Email : Suara N9
Sumber : steadyaku47
Sumber : steadyaku47
KD Sri Inderapura - TERKINI
Selasa 13hb Oktober.
KD Seri Inderapura ditarik keluar dari kawasan jetty dalam keadaan masih terbakar dan hampir tenggelam. ‘Bridge’, tempat tertinggi di atas kapal dimana ‘commanding officer’ dan ‘officer of the watch’ memberi arahan ketika beroperasi, telah pun runtuh.
Rabu 14hb Oktober.
Jasadnya kini bersemadi bersama alat ganti bernilai jutaan ringgit yang telah dimuat naik ke dalam kapal. Ia bersemadi dengan aman dan damai menjadi tukun berhampiran Pulau Pangkor. Yang masih kelihatan cuma tiang atau ’mast’ sebagai kenangan. Sebagai peringatan tentang kelemahan dan kekurangan TLDM dari serendah-rendah pangkat hinggalah pegawai tertinggi.
Untuk beberapa hari dan minggu, minyak yang keluar dari perut kapal akan mencemar pantai dan perairan sekitar. Hasil tangkapan nelayan akan terjejas. Ganti rugi yang terpaksa dibayar kepada mereka yang terlibat sama ada pengusaha hotel atau pelancungan akan menambah beban yang ditanggung kementerian. Dan pembayar cukai.
Untuk pengetahuan, kapal ini pernah terbakar pada tahun 2002. Kerja baik pulih menelan belanja puluhan juta. Apakah keputusan ‘board of inquiry’ pernah diumum. Ataupun sudah terkunci rapi di bawah tikar.
Kebakaran ditahun itu ‘kononnya’ berpunca dari litar pintas. Jurutera yang ditugaskan menyiasat tidak menemui tanda-tanda ‘cable’ terbakar. Anak kapal beria benar mengatakan itulah puncanya sehingga sanggup bersumpah menjunjung quran. Kalau tidak ada pegawai ‘board of inquiry’ B.O.I. yang naik angin mengehempas kerusi kerana tidak percaya dengan alasan yang diberikan, mungkin punca sebenar masih terperap.
Apa puncanya?
Kebakaran bermula dari ‘galley’ ataupun dapur. Ada anak kapal yang menggunakan galley terleka kerana asyik menonton video sehingga tidak sedar kuali berisi minyak yang sudah terlampau panas disambar api. Kebakaran dapat diatasi tapi kerana kurang teliti, api marak kembali dan kali ini di luar galley. Mujurlah kebakaran kali kedua yang lebih besar dapat diatasi. Kalau tidak, punca sebenar pasti lenyap.
Apa pula punca kebakaran yang memusnahkan seluruh kapal dikali ini. Bagaimana Menteri Pertahanan boleh membuat kenyataan (atau andaian) bahwa ia berpunca dari litar pintas dan tiada langsung unsur sabotaj.
Sangkaan TLDM telah mengabaikan latihan memadam api atau ‘fire drill’ rupanya kurang tepat. Dimalam kejadian, pegawai bertugas telah membuat lima kali latihan (atau deraan) sehingga anak kapal bukan sahaja merasa bosan tapi juga keletihan. Tak cukup tidur.
Bila ‘alarm’ berbunyi untuk kali keenam, anak-anak kapal yang baru terlelap menyangka itu juga latihan. Setelah menyedari ia kebakaran sebenar, badan yang lesu sudah tidak dapat menerima arahan otak. Malah otak pun sudah tidak mampu berfikir. Dalam keadaan kelam kabut, maka terjadilah apa yang tidak sepatutnya berlaku.
Apa yang berlaku. Bekalan elektrik diputuskan. (Masih belum jelas sama ada bekalan dari generator kapal atau dari darat). Tanpa bekalan elektrik, kapal menjadi gelap. ‘Bilge & fire fighting pump’ tidak dapat digunakan. Dan api pun terbiar marak sementara menunggu bantuan luar.
Kenapa bekalan elektrik keseluruh kapal diputuskan. Tidakadakah pemutus litar atau ‘circuit breaker’ yang boleh diguna untuk memutuskan bekalan kebahagian yang terlibat sahaja. Apakah lima kali ’fire drill’ dimalam itu tidak mengambil kira situasi sedemikian. Apakah yang difokuskan oleh pegawai bertugas. Difahamkan, pegawai tersebut memiliki kelayakan khusus dalam bidang memadam kebakaran atau dikenali juga sebagai ‘fire officer’.
Lazimnya, kebakaran di kapal lebih mudah dikawal kalau ditangani oleh anak kapal sendiri. Ahli bomba dari luar tidak mungkin tahu siluk belok kapal. Di perut kapal sebesar KDSI, orang boleh tersesat walaupun dalam keadaan terang. Ini kan pula dalam gelap gelita. Tersesat dalam keadaan sedemikian mengundang maut.
Apabila kapal cuma bergantung harap kepada pasukan bomba awam untuk memadam kebakaran, maka inilah kesudahannya.
KDSI tenggelam bukan kerana kebakaran tapi disebabkan air laut yang disemburkan kedalam kapal tanpa mengambil kira faktor ‘bouyancy’ sehingga ‘tank deck, engine room’ dan setiap ruang dipenuhi air laut.
Apa yang TLDM boleh pelajari dari episod duka ini? Apalah agak jawapannya kepada kemusykilan berikut:
Untuk apa ‘fire drill’ diadakan lima kali dalam satu malam. Mendidik atau mendera.
Di mana letaknya (kalau ada) ‘portable bilge & fire fighting pump’ yang boleh beroperasi tanpa bergantung kepada bekalan elektrik kapal
Kenapa bekalan elektrik keseluruh kapal diputuskan.
Kenapa tidak digunakan pemutus litar atau ‘circuit breaker’ untuk memutuskan bekalan elektrik kekawasan yang terbabit sahaja.
Akhir sekali…Bagaimana pegawai berkenaan menterjemah kepakaran mengendalikan ‘fire drill’ dalam situasi kebakaran sebenar???
No comments:
Post a Comment