TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, October 29, 2009

Hadi Awang: Tiada EGM hanya Seminar Politik



Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Mustafa Ali dan Persuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali tidak akan dihadapkan ke Muktamar Khas untuk diadili.
Sebaliknya satu jawatankuasa displin akan diadakan selepas 7 November ini untuk menyiasat dakwaan salahlaku Pas Selangor, kata Presiden Parti Islam Se-Malaysia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jawatankuasa yang akan diketuai Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat pandangan dan tuduhan yang membabitkan Pas Selangor.
Katanya, perkara itu perlu diselesaikan secepat mungkin walaupun tiada tempoh tertentu ditetapkan.
Hadi berkata demikian selepas bermesyuarat hampir 4 jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur membincangkan saranan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya 3 pemimpin kanan Pas tersebut didisplinkan dalam sebuah Muktamar Khas.
Namun mengambil-kira kepentingan konsensus akar umbi, Hadi Awang berkata sebuah seminar akan diadakan pada 7 November ini, di Markas Pas Taman Melewar bagi membincangkan pemerkasaan parti dan Pakatan Rakyat.
Seminar ini akan dihadiri 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan membabitkan penyertaan golongan profesional dan cendekiawan.
"EGM tak ada, kita bersetuju EGM tak ada tapi diganti dengan seminar.
"Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am sendiri, beliau memberi pandangan beliau memberi pandangan agar sebolehnya diadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi PAS",katanya.
Di mesyuarat itu juga, semua pihak bersetuju untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan Pas akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan gabungan pembangkang terbabit.
"Setelah kita berbincang sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak,kita bersetuju yang pertama terus mengukuhkan Pakatan Rakyat dan
Pas akan main peranan yang lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat dan isu kerajaan perpaduan ditutup",katanya.

No comments:

Post a Comment