TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, October 26, 2009

PAS Perak desak Polis, SUK jangan campurtangan

Nazri Abdullah - Harakah

IPOH, 26 Okt: PAS Perak semalam membuat beberapa desakan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 28 Oktober ini.
Dalam satu sidang media di pejabat PAS di Ipoh semalam, mereka antara lain mendesak sidang DUN Rabu ini tidak dicemari campurtangan pihak polis seperti yang berlaku pada persidangan DUN 3 Mac dan 7 Mei sebelum ini.
Mereka mendakwa berlaku kekasaran dari pihak polis dan telah mengganggu Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan menunaikan tanggungjawab untuk bersidang.
"PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini.
"PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang," kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dipetik.
ImageSelain itu mereka juga mendesak, keselamatan ADUN Pakatan dijaga ekoran dakwaan akan munculnya 'samseng-samseng' upahan yang tidak di kenali pada persidangan itu nanti.
Mereka tidak mahu insiden mengangkat V Sivakumar dari kerusi Speaker oleh mereka yang tidak dikenali berulang sekali lagi.
"Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan," kata beliau lagi.
Desakan turut dibuat kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN.
SUK dakwa mereka hanya kakitangan kerajaan dan berada dibawah kuasa eksekutif dan tiada hak sama sekali mencampuri kuasa legislatif yang ada pada sidang DUN.
"Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN.
"Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan, katanya lagi.
Seperkara lagi katanya, kecelaruan persidangan tersebut mungkin timbul ekoran keputusan terbaru mahkamah yang telah membenarkan Speaker, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.
Lebih merumitkan keadaan lagi apabila mahkamah masih belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
Sehubungan itu mereka mendesak agar DUN Perak dibubar segera bagi memberi laluan kepada rakyat membuat pilihan semula kepimpinan negeri yang dikehendaki mereka.
"Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan," katanya. _

No comments:

Post a Comment