Himpunan pakatan rakyat yang sepatutnya diadakan di Padang Astaka Sitiawan pada 24.10.09 (Sabtu) terpaksa dipindahkan di Pekan Lumut setelah permohonan menggunakan Padang Astaka Sitiawan itu ditolak oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung. Walau bagaimana pun, himpunan atau pelancaran Sekreteriat pemuda pakatan rakyat negeri Perak ini akan tetap diteruskan kerana ianya telah pun dirancang awal oleh urusetia. Tempat yang dirancang sebagai ganti ialah di Dewan Tokong Kong Hock Keong berhadapan Setesen Bas Pekan Lumut. Majlis akan bermula jam 8.30 pagi dimana semua perwakilan akan hadir untuk mendengar ucapan para Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat. Bagi melicinkan kelancaran majlis, adalah dinasihatkan para perwakilan agar datang awal ke tempat yang dinyatakan. Semua pemuda pakatan rakyat dari PAS, PKR dan DAP sangat-sangat diharapkan hadir untuk menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment