan Lumut.

No comments:

Post a Comment